Sunday 21 December 2014

Apa itu .rmvb CODEC ?

Assalamualaikum~

RMVB/.rmvb (Real Media Variable Bitrate) merupakan sebuah fail yang dicipta untuk Media Player yang dihasilkan oleh RealMedia atau dikenali sebagai Real Player.

RMVB ini sebenarnya amat popular untuk drama dan movie asian, ianya juga mungkin diedarkan melalui PSP networks dan telah tersebar di seluruh dunia walaupun tidak berapa dikenali.

Selain itu, anda juga tidak perlu menggunakan MediaPlayer yang bagus ataupun menggunakan converteruntuk melihat video/file tersebut.

Antara cara yang paling mudah untuk memainkan fail .rmvb ialah :

1.      Muat turun (download) dan pasang (install) perisian Real Player (RealPlayer Software). Siap. Atau;

2.     Gunakan perisian Gom Player yang terbaru yang menyediakan kemudahan Codec .rmvb. Oleh itu, sesiapa sahaja yang sudah mempunyai Gom atau MediaPlayer yang lain, anda dinasihatkan untuk sentiasa update supaya MediaPlayer anda sentiasa dinaik taraf. Siap.

Thursday 18 December 2014

Kedai Online Murah

https://www.facebook.com/dalfun.here


Cara nak cepatkan PC/Laptop

Assalamualaikum~

Baru-baru ini, saya ada masalah dengan Laptop kerana Laptop saya berfungsi dengan agak lambat. Oleh itu, saya cuba mencari penyelesaian dan inilah hasilnya.

Mungkin anda akan mendapati teknik ini seakan tidak dapat membantu. Tetapi, sedikit sebanyak ianya sangat membantu.

Selain itu, anda juga boleh menggunakannya semasa menghantar file dan prosesnya pasti akan menjadi lebih lancar.







Wednesday 3 December 2014

Make up bag (sedia untuk dijual)

Sedia untuk dijual dengan harga yang berpatutan :)
Harga : RM7

Harga tidak termasuk penghantaran. (terima kasih)
Anda juga boleh melawat facebook : https://www.facebook.com/dalfun.here
(Untuk pilihan yang lebih banyak)








Friday 22 August 2014

Cara nak masukkan 'subtitle' dalam video

Assalamualaikum~

Baiklah, ini merupakan cara yang mudah untuk memasukkan subtitle ke dalam video. Sebelum itu, pastikan anda muat turun (download) subtitle yang betul dan dari laman web yang betul.

Okey, mari kita lihat cara-caranya :













Sekian, Terima Kasih...
Salah dan silap, Harap Maaf

Friday 1 August 2014

System Volume Information (solution)

Assalamualaikum~

Beberapa minggu yang lepas, kawan saya ada minta tolong untuk selesaikan masalah pendrive yang dia alami. Saya ingat ianya masalah pendrive shortcut (semua folder dan maklumat hilang). Rupa-rupanya, masalah System Volume Information (SVI).

Sebenarnya, saya tidak berapa jelas tentang SVI ini. Tetapi, saya mugkin dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini dan saya amat berterima kasih kepada mereka yang berkongsi penyelesaian masalah SVI di Internit. Selain itu, saya juga minta maaf sebab tidak dapat sertakan nama yang membantu.

















Thursday 3 July 2014

Jantung

Assalamualaikum~

Dulu, saya ada buat folio pasal jantung dengan merujuk beberapa buku. jadi, disini saya akan beritahu serba sedikit tentang JANTUNG.

JANTUNG

Jantung ialah organ yang berfungsi mengepam dan mengedar darah beroksigen ke seluruh bahagian badan melalui saluran darah. Ia terletak di sebelah kiri sedikit dalam rangga toraks. Jantung dilindungi oleh tulang belakang (spina) di bahagian belakang dan tulang dada (sternum) di bahagian hadapan.

STRUKTUR JANTUNG

Jantung merupakan organ yang berongga dan kenyal. Ia terbina daripada otot-otot yang tebal dan mempunyai berat antara 350 hingga 450 gram bagi orang dewasa. Jantung boleh mengembang dan mengecut dengan daya yang kuat untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian badan.

Apabila otot mengecut, rongga di bahagian dalamnya akan menjadi sempit. Ini membuatkan darah yang terkandung didalamnya mengalir keluar dengan daya yang kuat. Sebaliknya, apabila otot jantung mengendur, rongga di bahagian dalamnya akan menjadi kosong dan darah akan mengalir masuk ke dalamnya.

