Tuesday 17 May 2022

Buku Trilogi Takdir Hilal Asyraf (Buku yang membuatkan saya percaya bahawa karya Melayu masih tajam pedangnya)

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi tentang buku lagi. Sebelum itu, jangan lupa untuk luangkan masa pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti. 


Penulis Hilal Asyraf juga mempunyai booth nanti, beliau ada kongsikan lokasi booth di Facebooknya Hilal Asyraf (official). Beliau juga rajin memuat naik posting untuk tatapan umum.



Beliau juga berpesan, boleh sahaja bawa buku penulisannya jika mahu tandatangan nanti. Best bukan? tapi sebelum pergi doa-doa berjumpa dengan beliau kerana beliau tidak akan berada di situ sepanjang masa.

Sumber Gambar: Google

Baiklah, berbalik pada buku Trilogi Takdir. Macam biasa, meh saya ceritakan macam mana saya terjumpa buku ini. Buku Takdir, cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya (Hilal Asyraf).

Tidak silap saya, saya jumpa buku yang pertama yang bertajuk TAKDIR: Cahaya yang tidak terpadam di perpustakaan.  Buku ini membawa saya ke next level of imagination untuk karya Melayu. Ideanya fresh dan gaya penyampaiannya membuat kita semakin rancak mahu membacanya. 

Penulis juga berjaya mempersembahkan seni tarung dan memudahkan pembaca membayangkan pertarungan dan peperangan yang sedang berlaku. Tidak kurang juga mengandungi unsur-unsur agama yang pasti tidak membosankan atau meruntuhkan aliran cerita. Kadang kala, ada novel yang cuba membawa unsur sebegini, tetapi gagal menyampaikan dan menaikkan semangat pembaca.



"Baru hari ini aku melihat kau menempa senjata dengan tangan kosong."

    Angkasa memegang tangan Ezakiel. Telapak tangan remaja itu agak kehitam-hitaman akibat bekas keluli yang ditempanya.

"Tuk Fathan kata, aku persis manusia yang hidup pada zaman lampau, Daud."

    Angkasa Terdiam. Daud?

    Dia pernah mendengar nama itu, Dlama al-Quran yang dihafalnya.

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan Daud limpah kurnia daripada Kami. Hai gunung-ganang, ulangilah bertasbih bersama Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah juga dengan dia), dan Kami juga telah melembutkan besi untuknya." (Saba' 34:10).

    Angkasa mengukir senyum. "Kau antara keajaiban dan tanda kebesaran Allah!."



Jika ada pelukis yang mampu melukis dan membawa kisah ini. Mesti menarik! Jenis lukisan pula lebih menarik jika ianya gaya Manhwa genre action seperti Eleceed, Solo Leveling, Study Group, The Beginning After the End dan lain-lain. 

Hahahaha teruk betul demand. 

Selepas habis buku pertama ini, saya terus melakukan pencarian dan terus membeli 3 set ini. Saya membelinya pada tahun 2015. Tidak silap, saya membelinya di website www.langitilahi.com. Namun begitu, kemungkinan besar website ini telah dipadamkan atau dialihkan dengan nama yang baru. Jangan risau, anda boleh membelinya melalui Shopee Hilal Asyraf. Boleh terus direct ke buku Takdir https://shope.ee/3ASjhdr15U

Sumber Gambar: Google

Anda mungkin akan dapat kulit buku yang baru dan juga mendapat pelbagai merchandise daripada pihak Hilal Asuraf Resources. Harganya murah sahaja dan mampu milik.

Saya juga baru tahu yang kulit buku dah tukar yang baru, rasa nak beli lagi untuk koleksi hehehe.

Baiklah, saya akan berikan sedikit sinopsis buku TRILOGI Takdir

Takdir 1: Cahaya yang Tidak Terpadam
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah pada. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau' Chinmayi juga begitu.

Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di tangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya.

Namun, bukan bagi kerajaan Tanah Haram dan Kota 'Hiau' Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya.

Lantas, seorang pemuda dihantar Bapa memulkan kembara. Memerangi kegelapan bawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna
Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari, menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar, dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Mahkluk Genetik dan Kaum Gergasi.

    Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan, lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan bernainya, serangan ke Ethan dilancarkan.

    Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi!

Lantas, badai yang tidak pernah disangka selema ini, akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Takdir 3: Janji-Nya yang Tidak Termungkir
Suasana aman yang didamba, sudah dijangka tidak bertahan lama. Namun, belum sempat pasukan tentera Agama Langit menjalankan rancangan meraka, Sang Asura terlebih dahulu memulakan serangan! Para kiai menjadi bidak pertaruhan dalam percaturannya. Tentera Agama Langit diasak hebat. Mampukah mereka bertahan? Mampukah misi rahsia Angkasa Sakti dan Aizan Fahmi menyelamatkan keadaan?

You know what, korang akan ada fefeeling avengers nanti hahahha

Friday 13 May 2022

Buku Tora Datang Lagi oleh Amirul Bozu (Kitab pengetahuan kanak-kanak 90an)

 Assalamualaikum dan selamat sejahetera semua peminat buku <3

Buku Tora Datang Lagi bukanlah buku cerita, tetapi lebih kepada koleksi mainan atau jajan dan pelbagai lagi benda yang anak-anak 90an suka. Bagi yang ingin ketahui apa yang anak-anak 90an main, lagi-lagi pada era tiada Internet di merata tempat, boleh beli buku ini.

