Sunday 14 July 2019

Saya dan Bell Palsy


5/1/2019
Semuanya bermula pada 25/1/2019. Waktu cuti semester dan waktu tu nak pergi jalan-jalan. Waktu itu, aku pelik kenapa minum air je, air mengalir keluar dari mulut. Tapi masih tak syak apa-apalah, yelah mungkin minum dengan cara yang salah.

26/1/2019.
Aku sedar keadaan makin pelik sebab aku susah nak berkumur. Yelahkah nak gosok gigi. Bila aku muncungkan mulut aku, sebelah je yang berfungsi. Ait, ni dah lain dah ni. Aku masih relaks lagi, lepas itu aku cakap dengan mak aku, emma dah kenapa mak, kena gigit dengan serangga ke. Masih positif, waktu nak makan tu punyalah susah. Hahaha yelah kan, bahagian kiri bibir dah mula hilang tenaga. Waktu tu dah la demam, tak boleh tidur malam.

Tak lama kemudian, mata aku pulak. Kelip mata tak sama dan tak tutup rapat. Air mata pulak bertakung, aku inngat sebab demam, tapi bila penglihatan pun berkurang. Oke something wrong dengan muka kiri aku ni. Hahaha.. so sebelum gerak balik Johor, aku pun tanyalah dengan En. Google.  En. Google kata itu symptom Bells Palsy. Tapi aku diam je, tak nak bagitau lagi sebab nak jalan jauh. Ni kalau lepas aku pakai cermin mata masih kabur, tak berani aku buat kereta, Alhamdulillah masih boleh. Tetapi, siaplah berair je mata sebelah kanan sebab tak boleh tutup rapat.

Keadaan makin teruk, sebab aku tak boleh ketawa atau senyum sebab kalau aku buat, bahagian sebelah kanan je yang bergerak. Jadi, waktu itu kalau orang buat lawak macamana pun, aku masih gelak tapi seksa la. Terpaksa tutup mulut. Menggigil gak la bibir aku semua. Waktu itu, kalau tiada yang tahu keadaan aku, mereka mesti ingat aku senyum sinis sebab bibir sebelah jer yang gerak. Kakak aku yang tahu pun boleh salah faham. Hahahha

27/1/2019
Hari ini pulak aku baru perasan hidung aku pun tak leh berfungsi macam biasa. Maksud aku bukan dari segi bernafas semua, tetapi tak boleh kembangkan hidung atau kerutkan hidung hahaha. Adeh-adeh, ni betul dah kurang fungsi. Hari-hari bangun dengan harapan muka bertambah baik. Muda lagi kot. Tapi kalau dah tua pun tak nak lah.

28/1/2019
Hari ini aku balik Tanjung semula. Keadaan makin teruk, tetapi Alhamdulillah muka aku tak Nampak sangat macam kena Bells Palsy melainkan kalau aku cakap, senyum, ketawa dan makan. Paling teruk bila makan mi aduh bibir tak kuat nak masukkan mi. Lepas itu, tak boleh makan pakai tangan sebab yang sama. Akhir sekali terpaksa pakai sudu. Walaupun macam itu, aku masih tak rasa apa-apa, maksud aku, aku tidak biarkan diri aku sedih atau putus asa. Aku kekalkan dengan sifat rileks. Sebelum sampai Tanjung aku singgah Melaka dulu jalan-jalan. Hehehe

29/1/2019
Selepas 5 hari muka kiri kurang berfungsi, akhirnya aku pergi ke Hospital Avisena dan Yes Dr. cakap aku memang kena Bells Palsy.  Dr. cakap sebab kena virus persekitaran dan mungkin aku pernah pergi ke kawasan yang aku jarang pergi. Sebab yang lebih konkrit tidak dapat dipastikan dan aku tidak boleh pergi ke kawasan yang aku jarang pergi sepanjang rawatan berlangsung. Dr. cakap paling awal 6 bulan dan paling lambat 1 tahun setengah dan kalau masih belum sembuh, mungkin akan kekal. Okey, yang ni agak takut. I bujang lagi ylalls. Huhuhu.. So rawatan yang aku kena terima ialah buat fisio dan ambil steroid. Balik itu, aku sempat buat Dry Akupuntur. Okey, yang ni tak macam dalam cerita Korea ke China ke yang nampak macam tak sakit kan. Kali ini sakit gila, macam kena drill hahahhaatetapi, semuanya demi kesembuhan. Pendengaran aku pun lebih sensitive dari biasa, orang tak boleh jerit kuat-kuat kat telinga, sakit wooo. Lepas itu, apa-apa sahaja perkataan yang melibatkan penggunaan dua bibir, mesti teruk gila bunyinya sebab aku tak mampu sebut dah. Waktu tu sedarlah aku nikmat aku ditarik seketika.  Huhuhu

Petang itu pula, pergi ke klinik kerajaan dan Hospital Shah Alam untuk dapatkan fisio semua. Alhamdulillah lepas macam-macam dugaan akhirnya semuanya berjalan lancar. Dalam satu hari, dah dapat banyak appointment dan surat refer. Rawatan tambahn ialah mata sebab kelopak mata tak boleh pejamkan habis, Dr. takut masuk bakteria semua. Esok kena pergi rujuk pakar Oftal pula. Hhehe..  Aku tak pernah buat treatment di hospital, rasanya banyak pengalaman berharga. Huhuhu

Oleh kerana appointment untuk fisio lama lagi, aku kena buat fisio sendiri di rumah, tengok you tube la, pinterest la huhu. Pakar akupuntur pun ada juga ajar cara-cara buat fisio di rumah dan diantaranya menyebut aeiou dan wapkan muka dengan air panas.

30/1/2019
Hari ini pula pergi jumpa pakar mata dan di check saraf mata semua. Alhamdulillah masih dalam keadaan baik dan aku kena sentiasa pakar eye mo untuk pastikan mata tidak kering. Hari ini pula, semua makanan yang bergoreng adalah pahit untuk lidah aku. Hahhahaha dah la kebanyakkan makanan bergoreng tu kegemaran aku. 

Aku juga sangat berterima kasih dengan family dah semua rakan-rakan aku yang risau dan support aku. Huhuhu..

2/2/2019
Keadaan semakin baik dari sebelum ini dan Alhamdulillah sebab aku tak kena Bells Palsy seteruk macam orang lain yang lebih ketara di wajahnya. Aku berharap mana-mana yang mempunyai masalah Bells Palsy jangan putus asa dan kerap melakukan senaman muka dan rawatan. Ubat steroid atau mana-mana ubat yang dibekalkan oleh dr tolong habiskan kerana ia membantu mempercepatkan kadar rawatan.

8/2/2019
Hari appointment dengar dr biasa di klinik dan fisio. Alhamdulillah dr kata 80% dah okey but still kena hati-hati takut terjadi lagi. Selepas itu, jumpa dr fisio, dia pun cakap benda yang sama Cuma again kena buat banyak latihan muka. So, Alhamdulillah thanks to Allah swt. Mungkin, ini adalah sedikit ujian yang diberikan olehnya dan juga peringatan bahawa dialah yang maha berkuasa atas segalanya.