Melalui proses pengecutan dan pengenduran ini, darah akan dipam dari bahagian paru-paru ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh. Proses pengecutan otot jantung disebut sebagai sistole dan proses pengenduran otot jantung pula disebut sebagai diastole. Aturan ritma pengucupan ini dipanggil kitaran kardium dan berlaku di luar kawalan. Walau bagaimanapun, rentak frenkuensi boleh berubah disebabkan keresahan atau kesan hormon, seperti senaman atau merasa terancam. Dalam keadaan normal, jantung berdenyut sebanyak 72 kali dalam seminit.

Kadar denyutan nadi senantiasa berubah-ubah mengikut aktiviti seseorang. Sebagai contoh, kadar denyutan nadi bagi seorang yang baru selesai melakukan aktiviti seperti berlari adalah lebih tinggi dan meningkat berbanding dengan orang yang sedang berehat. Begitu juga kadar denyutan nadi bagi seorang bayi adalah lebih tinggi daripada orang dewasa.

Darah yang masuk ke dalam arteri akan mengalir di sepanjang arteri dalam bentuk gelombang. Gelombang-gelombang ini terbentuk akibat tekanan daripada jantung melalui proses distole dan diastole. Gelombang ini dapat dikesan atau dirasai pada arteri yang berada di permukaan kulit. Kesan denyutan ini disebut sebagai denyutan nadi.

Jantung dibahagikan kepada bahagian kiri dan kanan oleh septum tengah. Terdapat empat ruang dalam jantung, iaitu dua ruang di bahagian atas dan dua ruang di bahagian bawah. Tiap-tiap ruang ini dihubungkan oleh injap. Kedua-dua ruang yang terletak di bahagian atas jantung mempunyai dinding yang nipis dan dinamakan sebagai aurikel. Ruang-ruang di bahagian bawah jantung pula berdinding tebal dan dinamakan ventrikel.

Injap-injap yang terdapat pada jantung membantu menetapkan arah pengaliran darah dari aurikel ke ventrikel. Aurikel liri disambung disambung ke ventrikal kiri melalui injap dua kelopak atau injap bikuspid. Aliran darah dari aurikel kanan ke ventrikel kanan pula dikawal oleh injap tiga kelopak atau injap trikuspid.

Pengaliran darah daripada jantung ke seluruh badan dikawal oleh injap sabit. Injap ini terdiri daripada tiga keping tisu berbentuk sabit dan terdapat pada permulaan arteri pulmonari dan aorta. Injap sabit memastikan darah tidak mengalir semula ke ventrikel dan pengaliran darah adalah sehala.

Darah yang mengalir melalui saluran darah ke arah jantung akan membuka injap dan apabila darah mencuba mengalir ke arah yang bertentangan, injap akan tertutup lantas menghalang pengaliran darah secara songsang daripada berlaku.

































































Wednesday 2 July 2014

Tahun Baru Cina

TAHUN BARU CINA

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan besar yang disambut di Malaysia dan disambut dengan meriah oleh masyarakat kaum Cina. Selain itu, seluruh Malaysia akan mendapat cuti umum bagi menyambut perayaan ini . Ianya juga merupakan perayaan terpenting bagi orang Cina untuk menyambut Tahun Baru berdasarkan calendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan seperti tahun ayam, monyet, ular dan sebagainya.

Perayaan Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Chunjie (Festival Musim Bunga/Spring Festival), Nongli Xinnian (Tahun Baru), atau Guonian atau Sin Tjia.

Perayaan Tahun Baru Cina melambangkan permulaan nasib dan kehidupan . Sebelum Tahun Baru bermula, sanak saudara akan pulang berkumpul bagi menyambut Tahun Baru. Rumah bereka akan dikemas dan segala hutang piutang dibayar atau dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun. Mercun akan dibakar sebagai tanda permulaan Tahun Baru dan menghalau puaka dan nasib malang.

Lazimnya di pintu rumah digantungkan langsir mewah dan beberapa lambing yang mengambarkan ciri-ciri warisan budaya mereka. Gantungan yang paling popular adalah tanglung dan hiasan berbentuk mercun Cina. Tidak ketinggalan hiasan kain bena atau rentang yang menggunakan kaligrafi Cina merupakan hiasan yang popular. Biasanya perkataan yang ditulis merupakan perkataan yang baik-baik sahaja.

Upacara utama bagi masyarakat Cina untuk menyambut ketibaan Tahun Baru ialah makan bersama kaum keluarga. Hidangan makan terdiri daripada juadah istimewa mengikut kemampuan masing-masing. Antara hidangannya ialah yee sang, kuih bakul, daging itik, daging salai, ikan, kuih pulut, limau mandarin dan luohan zhai.

Kebiasaannya, kebanyakkan masyarakat Cina menyambut Tahun Baru dengan memakan sayur-sayuran sebagai sarapan pagi. Mengikut kepercayaan mereka, dianggap tidak baik membunuh atau memusnahkan tumbuhan bernyawa.

