Wednesday, 2 July 2014

Tahun Baru Cina

TAHUN BARU CINA

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan besar yang disambut di Malaysia dan disambut dengan meriah oleh masyarakat kaum Cina. Selain itu, seluruh Malaysia akan mendapat cuti umum bagi menyambut perayaan ini . Ianya juga merupakan perayaan terpenting bagi orang Cina untuk menyambut Tahun Baru berdasarkan calendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan seperti tahun ayam, monyet, ular dan sebagainya.

Perayaan Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Chunjie (Festival Musim Bunga/Spring Festival), Nongli Xinnian (Tahun Baru), atau Guonian atau Sin Tjia.

Perayaan Tahun Baru Cina melambangkan permulaan nasib dan kehidupan . Sebelum Tahun Baru bermula, sanak saudara akan pulang berkumpul bagi menyambut Tahun Baru. Rumah bereka akan dikemas dan segala hutang piutang dibayar atau dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun. Mercun akan dibakar sebagai tanda permulaan Tahun Baru dan menghalau puaka dan nasib malang.

Lazimnya di pintu rumah digantungkan langsir mewah dan beberapa lambing yang mengambarkan ciri-ciri warisan budaya mereka. Gantungan yang paling popular adalah tanglung dan hiasan berbentuk mercun Cina. Tidak ketinggalan hiasan kain bena atau rentang yang menggunakan kaligrafi Cina merupakan hiasan yang popular. Biasanya perkataan yang ditulis merupakan perkataan yang baik-baik sahaja.

Upacara utama bagi masyarakat Cina untuk menyambut ketibaan Tahun Baru ialah makan bersama kaum keluarga. Hidangan makan terdiri daripada juadah istimewa mengikut kemampuan masing-masing. Antara hidangannya ialah yee sang, kuih bakul, daging itik, daging salai, ikan, kuih pulut, limau mandarin dan luohan zhai.

Kebiasaannya, kebanyakkan masyarakat Cina menyambut Tahun Baru dengan memakan sayur-sayuran sebagai sarapan pagi. Mengikut kepercayaan mereka, dianggap tidak baik membunuh atau memusnahkan tumbuhan bernyawa.

HARI PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Hari Pertama
Hari pertama Tahun Baru Cina adalah hari bagi mengundang dewa-dewa kayangan dan bumi. Keluarga masyarakat Cina akan menziarahi  orang tua atau paling senior dalam keluarga mereka. Ada juga sebahagian keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut Tahun Baru sambil menghalau puaka dan musibah.

Hari Kedua
Hari kedua Tahun Baru Cina dipanggil hari ‘membuka tahun’ iaitu menyaksikan anak perempuan yang sudah berkahwin menziarahi ibu bapa kandung mereka.

Hari Ketiga
Menurut kepercayaan masyarakat Cina, hari ketiga perayaan ini adalah hari yang dikenali sebagai ‘mulut merah’ yang bermaksud amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan. Oleh itu, tidak sesuai untuk ziarah menziarahi pada hari itu. Manakala, keluarga yang kematian ahli keluarga terdekat dalam jangka masa tiga tahun tidak akan menziarahi sesiapa sebagai tanda menghormati si mati.

Hari Keempat
Hari keempat kembali seperti biasa dan memulakan kerja. Begitu juga dengan Hari Kelima dan Hari Keenam.

Hari Ketujuh
Hari Ketujuh Tahun Baru Cina dikenali sebagai hari jadi orang ramai iaitu hari di mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Hari Kesembilan
Hari kesembilan tahun baru adalah hari bagi kaum Cina berfahaman Tao akan menyembah Maharaja Jed di kayangan di tokong agama Tao.

Hari Kelima Belas
Hari kelima belas ialah hari terakhir tahun baru Cina yang diraikan sebagai Chap Goh Mei. Masyarakat Cina akan memakan pulut manis dalam sup dan mengadakan upacara besar-besaran dimana colok besar akan dibakar dan ada juga yang mengadakan makan besar bersama keluarga.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan secocok.
Terdapat juga amalam melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.


No comments:

Post a Comment