Monday 24 July 2017

Cara nak edit text menggunakan ADOBE PHOTOSHOP CS5

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera~

Hari ini saya akan kongsikan kepada anda cara nak edit text menggunakan Adobe Photoshop CS5. Cara ini dinamakan sebagai 'Double Stroke'. Sangat mudah dan sila ikut arahan satu demi satu. :) Selamat mencuba dan jangan lupa untuk follow dan subscribe blog ini > <




Cara nak buat 'Double Stroke' di perkataan menggunakan Adobe Photoshop CS5

1. Taip perkataan yang dikehendaki.
2. Tekan ini.

Tekan bahagian kanan tetikus anda.

Tekan 'Blending Options...'

1. Tekan 'Stroke'
2. Saiz 21px (ikut kesesuaian)
3. Pilih warna putih

Lakukan 'Duplicated Layer'. Tekan kanan tetikus anda. 

Pilih 'Duplicated Layer...'

Kemudian, akan menghasilkan 'Layer' ini

1. Lakukan 2 kali klik dan tarik ke bawah 'layer' samsaloha
2. Tarik tepat di garisan ini
3. dan akan menghasilkan ini

Tekan 2 kali di perkataan 'Stroke'

1. Saiz 40px
2. Warna merah

Siap!







Wednesday 12 July 2017

BUKU Mohon Jatuh Cinta (RM25.00)

>SUDUT IKLAN<

MOHON JATUH CINTA





Mari dapatkannya dengan hanya RM25.00 di

Seorang si singa, seorang si keras kepala. Bekerja di bawah satu bumbung, tidak pernah mereka berdua sekepala. Si bos dengan lagaknya, si pekerja dengan pendiriannya.

“Nak tercabut skru kepala aku ni layan perangai singa dia tu, tahu?” - Aimin Humairah
“Habis, saya ni tak pecah kepala layan perangai badut awak?” – Dani Isyraf

Tapi, kata orang benci lama-lama boleh jadi cinta. Sifat bersahaja Aimin Humairah itu membuatkan hati Dani Isyraf semakin jatuh cinta. Namun, hati Aimin Humairah yang sekeras kerikil bukan mudah untuk dilembutkan. Dalam penantian rasa, Dani Isyraf akur dan meluahkan rasa hatinya.

“Dalam marahnya saya, sentiasa rindu. Dalam marahnya saya, terbit rasa cinta. Saya betul-betul cintakan awak, Aimin Humairah dan saya ingin memperisterikan awak.” - Dani Isyraf
“Tapi saya tak pernah cintakan awak! Kalau dapat saya putarkan masa, saya berharap untuk kita tak pernah kenal dan berjumpa. Mengenali awak adalah penyesalan besar dalam hidup saya, Encik Dani Isyraf.” – Aimin Humairah

Setelah hati jatuh cinta, akankah lagi ada bahagia?

BUKU Manuskrip Cinta (RM26.00)

>SUDUT IKLAN<

MANUSKRIP CINTA





Mari dapatkannya dengan hanya RM26.00 di

Aku, Dian Aryani binti Aryan, berusia 30 tahun dan merupakan penulis sepenuh masa. Aku suka bereksperimen dengan manuskrip aku. Aku cuba untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang aku tulis.

Termasuklah manuskrip keempat ini. Tapi... Kak Adibah, editor aku tak suka pula. Dia kata, manuskrip aku yang terbaru tu rasa cinta antara watak protagonis tak sampai!

“Nak tulis, kena tulis betul-betul. Kalau rasa tak boleh tulis cerita macam ni, jangan pandai-pandai tulis. Kalau nak cabar diri kau untuk tulis cerita macam ni... Kau kena cabar diri kau untuk jatuh cinta.” – KAK ADIBAH

Gara-gara Kak Adibah suruh aku bercinta, aku terpaksa cari boyfriend tikus putih untuk aku eksperimenkan cinta dalam manuskrip aku. Terpaksalah aku suruh kawan baik aku, Gee carikan. Tak sangka, lelaki yang bermulut loji yang aku jumpa dulu, adalah kawan baik kekasih Gee, Effan yang merupakan tikus putih itu. Jodoh atau bodoh?

“What a small world... Minah badan pendek!” – DR. IZAK ASHAAL

Dia, Dr. Izak Ashaal bin Dato Dr. Izam, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar tulang, orthopedist. Masalah mula timbul setelah aku dapat tahu yang Izak ada agendanya tersendiri dengan Effan dan dia bukan seperti yang aku sangkakan. Kesilapan dia, membuatkan aku berpaling kepada watak asal yang aku ambil sebagai watak utama dalam manuskrip aku. Dia, Dr. Rian Akasyah bin Tan Sri Dr. Rasyid, berusia 36 tahun dan merupakan doktor pakar jantung, cardiologist. Dia telah dikecewakan oleh tunangnya sendiri dan aku menolongnya membersihkan namanya. Dia baik, dia sweet dan dia selalu ada bila aku memerlukan dia.

“It's okay. You can always talk to me about whatever you want to. And you can do it as long as you like.” – DR. RIAN AKASYAH

Daripada tak ada calon, sekarang calon sudah jadi dua. Namun hati tidak pernah ada simpang. Hati aku sudah ada pilihan, tetapi masih degil untuk main permainan hati yang akhirnya menjerat hati aku sendiri. Betul lah kata ibu, hati dan perasaan tak boleh dibuat eksperimen! Akhirnya... Manuskrip terjun gaung, hati jadi rentung!

“Kalau kak salah pilih pun, ada tiga pilihan yang akan muncul dalam hidup kak. Sama ada pilihan itu akan menilai, merosak ataupun menguatkan kak. Satu pesanan ayah kat kak, kalau muncul tiga pilihan ni, pilihlah yang menguatkan kak. Orang yang kuat, tak mudah mengalah dan putus asa. Itu baru anak ayah!” – AYAH

Hmmm... Apakah pilihan yang menguatkan aku? Tulang atau jantung? Tulislah macam mana bagus pun fiksyen tu, tulisan Allah S.W.T adalah tulisan yang paling baik!

Sunday 9 July 2017

Cara-cara nak 'install' FONT dengan mudah!

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera :)

Lama rasanya tak 'update' blog ini tetapi, jangan risau sebab hari ini saya akan kongsikan tutorial nak 'install' font dengan mudah dan senang. :)


cara-cara nak 'install' font di Word dengan mudah

'Unzip' file zip yang mengandungi Font

Tekan ini

Tekan >Install<


Siap!