Thursday 23 March 2023

Cara Mohon Lampu Jalan TNB dengan mudah.

 Assalamualaikum dan hi,

Lampu jalan TNB sebenarnya boleh dimohon di Kedai Tenaga atau cawanganTNB yang berdekatan. Pergi sahaja ke sana dan beritahu yanganda mahu mohon lampu jalan. Mereka akan memberikan borang.

Sebelum isi borang, saya nak beritahu bahawa terdapat caj-caj yang perlu dibayar iaitu caj pemasangan dan caj bulanan. Sekali pemasangan untuk 1 tiang adalah RM300 dan caj bulanan adalah RM10 sahaja. Seingat saya, dalam 1 borang boleh mohon untuk 2 tiang lampu dibawah bill TNB yang sama. 

Isi borang dengan betul, alamat di dalam borang kalau boleh ikut seperti di dalam bill TNB yang kita terima. No. akaun TNB juga isi dengan betul sebab caj bulanan akan terus dimasukkan di dalam bill tersebut. RM300 pula akan dibayar semasa kita beri borang di kaunter.

Selepas siap isi, sediakan pula dokumen sampingan. Apakah dokumen sampingan tersebut?

  1. Bill TNB yang terbaru (Jika tidak menerima melalui pos anda boleh download melalui apps myTNB
  2. Salinan kad pengenalan (pemilik bill tnb). Jangan lupa biasakan diri untuk garis dua di atas salinan kad pengenalan kita dan tulislah “UNTUK KEGUNAAN TNB 01/01/2023”.
  3. Lakaran lokasi tiang.Walaupun sudah ada alamat dan nombor tiang, lakaran ini akan lebih mudah membantu. Tidak perlu terlalu detail atau seperti peta dalam kad kahwin. Cukup lakaran ringkas yang mempunyai nama jalan, tempat check point yang mudah dikenali seperti surau, sekolah dll, dan rujukan simbol. Jangan risau, anda boleh lakar ke kertas A4 yang lain dan tidak semestinya dilakar dalam ruang kotak yang kecil itu.
Hantar ke kaunter TNB, digalakkan datang pada waktu pagi. Kebiasannya kaunternya tidaklah sibuk, jadi jangan risau.

Selepas pegawai menyemaknya, anda boleh membuat bayaran melalui tunai, kad atau mesin. Jika tidak tahu guna mesin, tanya sahaja pada pegawai. Selesai sahaja, pegawai akan memberikan nama dan nombor telefon orang yang bertanggungjawab untuk memberitahu kelulusan permohonan dan beliaulah yang akan bertanggungjawab dalam pemasangan lampu. Sebelum itu, pegawai tersebut juga akan datang ke lokasi yang dipohon untuk semak kawasan.

Biasanya jika sudah 3 bulan masih senyap, anda boleh hubungi nombor tersebut. Kadang-kadang beliau bertanggungjawab banyak tempat dalam satu-satu masa.

Setakat ini saya pernah buat lebih kurang 3-6 lampu jalanbagi pihak jiran-jiran saya. Anda pun boleh lakukannya. Bincang dan jelaskan dengan rakan kejiranan tentang cara dan caj-cajnya. Jika mereka setuju barulah buat. Pastikan tiang yang dipilih menggunakan bill TNB jiran yang paling dekat. Jangan guna bill jiran Jalan A untuk Jalan B. Bila buat untuk jiran, jangan lupa selesaikan sehingga habis, sehingga dipasang dan bukanlah tergantung. Jika tidak lulus, beritahulah pada jiran tersebut. 

Bicara mengenai tidak lulus, anda boleh cuba rujuk kembali kepada pegawai TNB kenapa tidak lulus. Selain itu, ada juga isu yang mungkin timbul seperti TNB tidak pasang, pegawai tidak telefon tentang kelulusan dan tiba-tiba kita kena caj bulanan RM10. Sila cepat-cepat pergi ke kaunter TNB dan menyelesaikannya. Pegawai di sana akan membantu anda. Biasalah, manusia ada silapnya dan biasalah, sistem hanya buatan manusia.