HARI PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Hari Pertama
Hari pertama Tahun Baru Cina adalah hari bagi mengundang dewa-dewa kayangan dan bumi. Keluarga masyarakat Cina akan menziarahi  orang tua atau paling senior dalam keluarga mereka. Ada juga sebahagian keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut Tahun Baru sambil menghalau puaka dan musibah.

Hari Kedua
Hari kedua Tahun Baru Cina dipanggil hari ‘membuka tahun’ iaitu menyaksikan anak perempuan yang sudah berkahwin menziarahi ibu bapa kandung mereka.

Hari Ketiga
Menurut kepercayaan masyarakat Cina, hari ketiga perayaan ini adalah hari yang dikenali sebagai ‘mulut merah’ yang bermaksud amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan. Oleh itu, tidak sesuai untuk ziarah menziarahi pada hari itu. Manakala, keluarga yang kematian ahli keluarga terdekat dalam jangka masa tiga tahun tidak akan menziarahi sesiapa sebagai tanda menghormati si mati.

Hari Keempat
Hari keempat kembali seperti biasa dan memulakan kerja. Begitu juga dengan Hari Kelima dan Hari Keenam.

Hari Ketujuh
Hari Ketujuh Tahun Baru Cina dikenali sebagai hari jadi orang ramai iaitu hari di mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Hari Kesembilan
Hari kesembilan tahun baru adalah hari bagi kaum Cina berfahaman Tao akan menyembah Maharaja Jed di kayangan di tokong agama Tao.

Hari Kelima Belas
Hari kelima belas ialah hari terakhir tahun baru Cina yang diraikan sebagai Chap Goh Mei. Masyarakat Cina akan memakan pulut manis dalam sup dan mengadakan upacara besar-besaran dimana colok besar akan dibakar dan ada juga yang mengadakan makan besar bersama keluarga.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan secocok.
Terdapat juga amalam melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.


Tuesday 1 July 2014

Whilokii Virus Solution

Thankz to Tomas Meskauskas

Whilokii ini sebenarnya ialah virus iklan (ads-on)  yang muncul di laman browser kita seperti di browser Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Torch yang selalu dimasukkan bersama software murah yang kita muat turun daripada internit. Ianya sangat tidak diperlukan kerana membuatkan paparan kita penuh dengan iklan yang tidak diperlukan, jaringan internit menjadi sangat lambat dan hasil video selepas dimuat turun menjadi rosak atau terganggu. Oleh itu, ramai pengguna internit menganggap whilokii sebagai virus atau malware walaupun secara teknikalnya bukannya sejenis virus tetapi dikategorikan sebagai rumpai (tidak diperlukan).
Whilokii berasal daripada keluarga Super Web. Semua iklan yang berasal daripada keluarga ini biasanya promosikan iklan menggunakan kaedah yang dipanggil bundling. Aplikasi ini sememangnya akan melembabkan jaringan internit dan dinasihatkan agar mengeluarkannya daripada komputer.
Whilokii serupa dengan Lucky Leap, Lemur Leap dan software lain yang mempunyai kaitan dengan Super Web LLC.

Cara nak membuang WHILOKII :
Windows 7 user :
Click "Start" ("Windows Logo" in the bottom left corner of your desktop), choose "Control Panel". Locate "Programs and Features".
Windows 8 users:
Right-click in the screen’s bottom-left corner, select setting,  select Control Panel. In the opened window choose program -  "Uninstall a Program".
Di dalam “Uninstall a Program”, cari “ Whilokii” atau anda juga boleh cari “Lucky Leap” @ “Lemur Leap”. Selepas itu, tekan "Uninstall" or "Remove".
Contoh :













Selepas membuang atau Uninstall Whilokii, scan komputer dengan apa jua anti-virus. Selepas itu, dinasihatkan menggunakan ‘spyware’ untuk kesan yang lebih mendalam. Matikan dan hidupkan semula komputer anda. 

Sunday 4 May 2014

Cara Untuk Memastikan Sayur-sayuran Kekal Segar Sepanjang Minggu

Assalamualaikum~

Biasanya sayur-sayuran yang kita beli dari kedai tidak akan tahan lama dan layu biarpun untuk satu hari. lagi-lagi, sayur atau bahan-bahan yang perlu digunakan, sedikit sahaja. pasti membazir kalau layu begitu sahaja seperti daun bawang, daun sup dan daun limau purut.

Kemudian, kakak saya mendapat satu teknik dengan memasukkan sayur-sayuran yang mahu digunakan untuk masa yang lama ke dalam pembeku.

