Monday 30 May 2016

Cara nak download movie dengan senang

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera...

Ramai orang selalu tanya macamana nak download movie. Nak Download movie ada pelbagai cara yang boleh digunakan dan di antaranya ialah menggunakan Internet Downloader Manager (IDM). Cara ini adalah yang paling mudah dan senang untuk digunakan.

Sebelum memulakan tutorial ini. Diminta untuk menginstall terlebih dahulu software IDM. Saya sudah post kan cara-cara nak download IDM ini di dalam blog sebelum ini. Sila Klik Link ini http://samsaloha.blogspot.my/2016/05/cara-nak-install-internet-downloader.html

Sekarang anda sudah boleh download movie!!

Tutorial Cara Nak Download Movie!!

Taip 'putlocker.is' atau mana-mana laman web movie yang dikehendaki

Klik ini
Kemudian ini

Ini adalah home bagi laman web putlocker.is

Klik butang PLAY. Tetapi, iklan web akan keluar di New Tab. Tutup Web tersebut dan tekan butang PLAY sekali lagi.
(Iklan Web)
(Butang play)

Tekan ini

Tekan ini


Siap!


Tuesday 24 May 2016

Cara nak Install Internet Downloader Manager (IDM)

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera~

Selalunya orang akan tanya macamana nak dowload video/movie/anime/drama dengan mudah?. Di sini ada penyelesaiannya dengan hanya menggunakan IDM. IDM ialah salah satu perisian yang bagus dan mudah digunakan. Ianya sangat flesibel dan juga pantas. IDM ini mempunyai 30 hari percubaan dan seterusnya anda boleh membelinya. 

Untuk lebih mudah, gunakan di Cyber Cafe yang menggunakan perkhidmatan e-factory sebab selepas menggunakannya dan anda bayar di kaunter Cafe. Segala maklumat akan di reset semula termasuklah software yang anda guna sebelum ini. Jadi anda boleh menggunakan IDM di PC yang sama sepanjang tahun dengan hanya install setiap kali anda mahu gunakannya. Mudah bukan?



Ini adalah contoh Cyber Cafe yang menggunakan e-factory



Ok... Sekarang saya akan mulakan tutorial CARA NAK INSTALL Internet Downloader Manager (IDM). 

Taip 'idm download' dan click ENTER

Pastikan memilih laman web yang betul supaya lebih mudah

Tekan 'Try Internet Download Manager for free'
*Ini adalah sebab kenapa kaedah ini lebih sesuai digunakan di Cyber Cafe(CC)

Install seperti biasa dan ikut arahannya. Jika anda tidak mahu 'restart' semula, pastikan anda tutup dan buka semula browser yang anda gunakan (Chrome, Firefox etc)

Pastikan anda sudah Enable extension untuk IDM


Siap!

Monday 9 May 2016

Kisah Seekor Anjing Bernama 'White Dog'

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya dengan seekor anjing. Saya tidak pernah menyangka akan ada pengalaman sebegini. Walaupun tidak boleh menyentuh Anjing tidak bermakna kita boleh kasar terhadapnya kerana dia juga mahkluk Allah swt.

*Maafkan saya jika penyampaian saya kurang baik.

Kisahnya bermula...

Pada suatu hari, seekor anjing telah datang dalam keadaan kelaparan, kotor, kurus dan tidak bermaya. Saya tidak pasti ianya anjing jenis apa (mungkin jenis Anjing Kampung/Mongrel) telinga kiri dan kanannya berwarna coklat terang dan beberapa bahagian tubuhnya juga coklat terang. Selebihnya berwarna putih dan sebab itu kami namakannya sebagai 'White Dog'.

Anjing itu sering berkeliaran di kawasan rumah saya dan memandang ke arah rumah. Kedudukan dia agak jauh sedikit seolah-olah faham bahawa tuan rumah tersebut beragama Islam.

Ibu saya telah memberikan makanan kepada dia kerana kesian. Makanan tersebut diletakkan jauh dibelakang rumah supaya anjing tersebut tidak terlalu dekat dengan kawasan rumah. Sambil memberi makanan, ibu saya berpesan kepada dia supaya jangan terlalu dekat dengan kawasan rumah, jaga kebun supaya binatang seperti monyet tidak mengganggu kebun dan berperangai baik.

Seorang rakan berbangsa Cina memberitahu supaya memberikan nasi bercampur gula kerana bagus untuk Anjing. Nampaknya 'White Dog' sememangnya mengemarkan nasi tersebut. Setiap petang dia akan datang dan tunggu makanannya di tempat yang sama.

Beberapa hari kemudian, 'White Dog' semakin sihat dan tubuhnya semakin gagah. Dia sudah boleh berlari dengan cergas dan bertenaga. 'White Dog' seekor anjing yang jinak. Pernah sekali ayah suruh dia tolong kutip daun pisang yang kering untuk dibakar. Anjing tersebut terus menggigit  daun tersebut sehingga tempat pembakaran. Walaupun sekali je, dia tetap menolong dan paham apa yang manusia katakan. Dia juga akan pastikan jarak dirinya jauh dari kami.

Kemudian, pada hujung minggu kami pulang ke kampung. Malamnya, dia telah pergi ke rumah jiran hadapan kami. Jiran kami berasa pelik dengan tindakan anjing tersebut. Seolah-olah mengajaknya pergi melihat rumah kami. Selepas seketika, jiran kami berasa mungkin anjing tersebut mahu memberitahu sesuatu. Jiran kami pun ikutlah anjing tersebut sehingga di hadapan rumah kami. Anjing tersebut berpusing-pusing, kemudian muka dihalakan ke rumah kami dan pusing semula ke arah jiran itu. Anjing tersebut mengulangi perbuatan it dan akhirnya jiran itu faham dan berkata "kau mahu aku tengokkan rumah ini ye?, jangan risau aku akan tengok-tengokkan rumah ini semasa tuannya pergi". Sebaik sahaja jiran itu cakap begitu. Anjing itu pun pergi dari situ. sejak itu anjing itu tidak pernah dilihat lagi.

Begitulah kisahnya,.. sebelum kami pergi balik kampung, kami sudah berpesan dengan anjing tersebut untuk tengok-tengokkan rumah. Tak sangka, sebelum dia pergi, dia telah menyerahkan amanah kepada jiran kami.

p/s: Anjing itu berada disitu kurang dari 2 minggu.