Monday 25 April 2022

Cara nak jual di Shopee #1

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ini,  kali terakhir saya update adalah pada tahun 2020. Kali ini saya akan kongsikan sedikit pengetahuan saya tentang cara-cara menjual di Shopee. Mudah jika faham, sukar jika tidak mengamati.


BAHAGIAN 1: KENALI YURAN SHOPEE

Pertama sekali, anda kena tahu apa itu Shopee. Shopee merupakan antara platform e-dagang yang terkenal di Malaysia. Sesiapa sahaja boleh berniaga di Shopee dan semua orang boleh membeli di Shopee. Shopee juga tidak mengenakan apa-apa syarat untuk berniaga di Shopee.  

Untuk berniaga di shopee;

•  Tidak perlu SSM untuk jadi peniaga di Shopee (Digalakkan untuk membuat SSM tidak kira perniagaan anda kecil atau besar).

•  Tiada yuran pendaftaran

•  Tidak ada MOQ (Minimum Order Quantity). Anda masih boleh menjual di Shopee walaupun tiada pembeli. Tetapi, jika anda jarang tengok kedai anda (Kedai Shopee) anda, semua barang akan automatik disembunyikan di dasar lautan. Jadi, tiada sesiapa pun akan dapat lihat anda jual apa

Jika anda ingin menjual di Shopee pastikan anda juga pembeli di Shopee supaya anda faham bagaimana system shopee berfungsi atau bagaimana Shopee itu sendiri berfungsi.

Konsep di dalam shopee sama sahaja macam platform e-dagang website iaitu konsep kedai. Shopee memberikan peluang kepada kita membuka kedai secara alam maya di dalam platformnya. Jadi, uruskanlah kedai anda seperti anda uruskan kedai fizikal.

Tetapi, untuk berniaga di Shopee;

Anda perlu tahu bahawa terdapat 3 jenis yuran yang akan dikenakan kepada seller, iaitu;

  • Yuran komisen
  • Yuran perkhidmatan
  • Yuran transaksi
Yuran ini hanya akan ditolak setiap kali ada pesanan (order). Jika tidak ada pesanan, maka anda tidak perlu risau dikenakan yuran.




YURAN KOMISEN

Jika anda penjual baru dan mempunya order kurang daripada 100 order. Anda TIDAK akan dikenakan caj. Jika anda ada order lebih daripada 100, maka anda akan dikenakan caj sebanyak 2.12% termasuk sst daripada jumlah harga jualan.

Boleh lihat artikel yang dikeluarkan oleh shopee >>> https://seller.shopee.com.my/edu/article/6799

YURAN PERKHIDMATAN

Yuran perkhidmatan HANYA akan dikenakan kepada semua penjual yang mendaftar Free Shipping RM15 (FS15), FREE SHIPPING RM40 (FS40) dan 10% Cashback (CB10). 

Semasa anda membeli belah di Shopee, anda pasti akan perasan ada label FREE SHIPPING RM15 atau 10% CASHBACK. Benar pihak shopee yang memberikan baucer, tetapi pihak seller akan dikenakan caj. 

Saya galakkan dan daftar FS15 sahaja dan elakkan mendaftar kesemuany sekali atau dua daripadanya. Anda pilih 1 sahaja kerana takut kita tak untung langsung. Macam saya, saya ambil FS15 sahaja kerana barang-barang di kedai saya dah cukup murah dan itu jumlah yang paling dekat.

Nak tahu berapa caj yang dikenakan dan bagaimana kiraannya? Boleh rujuk


YURAN TRANSAKSI

Yuran transaksi adalah yuran yang dikenakan berdasarkan jumlah bayaran pembeli. Caj sebelum SST adalah 2%. Yuran ini berlaku kerana adanya proses pembayaran yang dilakukan oleh pihak pembeli. Contohnya, pembeli menggunakan kaedah pembayaran COD, FPX (bayaran online, Shopee pay, 7-11 dan lain-lain.


Kesemua yuran ini akan siap-siap ditolak oleh pihak shopee di dalam setiap order yang sudah completed. Bakinya (Order Income) barulah milik anda dan akan dimasukkan ke dalam wallet penjual. Wallet penjual tak sama dengan wallet shopping tau.

Oleh itu, setiap harga yang diletakkan perlulah memikirkan sekali kos-kos begini supaya anda tidak rugi, kecuali harga telah ditetapkan oleh pihak HQ.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh nantikan post yang seterusnya;