Anda boleh memasukkan setiap sayuran ke dalam bag plastik yang berbeza, supaya bauannya tidak bercampur. Bagi daun sup pula, anda boleh potong halus-halus dan letakkan ke dalam bekas kiub ais. Jadi, daun sup dapat dibahagi dengan sama rata dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Mungkin sayur-sayurannya akan mengalami frost tetapi ia akan tetap segar.

Thursday 24 April 2014

The Good Earth

The Good Earth

Assalamualaikum~

The Good Earth adalah sebuah buku yang ditulis oleh Pearl S. Buck dan diterbitkan semula di Malaysia oleh Media Pustaka Enterprise. Dicetak buat kali pertama di Malaysia ialah pada tahun 1995. Buku ini merupakan salah satu buku kegemaran saya kerana pengisiannya dan jalan cerita yang bagus.



Pearl S. Buck dilahirkan di United States tetapi membesar di China, dia juga belajar bercakap bahasa Cina sebelum mempelajari bahasa English. Kebanyakkan bukunya ditulis berdasarkan negara China dan masyarakatnya.

Bagi kefahaman saya, buku ini menceritakan tentang Wang Lung yang baru sahaja berkahwin dengan seorang hamba dari Kediaman Hwang yang bernama O-Lan dan berusaha untuk hidup dan mencari rezeki demi keluarganya. Wang Lung ialah seorang petani miskin yang hanya mempunyai tanah sekangkang kera dan berazam untuk memiliki banyak tanah dan harta supaya orang lain tidak gelakkannya lagi.

Selepas megharungi pelbagai cabaran daripada peperangan dan revolusi, Wang Lung membeli tanah daripada Kediaman Hwang dengan barang kemas yang ditemui oleh isterinya dan membeli barang-barang pertanian dengan duitnya. Oleh kerana Kediaman Hwang sudah tidak mampu lagi, Wang Lung telah membeli semua tanah milik Kediaman Hwang. Wang Lung juga berusaha bersungguh-sungguh menjaga tanaman dan tanahnya.

Dengan itu, dapatlah Wang Lung menghantar anak-anaknya ke sekolah. Tetapi, Wang Lung curang kepada isterinya selepas merasakan dirinya sudah cukup kaya dan mula berlagak. O-Lan meninggal dunia kerana kesakitan yang dialami akibat dicurangi suaminya.

Tidak lama kemudian, Wang Lung berpindah ke Bandar dan menyewa Kediaman Hwang yang sudah ditinggalkan. Kini, Wang Lung yang sudah tua dan kaya itu mahukan ketenteraman. Tetapi, anak-anaknya sering bergaduh kerana selalu perbezaan pendapat dan anak ketiganya pula lari untuk menjadi askar.
Suatu hari, Wang Lung terdengar anak-anaknya berbual :

               When Wang Lung heard the words ‘sell this field’, he could not keep quiet. ‘You evil, idle son!’ he cried. ‘You must not sell the land. If you start selling the land, it is the end of our family. We come from the land.’ Then he began to cry.
               The two sons held him, one on either side. They …

Jika anda mahu tahu tentang cerita ini dengan lebih lanjut, anda boleh dapatkan buku ini dimana-mana kedai buku atau di Amazon.com. Sebenarnya ada banyak lagi buku hasil penulisan Pearl S. Buck. Jadi selamat mencari~  

Selain itu, buku The Good Earth amat bagus dan juga mampu memberikan peringatan kepada kita yang muda agar tidak menjual tanah peninggalan orang tua dengan sesuka hati kerana mereka berusaha keras untuk mendapatkan tanah dan melalui pelbagai dugaan yang tidak akan mampu kita bayangkan. Selain itu, janganlah kita jadi seperti ‘kacang lupakan kulit’ dan bersikap alpa seperti Wang Lung.

Howl's Moving Castle

Assalamualaikum ~

Howl’s Moving Castle sebenarnya ialah sebuah novel fantasi yang dikarang oleh penulis British, Diana Wynne Jones dan diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1986 oleh Greenwillow Books of New York. Novel ini juga pernah menerima anugerah Phoenix (Phoenix Award). Pada tahun 2004, novel ini telah diadaptasi sebagai filem animasi daripada Jepun.

Sebelum ini, saya mengenali cerita Howl’s Moving Castle melalui filem animasi daripada Jepun sahaja yang dihasilkan oleh Studio Ghibli. Cerita ini disampaikan dengan bergitu hebat dan mantap dan ini membuatkan saya mahu membaca novelnya sendiri. Tetapi, agak sukar untuk menemui novel ini di Malaysia. Jadi, jika ada sesiapa yang ingin menjual atau ingin memberi saya pinjam novel itu, tolonglah hubungi saya melalui komen di bawah. Anda juga boleh  kongsikan link kepada saya. Tetapi, saya harap jangan ada penipuan!

