Tuesday 10 January 2017

NOTA RINGKAS PANDUAN PENGUCAPAN AWAM (Edisi Kedua) – Abdul Mua’ti Ahmad

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera.

Hari ini saya mahu kongsikan kepada anda semua nota ringkas Pengucapan Awam saya. Nota ini hanya boleh dibaca dan dilihat apabila anda sudah membaca dari kulit ke kulit buku Pengucapan Awam (Edisi Kedua) yang ditulis oleh Abdul Mua'ti.

Boleh beli di https://shope.ee/7zYEcdsY88

Semoga nota ini dapat membantu anda ~ <3


NOTA RINGKAS PANDUAN PENGUCAPAN AWAM (Edisi Kedua) – Abdul Mua’ti Ahmad

BAB 1

Tujuan Ucapan

  1. Memberi maklumat
  2. Menghibur
  3. Memujuk
  4. Memenuhi keperluan majlis khas

Cara penyampaian ucapan

  1. Ucapan spontan
  2. Ucapan yang dihafal
  3. Ucapan yang dibaca
  4. Ucapan extemporaneous

Sifat pengucap yang berkesan

  1. Berpengalaman
  2. Berkemahiran
  3. Berkeyakinan
  4. Berkeperibadian dan berpewarakan baik

Prinsip asas pengucapan awam (ID-MEP)

  1. Inventio (pengumpulan isi)
  2. Dispositio (Penyusunan isi)
  3. Memoria (Penguasaan isi)
  4. Elocutio (Penggunaan gaya bahasa yang sesuai)
  5. Pronuntiato (Penyampaian ucapan)

Tugas dan Tanggungjawab dalam Penyampaian Ucapan

  1. Penentuan tajuk dan skop ucapan
  2. Pencarian isi dan bahan sokongan
  3. Menganalisis audiens
  4. Penyusunan ucapan
  5. Membuat latihan dan raptai
  6. Menyampaikan ucapan
  7. Mendapatkan maklum balas dan membuat penilaian

BAB 2 : MENANGANI KEGUGUPAN

Punca kegugupan

  1. Fisiologikal
  • Otak
  • Kelenjar adrenal di ginjal
  • Merembeskan hormon adrenalina
  • Merangsang pankreas
  • Insulin
  • Membantu menghuraikan gula
  • Menjadi glikogen
  • Menghasilkan haba
  • Haba meningkatkan suhu badan
  • Mengeluarkan peluh

  1. Psikologikal
  • Perasaan negatif dan was-was

Kaedah mengawal kegugupan

  1. Sedarilah bahawa kegugupan ialah perkara normal yang dihadapi oleh pengucap
  2. Sebenarnya kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa
  3. Kegugupan boleh dukurangkan dengan pengalaman
  4. Audiens hadir untuk mendengar ucapan yang berkesan, bukan untuk mencari kesilapan
  5. Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara untuk melafazkannya
  6. Buat persediaan yang secukupnya
  7. Gunakan kaedah untuk memusatkan tumpuan fikiran kepada ucapan
  8. Analisis audiens
  9. Lakukan senaman kecil
  10. Tarik nafas dalam-dalam
  11. Pilih audiens yang mesra sebagai tumpuan awal bicara

BAB 3 : MENGANALISIS AUDIENS, MAJLIS DAN DIRI SENDIRI

MENGANALISIS AUDIENS
Pekara yang Perlu diperhatikan ialah :

  1. Ambil tahu perkara yang mereka sedia tahu
  2. Ambil tahu apakah sikap mereka terhadap bahan ucapan atau subjek kita
  3. Ambil tahu juga sikap mereka terhadap kita sebagai pengucap
  4. Kenal pasti pekerjaan atau punca pendapatan mereka
  5. Anggarkan status ekonomi mereka
  6. Ambil tahu tahap persekolahan mereka
  7. Ambil tahu status sosial mereka
  8. Adakah audiens kita semuanya lelaki? Semuanya perempuan atau bercampur lelaki dan perempuan?
  9. Bagaimana dengan peringkat umur audiens kita?
  10. Apakah saiz audies kita?
  11. Ambil tahu agama bangsa serta ideologi mereka secara umum

MENGANALISIS MAJLIS

Perkara yang Perlu diperhatikan ialah :

  1. Apakah tujuan majlis itu diadakan?
  2. Dimanakah majlis tersebut diadakan?
  3. Apakah kemudahan yang ada untuk kita gunakan untuk berucap?
  4. Bila giliran kita berucap?
  5. Apa pula acara selepas ucapan kita?
  6. Ambil tahu agenda keseluruhan majlis.