Saya beli semasa zaman belajar di UPM di Borders IOI City Mall. Murah sahaja, harganya hanya RM25.00. Sekarnag dah ada Shopee, mudah sahajakan? Tak yah susah-susah, click je link yang sis dah sediakan https://shope.ee/5zmom1RR3Y

Penulis mengingatkan bahawa segala frasa, contoh, gelaran, rukun, penerangan dan definisi di dalam buku ini mungkin sedikit berbeza mengikut lokasi, jalur masa, iman, pembesaran, fahaman dan didikan ibu bapa masing-masing. Tiada sebarang kajian khusus atau DeLorean yang digunakan dalam usahan menyiapakan buku ini. Segala yang tertulis di dalam buku ini adalah kisah benar berdasarkan saki-baki ingatan penulis sendiri. 

Antara mainan atau jajan dll yang ditulis di dalam buku ini adalah;

  1. Ais Kepal
  2. Biskut Kapal Terbang
  3. Kek Lapis Apollo
  4. Kad Nama
  5. Majalah Gila-gila
  6. Majalah Ujang
  7. Senario
  8. Telefon Awam
  9. Mutiara Naga
  10. Dr. Slump
  11. Komik Hong Kong
  12. Teropong Mekah
  13. Kad Tepuk
  14. Gundu
  15. Caplung
  16. Pistol Mercun
  17.  Adiwira Bertopeng
  18. Mengumpul Setem
  19. Lukisan Nyanyian
  20. Permainan Pepsi Cola
  21. Bertukar Biodata
  22. Ubat Demam Cortal
  23. Galah Panjang
  24. Hot Wheels
  25. Alif Lam Lam Ha
Haaa kalau nak tahu lagi, boleh baca buku Tora Datang Lagi. Ada banyakkkkk lagi yang disenaraikan di dalam buku tersebut.


Wednesday 11 May 2022

Persiapan menjadi penjual Shopee #2

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bagi yang teringin nak jual di Shopee. Pasti anda tertanya-tanya hendak buat apa dulu. Nak sediakan apa dan sebagainya. Walaupun nampak mudah, tapi kita kena sediakan dan mengaturkan setiap tindakan.

1. PRODUK

Benda pertama yang anda kena sediakan adalah PRODUK. Jika anda menjadi ahli dropship pun boleh. Produk yang disediakan oleh syarikat pembekal itulah produk anda. 

Cuma, minta perhatian untuk semua dropshipper. Saya sarankan supaya anda kekal dengan 1 pembekal dropship sahaja. Jadi, carilah seorang pembekal yang mampu membekalkan sekurang-kurangnya 20 jenis produk yang berbeza-beza tetapi dalam niche yang sama.

Contoh:

Pembekal A menyediakan niche makanan, jadi produk yang dimilikinya adalah;

  • Chingu Topokki
  • Peyek Salted Egg
  • Aductive Cornflakes
  • Mellow Chocolate
  • Sambal pecal
Pembekal B menyediakan niche campur, jadi produknya adalah;
  • Pakaian
  • Tudung
  • Chingu Topokki
  • Puting susu kanak-kanak jenama Dar
  • Ubat pemutih
Jika pakai produk pembekal A, elakkan menjual produk pembekal B kerana akan menjadi susah. Saya ingatkan untuk guna pembekal yang sama supaya dia boleh poskan semua pesanan yang dipesan.

2. LAPTOP & PRINTER

Kedua-dua alat ini amat penting semasa hendak membuka kedai di Shopee. Kita boleh mengawal kedai kita melalui handphone dan juga laptop. Apa yang bezanya adalah fitur di handphone tidak sebanyak dan tidak fleksibel seperti di laptop (Shopee Seller Center).

Oleh itu, jika anda menggunakan handphone semata, maka agak terhad untuk menggunakan fitur-fitur yang disediakan oleh Shopee.

Printer pula digunakan untuk print AWB (Air way bill) iaitu benda yang mengandungi alamat pengirim, penerima dan tracking number. Boleh guna sahaja printer biasa dan kertas biasa, tetapi saiznya adalah A6. Boleh setting di printer untuk saiz tersebut sebelum print. Selain itu, jika anda memilih atau mendapat J&T sebagai kurier anda. Anda tidak boleh gunakan printer biasa dan perlu gunakan thermal printer. Jika tidak ada,  perlu print AWB tersebut di cawangan mereka.

Thermal printer ini tidaklah wajib, cuma kebelakangan ini J&T melaksanakan peraturan sedemikian untuk semua seller yang menggunakan shopee/myparcelasia/easy parcel dll. 

Thermal printer agak mahal tetapi berbaloi kerana tidak menggunakan dakwat. Anda hanya perlu sediakan pelekat thermal untuk menggunakan printer ini.

3. ALATAN PEMBUNGKUSAN

Alatan pembungkusan ini tentulah;
  • Gunting
  • Selotape
  • Selotape FRAGILE / FRAGILE Sticker
  • Bubble wrap
  • Plastik kurier (flyers) pelbagai saiz mengikut produk yang anda jual
  • Kotak (Jika perlu)
  • Filler (Jika perlu)
Jika anda dropship, tidak perlu sediakan semua ini kerana yang akan pos adalah pembekal anda. Jika anda pegang produk, ini adalah benda yang anda perlu beli. Jangan tunggu order barulah pakat beli. NO NO NO! 

4. MENTAL

Kenapa mental? supaya anda bersedia dengan dunia penjualan online dan sentiasa ingin belajar perkara yang baru.


Semoga kalian semua berjaya menjual di Shopee dan menjadi usahawan yang berjaya <3