Mudah sahaja kan?! Sambil-sambil tu, mengalir pahala kita bersedekah secara tidak langsung kerana lampu jalan tersebut membantu mereka yang lalu.

Thursday 16 March 2023

Amway Allano Hand and Body Lotion REVIEW!

 Assalamualaikum dan hi~

Tak silap, ini adalah post pertama di blog pada tahun 2023. Kali ini kita akan review produk AMWAY iaitu Allano Hand and Body Lotion ini, Love betul dengan produk ini sebab tak sangka berkesan seperti yang diiklankan.


 Kadang-kadang walaupun produk tu daripada drug store yang selalu kita pergi pun tidak dapat menghasilkan kesan seperti yang diiklankan. Kali ini memang berkesan.

Al kisahnya dulu my mom terkena gigit serangga atau semut charlie rasanya. So bahagian gigitan tu lama-lama bernanah dan macam mula membengkak sedikit. Mak cik I yang waktu tu baru beli Allano untuk kitchen staff dia pun kata suruh try si Allano ni.

Pakai sikit je, hat yang luka tu je. Esoknya tengok dah kering dan nanah pun tiada dah. Esoknya lagi pula semakin kering dan kering dan elok sehingga sekarang. Pakai sekali je waktu tu. We be like fuyooo hahaaha haa gitu

Kami pun mula mencari dan sekarang Allano sahaja yang duduk dalam rumah. My big bro pun cuba untuk gatal-gatal sebab alahan. Sekejap je dah kering haa giteww

So bila kita research sikit, rupanya banyak lagi kelebihan si Allano ni iaitu dia juga boleh;

  • Merawat tapak kaki yang kering, pecah dan merekah
  • Melembabkan kulit tangan dan badan
  • Mengurangkan gatal dan risiko parut campak atau ruam
  • Merawat kudis
  • Memudarkan kesan parut stretchmark selepas bersalin
  • Melegakan ruam badan dan ruam lampin bayi
  • Rawatan awal lecur terkena minyak atau air panas
  • Gigitan nyamuk
  • Turunkan suhu kerana demam
  • Luka-luka kecik (luka berkhatan pun boleh)

 Banyakkan manfaatnya? Jangan risau sebab Allano ini merupakan salah satu produk AMWAY yang terlaris haa gitewww

Walaupun dipanggil lotion, tekstur dia setelah dispray seperti buih awan haa dapat bayang tak buih awan. Sejuk je. Kuantiti di 250ml. Bunyi macam sikit, tapi banyak tau. Botol dia pun agak besar. Tekan sikit je untuk kegunaan sedikit. Kalau tekan terus one pump, dia boleh sapu dua tangan. Sis guna sendiri, jadi sis berani cakap. Kekekeek

Boleh dapatkan daripada ejen AMWAY berdekatan atau daripada saya, tekan sini pilih Nak Beli Allano Lotion Amway.

Tuesday 17 May 2022

Buku Trilogi Takdir Hilal Asyraf (Buku yang membuatkan saya percaya bahawa karya Melayu masih tajam pedangnya)

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi tentang buku lagi. Sebelum itu, jangan lupa untuk luangkan masa pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti. 


Penulis Hilal Asyraf juga mempunyai booth nanti, beliau ada kongsikan lokasi booth di Facebooknya Hilal Asyraf (official). Beliau juga rajin memuat naik posting untuk tatapan umum.



Beliau juga berpesan, boleh sahaja bawa buku penulisannya jika mahu tandatangan nanti. Best bukan? tapi sebelum pergi doa-doa berjumpa dengan beliau kerana beliau tidak akan berada di situ sepanjang masa.

Sumber Gambar: Google

Baiklah, berbalik pada buku Trilogi Takdir. Macam biasa, meh saya ceritakan macam mana saya terjumpa buku ini. Buku Takdir, cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya (Hilal Asyraf).

Tidak silap saya, saya jumpa buku yang pertama yang bertajuk TAKDIR: Cahaya yang tidak terpadam di perpustakaan.  Buku ini membawa saya ke next level of imagination untuk karya Melayu. Ideanya fresh dan gaya penyampaiannya membuat kita semakin rancak mahu membacanya. 