Howl’s Moving Castle atau dipanggil sebagai Hauru no Ugoku Shiro di Jepun, filem ini diskripkan dan diarahkan oleh Hayou Miyazaki. Filem ini boleh dikatakan sebagai filem yang paling berjaya didalam sejarah filem Jepun. Begitulah hebatnya cerita Howl’s Moving Castle ini.

Cerita ini sebenarnya ialah kisah seorang gadis muda yang bernama Sophie Hatter yang tinggal di sebuah Bandar Market Chipping yang berada di dalam Kerajaan Magik Ingary (the magical kingdom of Ingary)  tidak silap saya. Dia dikenakan sumpahan oleh ‘the witch from waste’ dan menjadi seorang nenek tua. Sophie terpaksa mencari jalan untuk membatalkan sumpahan itu. Pada masa yang sama, dia telah bertemu dengan Howl’s dan tinggal di ‘moving castle’. Dia juga membuat perjanjian dengan Syaitan Calcifer.
Sebenarnya, cerita di novel dan cerita di filem mempunyai banyak perbezaan. Mungkin anda akan pening sedikit. Di dalam filem, dia akan menceritakan kisah Sophie dan Howls sahaja dan tidak begitu melibatkan orang lain seperti di dalam novel yang ditulis dengan begitu teliti. Jadi, semasa membaca, anda tidak digalakkan membanding kisah di dalam filem dan di dalam novel. Mungkin hanya watak sahaja yang lebih tepat.

Tidak kira apa pun, saya sangat menyukai Howl’s Moving Castle kerana mempunyai inti pati dan ideanya yang tersendiri. Sebuah istana yang bergerak? Such a good idea. 

Sunday 20 April 2014

Masakkan Orang Bermusafir

Resepi Ayam Panggang Cara Musafir

Bahan-bahan:

1 ekor ayam(jangan dipotong)
Pes prego tomato + bawang putih (pes tomato juga boleh)
Paprika (boleh juga gunakan serbuk cili)
Minyak zaiton mestilah separuh dengan pes prego yang digunakan (minyak masak pun)
1 biji bawang besar (dipotong kasar)
2 inci halia (ditumbuk)
4 biji kentang (tidak perlu dipotong atau dibuang kulit, asalkan dibasuh dengan bersih)

Penyediaan Tempat Memanggang :

-        Cacakkan kayu di atas tanah dengan bahagian atas dan bawah tajam.
-        Sediakan satu tin besar yang muat dengan seekor ayam. Tin biskut besar juga boleh.
-        Kayu yang secukupnya (arang juga boleh)
-        Kertas aluminium

Cara-cara :

Selepas bersihkan ayam. Campurkan pes prego, minyak zaiton dan paprika dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar dan halia ke dalam ayam tadi. Ingat! Jangan potong ayam. Lumurkan pes prego, minyak dan paprika yang sudah dicampurkan tadi pada ayam. Anda boleh lumurkan sebanyak mana yang anda mahu. Tetapi. Lagi banyak, lagi sedap. Selepas itu, balutkan dengan kertas aluminium.

Selepas sediakan tempat memanggang. Letakkan kertas aluminium di sekeliling kayu yang dicacak. Tindihkannya menggunakan kentang yang sudah dibersihkan dengan sebersih-bersihnya. Barulah cacakkan ayam pada kayu yang di pacak tadi.

Tutup dengan tin yang besar dan ditindih dengan batu besar. Letakkan kayu di sekeliling tin tadi dan bakar selama 2 jam. Pastikan api sentiasa hidup. Selepas 2 jam, bangkit dengan berhati-hati dan hidang.

Saya dapat cara ini melalui rancangan television Spice Routes di TV3.






Thursday 3 April 2014

Penyakit-penyakit disebabkan lalat


 Assalamualaikum ~

Dulu saya ada buat folio tentang lalat. Jadi, saya ada 'search' tentang lalat di alam page dan blog-blog lain. Jadi, saya sangat berterima kasih kepada mereka dengan maklumat yang diberikan. :}

            Lalat rumah tersebar di setiap penjuru dunia, beberapa penyakit yang menular melalui makanan oleh lalat ini ialah disentri, kholera, typhoid, dan diare. Penyakit tersebut disebabkan oleh kulit tubuh dan kaki-kakinya yang kotor tertempelnya mikro organisma penyakit.

            Lalat rumah, lalat hijau, lalat biru dapat membawa kuman dari sampah atau kotoran daripada makanan menimbulkan penyakit bawaan makanan. Lalat membawa bakteria pada tubuh dan kaki-kakinya. Sewaktu lalat menikmati makanan ia akan mencemari makanan melalui cairan yang dikeluarkan oleh makanan yang dicerna dan masuk kembali ke dalam permukaan makanan. Apabila lalat terlampau banyak, maka lalat dapat membuang kotoran di atas makanan, sehingga makanan menjadi tercemar oleh telur atau larva lalat dan manjadikan makanan menjadi jijik untuk dilihat.