MENGANALISIS DIRI SENDIRI

Perkara yang perlu diperhatikan ialah :

  1. Apakah pengetahuan kita tentang tajuk yang akan kita perkatakan nanti mencukupi?
  2. Cukupkan masa untuk kita bersedia?
  3. Adakah kita benar-benar berminat dengan bahan atau tajuk ucapan tersebut?
  4. Adakah audiens akan menerima kita sebagai pengucap yang berpengetahuan?

BAB 4 : MENJANA IDEA DAN MENGUMPUL MAKLUMAT

Langkah Pertama

  1. Pembuktian atau sokongan kepada hujah-hujah dan idea kita
  2. Jelaskan maksud idea kita tadi
  3. Jadikan idea-idea kita mudah diingati
  4. Jadikan ucapan kita lebih menarik
  • Contoh-contoh
  • Petikan-petikan
  • Cerita-cerita
  • Statistik
  • Definisi
  • Perbandingan
  • Alat bantu

Langkah Kedua

  1. Nota yang mungkin kita buat selepas menghadiri seminar, kursus atau selepas mengikuti ucapan orang tertentu.
  2. Potongan artikel daripada akhbar atau majalah yang berkenaan dengan sesuatu tajuk.
  3. Koleksi risalah, buletin atau brosur mengenai sesuatu tajuk yang diperoleh daripada agensi-agensi pembangunan, pusat-pusat penerangan atau sumber-sumber lain.

Langkah Ketiga

  1. Membaca buku, jurnal atau penerbitan yang kita rasakan boleh didapati di perpustakaan atau pusat sumber
  2. Melayari laman web yang boleh memberikan kita maklumat yang releven dengan topik yang bakal dibicarakan.
  3. Menemu ramah individu berkenaan, yang kita rasakan boleh memberi makumat yang sahih untuk ucapan kita.
  4. Membuat kajian persendirian sama ada secara pemerhatian atau lebih sistematik demi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan skop ucapan.

Langkah Keempat

Melakar sarang labah-labah untuk melihat ruang lingkup topik secara kasar.
BAB 5 : MENGATUR BAHAN UCAPAN

Format Ucapan Informatif

  1. Pengenalan ucapan
  • Salam dan ucap selamat
  • Penghormatan protokol
  • Teknik menarik perhatian
  • Preview
  • Prosedur
  1. Badan atau isi ucapan
  • Idea utama
  • Pecahan idea
  • Bahan-bahan sokongan
  1. Penutup ucapan
  • Review ucapan
  • Kenyataan untuk diingati
  • Penyudah bicara

Pembahagian Ucapan

Pengenalan : 15% = 3 minit
Badan atau isi : 75% = 15 minit
Penutup : 10% = 2 minit

Penyusunan Isi atau Maklumat

  1. Susunan masa
  2. Susunan ruang
  3. Susunan tajuk-tajuk kecil atau subtajuk
  4. Susunan sebab-musabab
  5. Susunan masalah penyelesaian
  6. Susunan pro-kontra

Bilangan idea utama

3 – 5 idea utama

BAB 6 : MERANCANGAN PENGENALAN UCAPAN

Teknik Menarik Perhatian

  1. Nyatakan fakta-fakta menarik atau unik
  2. Berikan statistik
  3. Ajukan soalan retorik
  4. Berikan kenyataan-kenyataan lucu atau jenakan (sekiranya ada bakat)
  5. Berikan petikan-petikan daripada sumber-sumber yang berwibawa
  6. Merujuk majlis
  7. Merujuk audiens
  8. Merujuk diri sendiri sebagai pengucap
  9. Bercerita
  10. Menyatakan kejadian-kejadian bersejarah
  11. Menekankan kepentingan subjek atau tajuk yang akan diperkatakan
  12. Penghormatan peribadi, iaitu memuji audiens secara jujur

Perkara yang perlu dielakkan :

  1. Penghuraian yang berputar-belit
  2. Menyinggung audiens
  3. Teknik menarik perhatian yang tidak berkenaan
  4. Menengok jam terlalu kerap
  5. Menunjukkan ego kita

BAB 7 : MERANCANG PENUTUP UCAPAN

Review Ucapan

Kenyataan untuk diingati

  1. Menggulang semula kaedah yang kita gunakan dalam teknik menarik perhatian
  2. Merujuk kembali tema majlis
  3. Membuat rayuan akhir
  4. Mengemukakan soalan
  5. Membentuk mood
  6. Membuat ramalan masa hadapan
  7. Memberi cabaran