Penulis juga berjaya mempersembahkan seni tarung dan memudahkan pembaca membayangkan pertarungan dan peperangan yang sedang berlaku. Tidak kurang juga mengandungi unsur-unsur agama yang pasti tidak membosankan atau meruntuhkan aliran cerita. Kadang kala, ada novel yang cuba membawa unsur sebegini, tetapi gagal menyampaikan dan menaikkan semangat pembaca.



"Baru hari ini aku melihat kau menempa senjata dengan tangan kosong."

    Angkasa memegang tangan Ezakiel. Telapak tangan remaja itu agak kehitam-hitaman akibat bekas keluli yang ditempanya.

"Tuk Fathan kata, aku persis manusia yang hidup pada zaman lampau, Daud."

    Angkasa Terdiam. Daud?

    Dia pernah mendengar nama itu, Dlama al-Quran yang dihafalnya.

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan Daud limpah kurnia daripada Kami. Hai gunung-ganang, ulangilah bertasbih bersama Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah juga dengan dia), dan Kami juga telah melembutkan besi untuknya." (Saba' 34:10).

    Angkasa mengukir senyum. "Kau antara keajaiban dan tanda kebesaran Allah!."



Jika ada pelukis yang mampu melukis dan membawa kisah ini. Mesti menarik! Jenis lukisan pula lebih menarik jika ianya gaya Manhwa genre action seperti Eleceed, Solo Leveling, Study Group, The Beginning After the End dan lain-lain. 

Hahahaha teruk betul demand. 

Selepas habis buku pertama ini, saya terus melakukan pencarian dan terus membeli 3 set ini. Saya membelinya pada tahun 2015. Tidak silap, saya membelinya di website www.langitilahi.com. Namun begitu, kemungkinan besar website ini telah dipadamkan atau dialihkan dengan nama yang baru. Jangan risau, anda boleh membelinya melalui Shopee Hilal Asyraf. Boleh terus direct ke buku Takdir https://shope.ee/3ASjhdr15U

Sumber Gambar: Google

Anda mungkin akan dapat kulit buku yang baru dan juga mendapat pelbagai merchandise daripada pihak Hilal Asuraf Resources. Harganya murah sahaja dan mampu milik.

Saya juga baru tahu yang kulit buku dah tukar yang baru, rasa nak beli lagi untuk koleksi hehehe.

Baiklah, saya akan berikan sedikit sinopsis buku TRILOGI Takdir

Takdir 1: Cahaya yang Tidak Terpadam
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah pada. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau' Chinmayi juga begitu.

Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di tangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya.

Namun, bukan bagi kerajaan Tanah Haram dan Kota 'Hiau' Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya.

Lantas, seorang pemuda dihantar Bapa memulkan kembara. Memerangi kegelapan bawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna
Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari, menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar, dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Mahkluk Genetik dan Kaum Gergasi.

    Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan, lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan bernainya, serangan ke Ethan dilancarkan.

    Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi!

Lantas, badai yang tidak pernah disangka selema ini, akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Takdir 3: Janji-Nya yang Tidak Termungkir
Suasana aman yang didamba, sudah dijangka tidak bertahan lama. Namun, belum sempat pasukan tentera Agama Langit menjalankan rancangan meraka, Sang Asura terlebih dahulu memulakan serangan! Para kiai menjadi bidak pertaruhan dalam percaturannya. Tentera Agama Langit diasak hebat. Mampukah mereka bertahan? Mampukah misi rahsia Angkasa Sakti dan Aizan Fahmi menyelamatkan keadaan?

You know what, korang akan ada fefeeling avengers nanti hahahha

Friday 13 May 2022

Buku Tora Datang Lagi oleh Amirul Bozu (Kitab pengetahuan kanak-kanak 90an)

 Assalamualaikum dan selamat sejahetera semua peminat buku <3

Buku Tora Datang Lagi bukanlah buku cerita, tetapi lebih kepada koleksi mainan atau jajan dan pelbagai lagi benda yang anak-anak 90an suka. Bagi yang ingin ketahui apa yang anak-anak 90an main, lagi-lagi pada era tiada Internet di merata tempat, boleh beli buku ini.

