Thursday 24 April 2014

Howl's Moving Castle

Assalamualaikum ~

Howl’s Moving Castle sebenarnya ialah sebuah novel fantasi yang dikarang oleh penulis British, Diana Wynne Jones dan diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1986 oleh Greenwillow Books of New York. Novel ini juga pernah menerima anugerah Phoenix (Phoenix Award). Pada tahun 2004, novel ini telah diadaptasi sebagai filem animasi daripada Jepun.

Sebelum ini, saya mengenali cerita Howl’s Moving Castle melalui filem animasi daripada Jepun sahaja yang dihasilkan oleh Studio Ghibli. Cerita ini disampaikan dengan bergitu hebat dan mantap dan ini membuatkan saya mahu membaca novelnya sendiri. Tetapi, agak sukar untuk menemui novel ini di Malaysia. Jadi, jika ada sesiapa yang ingin menjual atau ingin memberi saya pinjam novel itu, tolonglah hubungi saya melalui komen di bawah. Anda juga boleh  kongsikan link kepada saya. Tetapi, saya harap jangan ada penipuan!

Howl’s Moving Castle atau dipanggil sebagai Hauru no Ugoku Shiro di Jepun, filem ini diskripkan dan diarahkan oleh Hayou Miyazaki. Filem ini boleh dikatakan sebagai filem yang paling berjaya didalam sejarah filem Jepun. Begitulah hebatnya cerita Howl’s Moving Castle ini.

Cerita ini sebenarnya ialah kisah seorang gadis muda yang bernama Sophie Hatter yang tinggal di sebuah Bandar Market Chipping yang berada di dalam Kerajaan Magik Ingary (the magical kingdom of Ingary)  tidak silap saya. Dia dikenakan sumpahan oleh ‘the witch from waste’ dan menjadi seorang nenek tua. Sophie terpaksa mencari jalan untuk membatalkan sumpahan itu. Pada masa yang sama, dia telah bertemu dengan Howl’s dan tinggal di ‘moving castle’. Dia juga membuat perjanjian dengan Syaitan Calcifer.
Sebenarnya, cerita di novel dan cerita di filem mempunyai banyak perbezaan. Mungkin anda akan pening sedikit. Di dalam filem, dia akan menceritakan kisah Sophie dan Howls sahaja dan tidak begitu melibatkan orang lain seperti di dalam novel yang ditulis dengan begitu teliti. Jadi, semasa membaca, anda tidak digalakkan membanding kisah di dalam filem dan di dalam novel. Mungkin hanya watak sahaja yang lebih tepat.

Tidak kira apa pun, saya sangat menyukai Howl’s Moving Castle kerana mempunyai inti pati dan ideanya yang tersendiri. Sebuah istana yang bergerak? Such a good idea. 

No comments:

Post a Comment