Sunday 28 June 2015

How to Refiil cadtridge hp 60 Tri-Color

Assalamualaikum~

Hari ini saya akan tunjukkan tutorial refill ink dalam catridge Tri-Color.

Refill Hp60 TRI-Color
1. Ini ialah catridge Hp60 Tri-Color
2. buka label sampai habis supaya lebih mudah untuk masukkan 'ink'.
3. A = warna KUNING
B = warna MERAH
C =warna BIRU

4. Pastikan catridge dialaskan dengan plastik atau alas tidak mudah serap.
5. sediakan jarum dan picagari. pastikan jarum bersaiz besar.
6. Sediakan tisu secukupnya.

7. Sediakan 'ink' kuning, biru dan merah. 'ink' ini boleh didapati di kedai-kedai buku atau alat tulis.

8. Masukkan 'ink' sebanyak 2ml pada setiap lubang untuk mengelakkan 'ink tertumpah.
9. Masukkan 'ink' ke dalam catridge perlahan-lahan sehingga 'ink' keluar sedikit daripada lubang tersebut. (PASTIKAN JARUM DICUCUK HINGGA KE BAWAH / MENYENTUH DASAR) 

10. Ulang semula langkah 8 hingga 9.

11. Tutup semula label dan lap hingga bersih. Gunakan tisu dan lap berulang kali sehingga 'inik' menjadi stabil seperti gambar di atas. SIAP.

12. Pasang catridge ke dalam printer. Pergi Setting dan tekan 'Clean the catridge '.
13. Untuk kesan yang lebih baik, biarkan selama 8 jam supaya span dapat menyerap ink tersebut sepenuhnya.
14. Test ink dengan print tulisan dan elakkan print gambar atau ssuatu yang memerlukan penggunaan ink dengan banyak kerana catridge akan comot dan perlu dibersihkan semula.
15. sentiasa bersihkan menggunakan tisu sekiranya kesan tidak memberangsangkan.
16. Biasanya, catridge ini boleh refill sebanyak 4 kali sahaja dan mungkin lebih. cuma kualitinya akan semakin berkurang.
17. Beli catridge  baru untuk kualiti yang lebih bagus.

AMARAN
Jangan terbalikkan catridge sebab ink akan tertumpah.

Wednesday 3 June 2015

Resepi Spaghetti Bolognese yang paling mudah (Kuah pekat punya!!)

Seperti biasa blog saya memaparkan 'post' yang berlainan dan hari ini saya akan post tentang resepi spaghetti bolognese atau spaghetti tomato. Resepi ini sangat mudah dan lazat. Hanya campak-campak jer. Cewahhh... Amatur katekan.. tetapi saya lebih gemar spaghetti yang pekat kuahnya...

Resepi Spaghetti Bolognese

Bahan-bahannya :
1/2 paket spaghetti (Rebus dan tambah garam dan sedikit minyak)
1 botol tomato Prego
1 tin tomato puree
2 biji tomato (blender)
3 gram ayam yang (blender)
2 bawang merah (blender)
4 ulas bawang putih (blender)
Sebatang lobak (dicincang dadu)
saderi (dicincang ladu)
6 biji cendawan butang (dicincang dadu)
garam
secukup garam dan sedikit gula
2 sudu serbuk cili

Cara-caranya
1. Tumis bawang yang sudah diblender sehingga naik bau.
2. Kemudian, masukkan tomato prego, tomato puree dan tunggu 1 minit. Masukkan setengah cawan air.
3. Masukkan tomato yang sudah diblender. Tunggu selama 4 - 5 minit sebelum masukkan serbuk cili, garam dan gula.
4. Masukkan ayam yang sudah diblender dan ia akan memekatkan kuah anda. Biarkan sehingga masak.
5. Masukkan sayur yang sudah dicincang.
6. Hidang



Rumus di Hatinya (Hakase No Aishita Sushiki)

Assalamualaikum~



Buku RUMUS DI HATINYA ini merupakan terjemahan yang sah daripada buku Hakase No Aishita Sushiki yang ditulis oleh Yoko Ogawa yang diterbitkan di Shinchosha Company, Tokyo. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Normalis Amzah (INSTITUSI TERJEMAHAN DAN BUKU MALAYSIA BERHAD). Buku ini juga dicetak pada tahun 2014. Novel ini juga pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, iaitu THE HOUSEKEEPER AND THE PROFESSOR dan ia juga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, seperti Perancis, Jerman dan Poland. Pernah difilemkan di Jepun dengan tajuk THE PROFESSOR’S BELOVED EQUATION (2006).

Saya telah membeli buku ini pada awal tahun 2015 dan ianya sangat menarik. Salah satu sebabnya kerana ‘cover’ buku ini... haha... orang kata “don't judge a book by its cover”, tapi ‘cover’ buku ini memang menarik. Bagi saya, buku ini sangat tenang tetapi penuh dengan kasih sayang terhadap matematik. Keadaan ini adalah kerana buku ini menceritakan tentang kehidupan seorang pakar matematik. Berikut ialah sinopsis buku RUMUS DI HATINYA ;

Sinopsis


‘’Ingatanku hanya untuk 80 minit’. Hanya itu keupayaan ingatan yang tinggal buat Profesor Hakase. Seorang ahli matematik yang pintar, hidup terasing dalam dunianya sendiri. Bagi Hakase, tiada yang indah selain nombor perdana, rumus Matematik dan teori nombor, sehinggalah seorang pembantu rumah hadir bersama anak kecilnya. Bagaimanakah kehidupan Hakase dengan kehadiran mereka? Mampukah pembantu rumah itu menembusi dunia asing Hakase?