Thursday 3 July 2014

Jantung

Assalamualaikum~

Dulu, saya ada buat folio pasal jantung dengan merujuk beberapa buku. jadi, disini saya akan beritahu serba sedikit tentang JANTUNG.

JANTUNG

Jantung ialah organ yang berfungsi mengepam dan mengedar darah beroksigen ke seluruh bahagian badan melalui saluran darah. Ia terletak di sebelah kiri sedikit dalam rangga toraks. Jantung dilindungi oleh tulang belakang (spina) di bahagian belakang dan tulang dada (sternum) di bahagian hadapan.

STRUKTUR JANTUNG

Jantung merupakan organ yang berongga dan kenyal. Ia terbina daripada otot-otot yang tebal dan mempunyai berat antara 350 hingga 450 gram bagi orang dewasa. Jantung boleh mengembang dan mengecut dengan daya yang kuat untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian badan.

Apabila otot mengecut, rongga di bahagian dalamnya akan menjadi sempit. Ini membuatkan darah yang terkandung didalamnya mengalir keluar dengan daya yang kuat. Sebaliknya, apabila otot jantung mengendur, rongga di bahagian dalamnya akan menjadi kosong dan darah akan mengalir masuk ke dalamnya.

Melalui proses pengecutan dan pengenduran ini, darah akan dipam dari bahagian paru-paru ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh. Proses pengecutan otot jantung disebut sebagai sistole dan proses pengenduran otot jantung pula disebut sebagai diastole. Aturan ritma pengucupan ini dipanggil kitaran kardium dan berlaku di luar kawalan. Walau bagaimanapun, rentak frenkuensi boleh berubah disebabkan keresahan atau kesan hormon, seperti senaman atau merasa terancam. Dalam keadaan normal, jantung berdenyut sebanyak 72 kali dalam seminit.

Kadar denyutan nadi senantiasa berubah-ubah mengikut aktiviti seseorang. Sebagai contoh, kadar denyutan nadi bagi seorang yang baru selesai melakukan aktiviti seperti berlari adalah lebih tinggi dan meningkat berbanding dengan orang yang sedang berehat. Begitu juga kadar denyutan nadi bagi seorang bayi adalah lebih tinggi daripada orang dewasa.

Darah yang masuk ke dalam arteri akan mengalir di sepanjang arteri dalam bentuk gelombang. Gelombang-gelombang ini terbentuk akibat tekanan daripada jantung melalui proses distole dan diastole. Gelombang ini dapat dikesan atau dirasai pada arteri yang berada di permukaan kulit. Kesan denyutan ini disebut sebagai denyutan nadi.

Jantung dibahagikan kepada bahagian kiri dan kanan oleh septum tengah. Terdapat empat ruang dalam jantung, iaitu dua ruang di bahagian atas dan dua ruang di bahagian bawah. Tiap-tiap ruang ini dihubungkan oleh injap. Kedua-dua ruang yang terletak di bahagian atas jantung mempunyai dinding yang nipis dan dinamakan sebagai aurikel. Ruang-ruang di bahagian bawah jantung pula berdinding tebal dan dinamakan ventrikel.

Injap-injap yang terdapat pada jantung membantu menetapkan arah pengaliran darah dari aurikel ke ventrikel. Aurikel liri disambung disambung ke ventrikal kiri melalui injap dua kelopak atau injap bikuspid. Aliran darah dari aurikel kanan ke ventrikel kanan pula dikawal oleh injap tiga kelopak atau injap trikuspid.

Pengaliran darah daripada jantung ke seluruh badan dikawal oleh injap sabit. Injap ini terdiri daripada tiga keping tisu berbentuk sabit dan terdapat pada permulaan arteri pulmonari dan aorta. Injap sabit memastikan darah tidak mengalir semula ke ventrikel dan pengaliran darah adalah sehala.

Darah yang mengalir melalui saluran darah ke arah jantung akan membuka injap dan apabila darah mencuba mengalir ke arah yang bertentangan, injap akan tertutup lantas menghalang pengaliran darah secara songsang daripada berlaku.

































































1 comment:

  1. Apa sel Yang membantu pengecutan Dan pengenduran otot pada jantung

    ReplyDelete