            Lalat selalunya mati dengan insektisida yang serupa dengan tepung atau semburan yang dapat memusnahkan telur, lalat dewasa dan larvanya. Jika penggunaan insektisida semburan yang berizin akan menimbulkan sisa atau iresisu. Pengguna harus berhati-hati kerana semburan ini turut mencemarkan makanan kerana bahan kimia (pestisida) selain mencemari makanan, ia juga akan mencemari peralatan atau terhidu secara tidak langsung jika tidak berhati-hati.    Ketika semburan, peralatan atau barang dan makanan perlu dijauhkan dan diletakkan di tempat yang tertutup.

            Salah satu penyakit yang dibawa oleh lalat ialah DESENTRI. Disentri adalah peradangan usus besar yang ditandai dengan sakit perut dan buang air besar. Pesakit akan membuang air besar sehingga berulang-ulang boleh menyebabkan pe\nderita kehilangan banyak cairan dan darah. Penyebab disentri adalah infeksi parasit ENTAMOEBA HISTOLYTICA yang menyebabkan disentri amuba dan infeksi bakteria golongan SHIGELLA yang menjadi penyebab DISENTRI BASILER. Pesakit perlu segera mendapatkan rawatan jika tidak ia dapat mengancam nyawa.

            Penyakit yang kedua ialah penyakit DIARE. Penyakit diare ialah sebuah penyakit di mana pesakit mengalami rangsangan membuang air besar yang terus menerus dan tinja atau feses yang masih memiliki kandungan air yang berlebihan. Di dunia ke-3, diare adalah penyebab utama kematian balita, dan juga membunuh lebih dari 1.5 juta orang per tahun. Keadaan ini merupakan gejala dari luka, alergi (fruktose, laktose), makanan yang masam, pedas atau bersantan secara berlebihan. Kebanyakkan diare disebabkan oleh infeksi virus tetapi juga dikaitkan dengan racun bakteria. Dalam keadaan hidup yang bersih dengan makanan yang mencukupi dan air yang tersedia, pesakit yang sihat biasanya sembuh dari infeksi virus dalam beberapa hari dan yang paling lama ialah satu minggu. Tetapi, untuk pesakit yang kuranag gizi, diare dapat menyebabkan dehidrasi yang mengancam nyawa.

            Demam TYPHOID pula adalah penyakit akut iaitu infeksi sistemik yang menyerang saluran pencernaan. Sebelum abad ke-19 penyakit ini dianggap sama dengan thipus. Demam thipus merupakan salah satu bahagian trypoid. SALMONELLA THYPI dan PARATYPHI hanya menyerang manusia. Organisme ini menyerang melalui makanan atau air yang terdedah pada kotoran manusia yang terinfeksi.

            Penyakit CHOLERA merupakan satu infeksi usus kecil bakteria VIBRO CHOLERAE. Bakteria kolera menghasilkan racun yang menyebabkan usus halus melepaskan sejumlah besar cairan yang banyak mengandungi garam dan mineral kerana bakteria sensitif terhadap asam. 

Monday 31 March 2014

Resepi Telur Gulung Ala Korea daripada saya

Assalamualaikum ~

Oleh kerana saya agak minat dengan rancangan television Running Man. Saya juga turut tertarik dengan makanan korea. Antaranya ialah Telur Gulung...hehe

Bahan-bahannya :

4 biji telur
secubit garam
sedikit daun saderi dicincang halus
bawang putih dan merah dicincang halus
lobak dicincang halus
daun bawang dicincang halus
daun sup dicincang halus

cara-caranya :

Pukul telur dan campurkan semua bahan di atas sehingga naik. panaskan minyak di atas kuali leper dengan apa yang kuat. Apabila minyak sudah cukup panas. Kecilkan api. Jangan tidak!!!. Kemudian, masukkan kesemua telur tadi. Pastikan membentuk dengan cantik dengan ketebalan yang sama. Kuatkan api kembali sehingga bawah telur masak. Tidak apa jika atasnya belum masak sebab kita hanya mahu bawah telur menjadi tebal. Tetapi jangan HANGUS!. Kecilkan api dan mula menggulung sedikit demi sedikit. Biarkan telur di atas mengalir keluar kerana ia bertindak sebagai gam yang akan melekatkan antara satu sama lain. Selepas siap menggulung, biarkan keadaan api yang sama. Biarkan telur berada dalam keadaan yang lebih lama supaya telur di bahagian dalam masak. Angkat ke pinggan dan potong dengan berhati-hati. Kemudian, hidang ~~ Selamat Mencuba.