Perkara yang Perlu Dielakkan

  1. Menukar gaya bercakap
  2. Mengaku lupa idea
  3. Berhenti tiba-tiba
  4. Meminta maaf berulang kali
  5. Menyalahkan masa
  6. Huraian panjang

BAB 8 : MEMBUAT LATIHAN BERUCAP

Latihan Berucap

  1. Berapa kalikah kita perlu berlatih?
  2. Hafal idea, bukan perkataan
  3. Rujuk kad nota
  4. Hayatilah ucapan kita itu
  5. Tidak perlu adakan latihan khusus bahasa badan
  6. Rakamkan latihan
  7. Bagaimana kalau tiada alat perakam
  8. Ukur masa
  9. Jangan ubah kadar ucapan kerana masa
  10. Berlatih guna alat-alat bantu

BAB 9 : MENYAMPAIKAN UCAPAN
Panduan Dalam Pencapaian

  1. Gunakan gaya tersendiri
  2. Berkeyakinan
  3. Jangan gopoh
  4. Adakan hubungan (contact) dengan audiens
  5. Jangan memulakan ucapan dengan merujuk nota
  6. Bercakaplah dengan audiens
  7. Rujuk nota hanya sekali sekala
  8. Kawal suara
  9. Berdiri tegak
  10. Gayakan bahasa badan
  11. Jangan gelisah
  12. Tunjukkan bahawa kita gemar berucap
  13. Sembunyi kesilapan
  14. Gunakan alat bantu dengan berkesan
  15. Beredarlah dengan yakin

BAB 10 : UCAPAN PERSUASIF

Pengenalan Ucapan
  • Salam atau ucap selamat
  • Penghormatan protokol
  • Teknik menarik perhatin
Badan
  • Menyatakan masalah atau keperluan
  • Saranan penyelesaian masalah atau keperluan
  • Bayangan kejayaan setelah menerima pakai saranan
Penutup
  • Dorongan audiens menerima pakai saranan
  • Kenyataan mudah untuk diingati
  • Penyudah bicara

Teknik Menarik Audiens di dalam Pengenalan Ucapan Persuasif

  1. Menyatakan fakta-fakta yang menarik atau unik
  2. Memberikan statistik
  3. Mengajukan soalan yang mendorong sudiens untuk berfikir
  4. Mengutip petikan darupada orang terkenal, kitab atau buku dan bahan bertulis lain yang berwibawa
  5. Menceritakan pengalaman kita sendiri sebagai pengucap
  6. Bercerita, sama ada cerita benar, fantasi atau dongeng
  7. Menyatakan kejadian-kejadian sejarah
  8. Menekankan kepentingan subjek atau tajuk yang akan kita perkatakan nanti
  9. Penghormatan peribadi, iaitu memuji audiens secara jujur

Badan atau Isi

  1. Menyatakan masalah atau keperluan
  2. Saranan jalan penyelesaian
  3. Bayangan kejayaan
Penutup

  1. Mendorong audiens menerima guna saranan
  2. Kenyataan untuk diingati
  • Mengulang semula kaedah yang digunakan dalam teknik menarik perhatian
  • Merujuk kembali kepada tema majlis
  • Membuat rayuan akhir
  • Mengemukakan soalan
  • Membentuk mood
  • Membuat ramalan masa depan
  • Memberi cabaran

BAB 11 : PETUA PENTING DALAM UCAPAN

  1. Bahasa badan
  • Kepala
  • Mimik muka
  • Mata
  • Bahu
  • Tangan dan jari
  • Anggota jari

  1. Pengawalan suara
  • Kelantangan
  • Nada
  • Jeda
  • Pengulangan
  • Sebutan tepat

  1. Penggunaan mikrofon
  • Jarak mikrofon dengan mulut
  • Laraskan bunyi (volume)
  • Jenis mikrofon
  • Kedudukan mikrofon
  • Belajarlah menggunakan mikrofon
  • Jangan tanggalkan mikrofon daripada standnya

  1. Kaedah menjawab soalan
  • Dengar soalan dengan teliti
  • Ulang sebut soalan
  • Takrifkan istilah sukar
  • Pecah-pecahkan soalan yang mengandungi banyak bahagian
  • Menjawab soalan-soalan fakta
  • Menjawab soalan-soalan pendapat
  • Kaitkan jawapan dengan isi ucapan
  • Menjawab soalan-soalan yang kontroversial
  • Kalau tidak tahu jawapan, bagaimana?
  • Beri peluang untuk ramai orang menyoal
  • Jangan biarkan penyoal berucap
  • Bantulah penyoal yang tersekat-sekat