Saya beli semasa zaman belajar di UPM di Borders IOI City Mall. Murah sahaja, harganya hanya RM25.00. Sekarnag dah ada Shopee, mudah sahajakan? Tak yah susah-susah, click je link yang sis dah sediakan https://shope.ee/5zmom1RR3Y

Penulis mengingatkan bahawa segala frasa, contoh, gelaran, rukun, penerangan dan definisi di dalam buku ini mungkin sedikit berbeza mengikut lokasi, jalur masa, iman, pembesaran, fahaman dan didikan ibu bapa masing-masing. Tiada sebarang kajian khusus atau DeLorean yang digunakan dalam usahan menyiapakan buku ini. Segala yang tertulis di dalam buku ini adalah kisah benar berdasarkan saki-baki ingatan penulis sendiri. 

Antara mainan atau jajan dll yang ditulis di dalam buku ini adalah;

  1. Ais Kepal
  2. Biskut Kapal Terbang
  3. Kek Lapis Apollo
  4. Kad Nama
  5. Majalah Gila-gila
  6. Majalah Ujang
  7. Senario
  8. Telefon Awam
  9. Mutiara Naga
  10. Dr. Slump
  11. Komik Hong Kong
  12. Teropong Mekah
  13. Kad Tepuk
  14. Gundu
  15. Caplung
  16. Pistol Mercun
  17.  Adiwira Bertopeng
  18. Mengumpul Setem
  19. Lukisan Nyanyian
  20. Permainan Pepsi Cola
  21. Bertukar Biodata
  22. Ubat Demam Cortal
  23. Galah Panjang
  24. Hot Wheels
  25. Alif Lam Lam Ha
Haaa kalau nak tahu lagi, boleh baca buku Tora Datang Lagi. Ada banyakkkkk lagi yang disenaraikan di dalam buku tersebut.


Wednesday 11 May 2022

Persiapan menjadi penjual Shopee #2

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bagi yang teringin nak jual di Shopee. Pasti anda tertanya-tanya hendak buat apa dulu. Nak sediakan apa dan sebagainya. Walaupun nampak mudah, tapi kita kena sediakan dan mengaturkan setiap tindakan.

1. PRODUK

Benda pertama yang anda kena sediakan adalah PRODUK. Jika anda menjadi ahli dropship pun boleh. Produk yang disediakan oleh syarikat pembekal itulah produk anda. 

Cuma, minta perhatian untuk semua dropshipper. Saya sarankan supaya anda kekal dengan 1 pembekal dropship sahaja. Jadi, carilah seorang pembekal yang mampu membekalkan sekurang-kurangnya 20 jenis produk yang berbeza-beza tetapi dalam niche yang sama.

Contoh:

Pembekal A menyediakan niche makanan, jadi produk yang dimilikinya adalah;

  • Chingu Topokki
  • Peyek Salted Egg
  • Aductive Cornflakes
  • Mellow Chocolate
  • Sambal pecal
Pembekal B menyediakan niche campur, jadi produknya adalah;
  • Pakaian
  • Tudung
  • Chingu Topokki
  • Puting susu kanak-kanak jenama Dar
  • Ubat pemutih
Jika pakai produk pembekal A, elakkan menjual produk pembekal B kerana akan menjadi susah. Saya ingatkan untuk guna pembekal yang sama supaya dia boleh poskan semua pesanan yang dipesan.

2. LAPTOP & PRINTER

Kedua-dua alat ini amat penting semasa hendak membuka kedai di Shopee. Kita boleh mengawal kedai kita melalui handphone dan juga laptop. Apa yang bezanya adalah fitur di handphone tidak sebanyak dan tidak fleksibel seperti di laptop (Shopee Seller Center).

Oleh itu, jika anda menggunakan handphone semata, maka agak terhad untuk menggunakan fitur-fitur yang disediakan oleh Shopee.

Printer pula digunakan untuk print AWB (Air way bill) iaitu benda yang mengandungi alamat pengirim, penerima dan tracking number. Boleh guna sahaja printer biasa dan kertas biasa, tetapi saiznya adalah A6. Boleh setting di printer untuk saiz tersebut sebelum print. Selain itu, jika anda memilih atau mendapat J&T sebagai kurier anda. Anda tidak boleh gunakan printer biasa dan perlu gunakan thermal printer. Jika tidak ada,  perlu print AWB tersebut di cawangan mereka.