Sunday 30 March 2014

Shortcut Pendrive Problem/Hidden Problem

Assalamualaikum ~ (Already being UPDATE at 21/9/2015)


Adakah anda mengalami masalah pendrive shortcut atau mengalami masalah penyusutan ruang simpan pendrive/hidden folder?  Jika benar, disini saya ada meletakkan beberapa penyelesaian untuk masalah anda sebab dulu pun saya selalu menghadapi masalah ini.

Cara-cara nak ketahui jika pendrive mengalami masalah tersebut ;

1.       Masukkan pendrive dan tekan my computer.
2.       Klik kanan pada pendrive dan pilih properties.
-          Jika kelihatan ruangan simpanan sebanyak 1 GB digunakan tetapi apabila anda buka dan hanya terdapat satu folder kosong dengan symbol shortcut bermakna anda mengalami masalah tersebut.

Permasalahan ini adalah disebabkan masalah virus yang menghilangkan (hidden) kesemua folder tersebut. System Volume Imformation (SVI) juga merupakan masalah yang hampir sama tetapi ditahap yang berbeza. Salah satu perbezaan Shortcut Pendrive  dan SVI ialah apabila anda buka pendrive, terdapat satu folder yang tertulis System Volume Information. Apabila buka folder tersebut, tiada sebarang data berada di dalamnya. (Penyelesaian untuk SVI ada saya nyatakan di http://samsaloha.blogspot.my/2014/08/system-volume-information-solution.html : )

Cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini pendrive shortcut ada 3 ;

1.       Menggunakan command prompt
-          Buka command prompt (anda boleh cari di search dan type command prompt atau cmd)


-          Taip arahan attrib –h –r –s /s /d (letter of pendrive):\*.*


-          Pastikan letter of pendrive betul dan tekan Enter


-          Kemudian, buka my computer dan buka semula pendrive. Folder atau fail-fail data yang hilang telah dipaparkan semula. Selesai.


2.       ATAU anda boleg gunakan Software Anti-virus SMADAV.
      -      Boleh dapatkan di link : http://smadav.en.lo4d.com/
      -      Selesai.

3. Anda juga boleh gunakan software khas tempatan atau bukan tempatan (dibawah saya sertakan 3 link software yang boleh digunakan).

http://shortcut-virus-remover.software.informer.com/3.1/
http://sarawak.uitm.edu.my/infotech/index.php?option=com_content&view=article&id=126:virus-shortcut-remover-tool-v31-uitm&Itemid=70

- http://usbshortcutrecover.software.informer.com/download/


No Data Receive Problem

Assalamualaikum ~

No Data Receive adalah perkara yang paling menyedihkan pada pengguna internit. Biasanya berlaku di Google Chrome sahaja. Tetapi, ianya juga berupaya berlaku di browser lain.

Dulu, saya pernah mengalami masalah itu. Saya tidak faham kenapa bila saya buka laman web tertentu atau laman web yang saya selalu masuk pasti akan keluar no data receive.

Jadi, saya cuba uninstall browser yang terkena no data receive, kemudian saya gunakan CCleaner dan membersihkan PC saya. Jangan format pula!!. Gunakan antivirus anda dan scan sepenuhnya. Sentiasa Refresh page yang anda menerima no data receive sehingga dapat laman webnya dengan sempurna.

Setakat itu sahaja yang saya boleh berikan kerana melalui cara itu, saya dapat pulihkan semula page atau browser saya~

Thursday 27 March 2014

Resepi Sosej Roll Cheese

Bahan-bahan :

5 keping roti
5 sosej
5 keping keju sandwich
sebiji telur
serbuk roti

Cara-caranya :

Mula-mula, leperkan roti dengan penggiling doh. Selepas itu, letakkan keju dan sosej. Sosejnya tidak perlu dipotong dan biarkannya panjang. Gulungkan dengan kuat dan cermat. Salutkan roti yang sudah di gulung itu ke dalam telur yang sudah dipukul dan salutkan pula dengan serbuk roti. Kemudian, goreng hingga kuning kekuningan. Hidang~

Saturday 22 February 2014

Hana To Akuma

Assalamualaikum~

Hana to Akuma sebenarnya ialah sebuah komik bersiri daripada Jepun yang ditulis oleh Hisamu Oto. Saya sangat suka membaca manga walaupun sudah meningkat dewasa. Semuanya gara-gara Dragon Ball dan Naruto.



Hana to Akuma ialah sebuah cerita yang menarik dan saya sangat teruja semasa membacanya. Kisahnya ialah Vivi seorang syaitan terjumpa seorang bayi perempuan di hadapan rumahnya. Ketika itu tiada sesiapa sangka bahawa mereka berdua ditakdirkan bersama.

