Thursday 11 April 2019

My Story in Bandung (Tips di Bandung)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya dan team TOP Kolej 15 membuat program ke Bandung dengan pergi ke rumah anak yatim dan ke Zoo Bandung. Semasa di rumah anak yatim, kami menyertai aktiviti membuat kuih raya untuk dijual sempena hari raya Aidilfitri atau hari Lebaran. Kemudian, kami mewakili kolej 15 memberikan sedikit sumbangan kepada pihak rumah anak yatim.

Semasa di Zoo Bandung, kami menjadi sukarelawan dalam membersihkan persekitaran, memberi makan haiwan dan memandikan haiwan. Walaupun agak letih, tetapi kami gembira melakukan aktiviti tersebut kerana perhubungan erat antara ahli memudahkan lagi semua urusan.

Di samping membuat urusan rasmi, terdapat beberapa tips dan review yang saya akan kongsikan kepada anda semua.

Jika anda ingin ke Bandung sama ada untuk program atau pun bercuti, amat digalakkan untuk mengambil perkhidmatan pemandu pelancong daripada Bandung atau pun supir pun boleh. Seelok-eloknya orang yang anda sudah yakin. Dari situ, dia akan memudahkan urusan dalam simkad, booking hotel, tempat makan, kenderaan dan tempat-tempat yang ingin kita pergi. Nak bayar pun mudah, anda hanya perlu bayar apabila tiba di airport Bandung. Kenderaan pun sudah siap menunggu anda untuk membawa ke mana-mana yang anda rancangkan.

Untuk individu, kalau bajet sikit tu boleh je tukar duit dalam RM350 untuk 7 hari 6 malam. Itu khas untuk tempat perlancongan, makanan dan shopping. Kalau nak upah orang mungkin lebih daripada itu, Untuk perempuan, digalakkan bawa wang lebih sebab mesti korang rambang mata nak shopping kannn..

Sebelum ke luar negara itu, aktifkan dulu kad atm. Pilih satu je kad atm yang anda khaskan kalau kecemasan semasa bercuti di luar negara. Kadang-kadang, bila cucuk duit di luar negara kita akan dapat lebih banyak dari semasa tukar di Malaysia. Bawa luggage yang muat 7kg + backpack kosong sebelum pergi. So bile balik, masih ade ruang isi barang. Boleh share lagi dengan kengkawan. Begituuuu.. Cash pulak yang letak satu tempat dan digalakkan pakai sling bag. Tapi bag letak depan, senang nak jaga.

Tandas awam kat sana kena bayar sama macam di Malaysia iaitu 2,000 IDR. Sepanjang saya pergi ke Bandung hanya sekali je tandas je tak berapa okay, tapi yang lain tip top belaka. tip top dia bukannya mewah macam hotel 5 bintang ke apa. Tapinya bersih dan tidak bau hancing langsung. Yang paling respect dekat toilet kat Dusun Bamboo, orang ramai beratur tetapi setiap kali orang keluar tandas, ada cleaner yang bersihkan, lepas itu baru orang lain masuk. Pergh.. mana tak bersih.

Kat Bandung ofcos jam, so korang kena get ready la untuk semua tu. Ready macam bawak makanan ringan. Belilah kat IndoMaret tu hehe. Macam biasa hati-hati tu penting.

Kat sana, tempat yang kami suka pergi ialah Indomaret. Hahahhaha why? sbb dalam tu la macam2 yg kami jumpe, pelbagai jenis maggie/mi sedap yang tiada di Malaysia. Sedap tu memang sedap lah. Memang borong habis, setiap malam makan maggie. Bukan setakat sedap, jimat lagi yalls. Lepas itu, ais krim yang paling kiterong gemar. Ais Krim Mochi.. memanggggg sedap.. plez masuk Malaysia. hahhaha Ais Krim tu kalau tak silap dalam 3,000 IDR je. Mula-mula tau wujud sbb Q and iffat beli kat kedai kecil sebelah hotel.

Lagi makanan menarik yang korang mesti cuba di Bandung ialah Murtabak Manis Cihampelas. Mula-mula nak pergi yang di San Francisco tapi tak sempat. Kami pun berjalan kaki pergi ke kedai tepi-tepi tu. Terjumpalah muratabak manis Cihampelas. Murtabak pertama kami Keju Susu.. giler sedap wehh .. sedap gilerrrr.. hahha geng jangan ingat murtabak manis tu sama macam murtabak di Malaysia. Lain yalls,.. and geng even murtabak manis bentuk dia macam apam balik kat Malaysia, lain tau rasanya. Ni memang ada di Indonesia je kot hahaha. Hari terakhir kami beli murtabak keju susu, murtabak oreo green tea dan murtabak asin sapi. Murtabak asin dia iya sama macam malaysia, but dia punya lagi besar lagi penuh dengan daging dia, spring onion dia pon x kedekut. Memang rindu la citer dia.

Kat sana pun boleh cuma makan kuih Pukis. Sedap juga, cuma masak dia agak lambat tapi berbaloi tunggu hahaha. Dekat Malaysia saya cuma tahu kuih itu dijual di Tanjong Karang. Roti Bakar Bandung pun ada jual di sana.

The Lodge Maribaya antara tempat yang kami pergi. Besttttt dan terbaik. Kat situlah tempat ambil gambar yang paling awesome dan menggugat keberanian hahahha. Sebab tempat ambil gambar dia semua tempat bahaya dan gayat. Menggigillah kalau yang takut tinggi. Macam biasa tiket perlu dibayar, tetapi tetap berbaloi. Waktu nak jalan kaki ke The Lodge itu ada kedai kanan kiri, walaupun rasa jauh tapi seronok sebab udara nyaman dan sejuk je. 


*AKAN BERSAMBUNG