Thermal printer ini tidaklah wajib, cuma kebelakangan ini J&T melaksanakan peraturan sedemikian untuk semua seller yang menggunakan shopee/myparcelasia/easy parcel dll. 

Thermal printer agak mahal tetapi berbaloi kerana tidak menggunakan dakwat. Anda hanya perlu sediakan pelekat thermal untuk menggunakan printer ini.

3. ALATAN PEMBUNGKUSAN

Alatan pembungkusan ini tentulah;
  • Gunting
  • Selotape
  • Selotape FRAGILE / FRAGILE Sticker
  • Bubble wrap
  • Plastik kurier (flyers) pelbagai saiz mengikut produk yang anda jual
  • Kotak (Jika perlu)
  • Filler (Jika perlu)
Jika anda dropship, tidak perlu sediakan semua ini kerana yang akan pos adalah pembekal anda. Jika anda pegang produk, ini adalah benda yang anda perlu beli. Jangan tunggu order barulah pakat beli. NO NO NO! 

4. MENTAL

Kenapa mental? supaya anda bersedia dengan dunia penjualan online dan sentiasa ingin belajar perkara yang baru.


Semoga kalian semua berjaya menjual di Shopee dan menjadi usahawan yang berjaya <3


Monday 25 April 2022

Cara nak jual di Shopee #1

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini,  kali terakhir saya update adalah pada tahun 2020. Kali ini saya akan kongsikan sedikit pengetahuan saya tentang cara-cara menjual di Shopee. Mudah jika faham, sukar jika tidak mengamati.


BAHAGIAN 1: KENALI YURAN SHOPEE

Pertama sekali, anda kena tahu apa itu Shopee. Shopee merupakan antara platform e-dagang yang terkenal di Malaysia. Sesiapa sahaja boleh berniaga di Shopee dan semua orang boleh membeli di Shopee. Shopee juga tidak mengenakan apa-apa syarat untuk berniaga di Shopee.  

Untuk berniaga di shopee;

•  Tidak perlu SSM untuk jadi peniaga di Shopee (Digalakkan untuk membuat SSM tidak kira perniagaan anda kecil atau besar).

•  Tiada yuran pendaftaran

•  Tidak ada MOQ (Minimum Order Quantity). Anda masih boleh menjual di Shopee walaupun tiada pembeli. Tetapi, jika anda jarang tengok kedai anda (Kedai Shopee) anda, semua barang akan automatik disembunyikan di dasar lautan. Jadi, tiada sesiapa pun akan dapat lihat anda jual apa

Jika anda ingin menjual di Shopee pastikan anda juga pembeli di Shopee supaya anda faham bagaimana system shopee berfungsi atau bagaimana Shopee itu sendiri berfungsi.

Konsep di dalam shopee sama sahaja macam platform e-dagang website iaitu konsep kedai. Shopee memberikan peluang kepada kita membuka kedai secara alam maya di dalam platformnya. Jadi, uruskanlah kedai anda seperti anda uruskan kedai fizikal.

Tetapi, untuk berniaga di Shopee;

Anda perlu tahu bahawa terdapat 3 jenis yuran yang akan dikenakan kepada seller, iaitu;

  • Yuran komisen
  • Yuran perkhidmatan
  • Yuran transaksi
Yuran ini hanya akan ditolak setiap kali ada pesanan (order). Jika tidak ada pesanan, maka anda tidak perlu risau dikenakan yuran.




YURAN KOMISEN

Jika anda penjual baru dan mempunya order kurang daripada 100 order. Anda TIDAK akan dikenakan caj. Jika anda ada order lebih daripada 100, maka anda akan dikenakan caj sebanyak 2.12% termasuk sst daripada jumlah harga jualan.

Boleh lihat artikel yang dikeluarkan oleh shopee >>> https://seller.shopee.com.my/edu/article/6799

YURAN PERKHIDMATAN

Yuran perkhidmatan HANYA akan dikenakan kepada semua penjual yang mendaftar Free Shipping RM15 (FS15), FREE SHIPPING RM40 (FS40) dan 10% Cashback (CB10). 