Vivi telah menjaga Hana dengan baik walaupun kadang-kadang Vivi tidak faham pemikiran Hana, tetapi yang pasti hanya Vivi paling faham Hana.

Sudah 14 tahun berlalu, Vivi dan Hana semakin rapat. Vivi sangat sayangkan Hana sehingga dia tidak mahu berjauhan dengan Hana dan begitu juga dengan Hana. Mereka terlalu rapat sehingga sanggup berkorban. Cinta ialah perkara pertama walaupun untuk seorang Syaitan.Hari-hari Hana akan memberikan sekuntum bunga kepada Vivi walaupun Hana tahu bunga itu akan mati dan mereput apabila syaitan memegangnya.

Keramahan Hana membawa keceriaan di rumah Vivi. Raja syaitan pun jatuh di tangan Hana. Tetapi, Vivi sedar yang Hana ialah manusia yang hanya mampu hidup dalam beberapa dekad sahaja sedangkan dia boleh hidup selama mana yang dia mahu.

Vivi membuat keputusan akan melindungi Hana dengan sedaya upayanya. Tidak lama kemudian, Hana sedar cintanya pada Vivi. Selepas 4 tahun, Vivi dan Hana berkahwin. Semua orang gembira untuk Hana dan Vivi.

Vivi ialah seorang syaitan yang kejam dan sadis. Dia tidak pernah pedulikan orang lain dan tidak kisah apa yang berlaku di sekitarnya. Tetapi, apabila ianya tentang Hana. Vivi tidak pernah tidak peduli.

Keadaan itu membuatkan syaitan yang lain berfikir bahawa Hana merupakan cahaya Vivi dan Hana juga merupakan kenangan indah buat mereka.

Selepas sekian lama, Vivi dan Hana dikurniakan 2 orang anak. Mereka hidup bahagia, Hana pula semakin di mamah usia tetapi Vivi tidak pernah membiarkan Hana keseorangan. Tidak kira betapa tuanya Hana ketika itu. Hana tetap gadis yang dia jaga dari bayi sehingga menjadi isterinya dan memberikannya 2 cahaya mata. Kemudian, Hana mati.

Walaupun sudah 73 tahun berlalu, setiap syaitan yang mempunyai memori tentang Hana tidak pernah lupakan Hana. Vivi sentiasa melawat Hana begitu juga dengan anak-anak Hana.

Bagi mereka semua Hana ialah perempuan manusia yang hebat yang mampu hidup di kalangan syaitan dan membuatkan semua syaitan merasai kehangatan kasih sayang. Vivi dan Hana selamanya.

Anda boleh melihat cerita ini di : http://www.mangahere.com/manga/hana_to_akuma/

Wednesday 19 February 2014

Langkah keselamatan ketika bersiar-siar

Assalamualaikum semua.. :) okey, sebenarnya kebelakang ini saya ada pergi 'window shopping' di Jalan Tar dan di Danau Kota. Tetapi, saya rasa kurang rasa selamat dan saya berpendapat untuk melakukan langkah-langkah berjaga-jaga ketika bersiar-siar adalah lebih baik.

HANDBAG
Jika anda membawa handbag pastikan handbag anda sentiasa ditutup. Sebagai langkah keselamatan, anda digalakkan sentiasa membawa skru driver ataupun penyebur lada. Ianya mampu menjadi senjata untuk anda untuk menangani penjenayah. Skru driver juga boleh membantu ada untuk keluar daripada lift sekiranya anda terperangkap di dalam lif. Jangan meletakkan Handphone di dalam Handbag dan biasakan meletakkan handphone di poket hadapan, ianya juga mampu membantu anda rasa kehadiran handphone di sisi. Selain itu, pakai pakaian yang labuh dan cukup labuh untuk menutup poket anda daripada diserang penyeluk saku.

MEMANDANG SEKELILING
Anda juga perlu memerhatikan keadaan sekeliling. Siapa di sekeliling anda, gerai apa yang ada, ada sesiapa mencurigakan atau sesiapa yang memandang anda. Ianya membantu dan boleh menjadi petunjuk untuk polis sekiranya di perlukan.

LORONG GELAP
Apabila anda meletakkan kereta di lorong gelap atau di kawasan yang kurang orang. Pastikan anda keluarkan kunci kereta dahulu sebelum sampai ke kereta. Jika ada berlaku apa-apa, anda boleh terus masuk ke kereta. Selain itu, Kunci kereta juga boleh menjadi senjata pertahanan yang bagus. Anda boleh meletakkan kunci kereta diantar celah jari penumbuk. Saya pasti kesan yang ditinggalkan mesti agak teruk. Ingat setiap benda mampu dijadikan senjata.