Sunday 4 May 2014

Cara Untuk Memastikan Sayur-sayuran Kekal Segar Sepanjang Minggu

Assalamualaikum~

Biasanya sayur-sayuran yang kita beli dari kedai tidak akan tahan lama dan layu biarpun untuk satu hari. lagi-lagi, sayur atau bahan-bahan yang perlu digunakan, sedikit sahaja. pasti membazir kalau layu begitu sahaja seperti daun bawang, daun sup dan daun limau purut.

Kemudian, kakak saya mendapat satu teknik dengan memasukkan sayur-sayuran yang mahu digunakan untuk masa yang lama ke dalam pembeku.

Anda boleh memasukkan setiap sayuran ke dalam bag plastik yang berbeza, supaya bauannya tidak bercampur. Bagi daun sup pula, anda boleh potong halus-halus dan letakkan ke dalam bekas kiub ais. Jadi, daun sup dapat dibahagi dengan sama rata dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Mungkin sayur-sayurannya akan mengalami frost tetapi ia akan tetap segar.