Semasa anda membeli belah di Shopee, anda pasti akan perasan ada label FREE SHIPPING RM15 atau 10% CASHBACK. Benar pihak shopee yang memberikan baucer, tetapi pihak seller akan dikenakan caj. 

Saya galakkan dan daftar FS15 sahaja dan elakkan mendaftar kesemuany sekali atau dua daripadanya. Anda pilih 1 sahaja kerana takut kita tak untung langsung. Macam saya, saya ambil FS15 sahaja kerana barang-barang di kedai saya dah cukup murah dan itu jumlah yang paling dekat.

Nak tahu berapa caj yang dikenakan dan bagaimana kiraannya? Boleh rujuk


YURAN TRANSAKSI

Yuran transaksi adalah yuran yang dikenakan berdasarkan jumlah bayaran pembeli. Caj sebelum SST adalah 2%. Yuran ini berlaku kerana adanya proses pembayaran yang dilakukan oleh pihak pembeli. Contohnya, pembeli menggunakan kaedah pembayaran COD, FPX (bayaran online, Shopee pay, 7-11 dan lain-lain.


Kesemua yuran ini akan siap-siap ditolak oleh pihak shopee di dalam setiap order yang sudah completed. Bakinya (Order Income) barulah milik anda dan akan dimasukkan ke dalam wallet penjual. Wallet penjual tak sama dengan wallet shopping tau.

Oleh itu, setiap harga yang diletakkan perlulah memikirkan sekali kos-kos begini supaya anda tidak rugi, kecuali harga telah ditetapkan oleh pihak HQ.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh nantikan post yang seterusnya;




Friday 20 December 2019

BBM3410Satu2019: Tempat

Assalamualaikum~

Tempat ye.. hmmm sepanjang aku buat tugasan multimedia.. rasanya hampir semua taman dekat Putrajaya tu aku pergi.. hahaha acah je kan.. tak la semua.. tapi ada la... Contohnya Taman Saujana Hijau dengan Taman Morocco.. Watland pun sudah... Sebenarnya cantik jugakan Putrajaya ini. Rasa macam Putrajaya ini unik seperti ada capital dia yang tersendiri.. lagi-lagi kalau ke kawasan pentadbiran, terasa macam dekat The Capitol, Hunger Games. Lagi cantik, laluan dia persis laluan pemain-pemain Hunger Games sebelum game bermula. Cayalah...

Selain Putrajaya, kami ada pergi ke IKEA. Senang.. supaya dapat tunjukkan suasana dalam rumah dan sebagainya. Padahal nak buat simpulan bahasa je.. hahahha... Dah sampai situ apa lagi... Melantak meatball la.. aku dengan Iqbal share.. konom share.. aku rasa aku paling banyak melantak berbanding Iqbal.. hahahaha.. perut lapar seharian buat shoot.

Lepas itu, tempat shooting yang lain pula di sekolah tinggi Kajang. Buat video one shoot three layer dengan tragedi seram..kekeke.. sebab apa pilih? Mestilah sebab nak sesuaikan dengan pemilihan lagu dan sebagainya.

Tempat seterusnya tidak lain tidak bukan di FBMK dan Bukit Ekspo. Tempat popular kot.. rugi kalau tak kenal. Di situlah rasanya paling banyak memori. Lagi-lagi sekarang sem akhir. Lagilah. Tetapi tidak mengapa. Hidup perlu diteruskan. BEGITU!

Tuesday 17 December 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

KETIKA DAN KALIMAT

Ini merupakan post terakhir bagi kelas multimedia, kemudian akan ku sambung semula penulisan blog ini seperti biasa.