BAB 12 : PANDUAN UCAPAN KHAS

Ucapan Impromtu

Sebaik sahaja dijemput untuk memberi ucapan impromtu :

  1. Ambil sedikit untuk memusatkan tumpuan fikiran
  2. Kenal pasti isi utama ucapan
  3. Gunakan struktur atau format ucapan biasa
  4. Jangan lupa menyusun isi
  5. Sokonglah kenyataan-kenyataan kita
  6. Kaitkan dengan ucapan-ucapan lain
  7. Jangan terburu-buru
  8. Duduklah apabila telah kehabisan modal
  9. Perkara yang perlu dielakkan dalam ucapan jenis ini
  • Ucapan meleret-leret
  • Keluar tajuk
  • Meminta maaf
  • Lagak terperanjat

Perkara yang Perlu dielakka dalam Ucapan Jenis ini :

  1. Ucapan meleret-leret
  2. Keluar tajuk
  3. Meminta maaf
  4. Lagak terperanjat

Ucapan Memperkenal Pengucap

Format untuk memperkenal pengucap

  1. Pengenalan
  2. Perbincangan
  • Mengapa pengucap ini?
  • Mengapa subjek atau tajuk ini?
  • Mengapa audiens ini?
  • Mengapa ketika ini?
  1. Kesimpulan

Perkara penting untuk diingati :

  1. Wujudkan usasana majlis melalui cara pengenalan pengucap yang kita buat
  2. Fahamilah ucapan pengenalan kita sepenuhnya
  3. Tepat
  4. Beri perhatian semasa pengucap sedang berucap
  5. Kata-kata penghargaan

Perkara yang perlu dielakkan

  1. Beri ucapan yang panjang lebar
  2. Sampaikan ucapan pengucap
  3. Terlalu memuji atau mengagung-agungkan pengucap
  4. Berjenaka
  5. Menyembunyikan nama pengucap
  6. Lupa nama pengucap

Ucapan Pengumuman

Format Ucapan Pengumuman

  1. Pengenalan
  2. Perbincangan
  • Nama upacara yang akan berlangsung
  • Hari dan tarikhnya upacara tersebut
  • Masa upacara
  • Tempat atau lokasi
  • Kos (jika perlu)
  • Hal-hal istimewa berkenaan upacara tersebut
  • Perkara-perkara mustahak berkenaan upacara
  • Keterangan-keterangan tambahan lain
  1. Sebaik-baiknya diulang sebut sekali lagi bahagian perbincangan tadi supaya jelas dan sertakan dengan kenyataan-kenyataan untuk diingati.

Petua penting untuk diingati

  1. Buat kad-kad nota
  2. Buat dengan ringkas
  3. Berdiri dengan penuh keyakinan
  4. Gunakan alat-alat bantu
  5. Pastikan permintaan audiens
  6. Gunakan kenyataan-kenyataan lucu

Ucapan Penyampaian Anugerah

Struktur atau format ucapan

  1. Pengenalan
  2. Perbincangan
  • Tujuan penganugerahan
  • Latar belakang organisasi
  • Review penerima hadiah yang lepas
  • Ringkasan tentang pemenang kali ini
  • Penerangan tentang anugerah itu sendiri

Perkara yang perlu diberi perhatian

  1. Jangan terlalu memuji pemenang
  2. Jangan terlalu menekankan nilai anugerah
  3. Jangan umumkan nama orang-orang yang hampir memenangi anugerah ini
  4. Jangan berjenaka apabila perlu

Ucapan Penerima Anugerah
  1. Pengenalan
  2. Perbincangan
  • Lahirkan penghargaan kepada penganjur
  • Lahirkan penghargaan kepada ahli keluarga, rakan dan lain-lain
  • Nyatakan rancangan anugerah tersebut
  1. Kesimpulan

Perkara yang perlu dielakkan

  1. Menukar suasana
  2. Memberi ucapan yang panjang lebar






1 comment:

  1. Ketakutan yang rasional adalah ketakutan bahawa kita dapat menjelaskan secara rasional, dan ketakutan adalah sesuatu yang boleh menyebabkan kemudaratan yang nyata bila kita takut untuk membuat ucapan secara awam.

    ReplyDelete