Kelas multimedia sebenarnya telah dinantikan sejak sem lepas selepas melihat junior-junior beraksi. Lebih-lebih lagi semasa mereka membuat mugshot, dendam mereka terdapat aku masih ada sehingga hari ini. Hahahhaha.. kenapa? sebab aku adalah diantara senior yang menjadikan gambar mereka sebagai bahan lawak. Jangan risau, bahan lawak yang dimaksudkan bukanlah meremehkan, hanya tergelak kecil sahaja sambil menunjukkan semula gambar mereka di hadapan mereka. Bahan tersebut jugalah menjadi ikatan antara senior dan junior. Lebih-lebih lagi junior MTM yang sangat hebat dan saya sebagai senior dan juga TOP MTM juga berbangga terhadap mereka. Apabila tiba giliran saya dan rakan, merekalah orang pertama yang tertunggu-tunggu mugshot dari kami. Mujur aku hanya membuat gambar closed-up hehe.

BELALANG PRODUCTION merupakan production yang paling menarik sekali. Kenapa? kerana semua ahli sanggup buat apa sahaja demi kepuasan menghasilkan tugasan. Kami akan membuat sebaik mungkin dan menyunting sebagus mungkin. Apa yang lagi penting, tugasan berkumpulan ini mengajar aku bagaimana nak berurusan dengan orang yang berbeza dengan cara yang berbeza. Dah la aku ini panas baran, cepat melenting dan sebagainya. Nasib baik ahli kumpulan sangat memahami. Aku juga sangat berterima kasih kepada mereka yang sentiasa menemaniku menyunting video. Lagi-lagi video tragedi+seram. Mungkin video tersebut tidak seseram yang disangkakan. Namun, proses pencarian sound effect dan bunyi mengilai pontianak itu agak menakutkan jugalah. hehehe

Jangan lupa pula tiga orang teruna yang sanggup ikut sahaja apa yang gadis-gadis mahukan. Siapa lagi kalau bukan Iqbal, Daud dan Gollyff. Gollyff adalah orang yang aku baru rapat sem ini. Cis, dah tujuh sem satu kelas. Sem ketujuh baru sebuk nak berkenalan. hahahah begitulah kami. Kadang-kadang aku rasa rugi tidak sempat berkenalan betul-betul dengan rakan sekelas yang lain. Sem ketujuh juga banyak cabarannya. Walaupun hanya empat subjek, kesibukan kami mengalahkan 6 sem punya tugasan. Tipulah kalau tidak penat. hahaha

Hal yang paling cuak bila prof mesej suruh bentang tragedi+seram hari isnin sedangkan kami belum buat dan sepatutnya video fokus dahulu yang perlu bentang. Selepas pujuk rayu semua barulah prof bagi. Cuma. tiga video 7 minit. Tidak apa, tidak apa. Asalkan bukan bentang video tragedi+seram. Pada hari kejadian, satu video sahaja yang perlu dibentangkan.. hehehehe Selain itu, sebanyak 58 arahan whatsapp telah dikeluarkan dari saya kepada ketua-ketua kumpulan yang lain. Mohon maaf dari saya sekiranya terkasar bahasa.

Oh! nasib baik ingat En. Akmal.haaa En. Akmal adalah tutor kami yang mengajar kelas amali. All the best!





















BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN



Assalamualaikum~

Kali ini kami buat vlog makanan di Sushi King. Jujur la ye.. ini pertama kali aku makan sushi king. Rina dah biasa makan. Jadi, dia akan take lead dalam vlog ini. Katsudon itu sedap! memang sedap dan tidak dinafikan. Lagi-lagi makan dengan kicap manis dia. perghhh... sampai sekarang teringat-ingat. katsudon ini nasi dengan daging ayam goreng. Bukan chicken popcorn tau.. lebih kepada chicken chop. perghhh mashukkk hahahah.. lepas itu makan juga sushi-sushi kat situ. Sushi telur rebus goreng itu nampak biasa-biasa, tapi rasa dia luar biasaaaa.. haaa nak tahu lebih lagi... tengoklah video ini hehe

BBM3410Satu2019: KALENDAR

Assalamualaikum semua~

Aku dan photoshop boleh dikatakan dah lama berkawan, tetapi tidak pernah terfikir nak buat kalendar dan sebagainya. Malah dapat jana income, hehe bukan apa.. sempat jugalah jual software Adobe Photoshop (PS) ini kepada kawan. Sis jual murah-murah je. Alhamdulillah dapat membantu semua yang terlibat dalam kalendar ini. Jadi silalah lihat kalendar yang sudah siap ini~