Saturday 19 October 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

1 . Instagram Gambar Satu


2. Instagram Gambar Dua

Lebih kurang pukul 6.30 petang. Aku dan rakan nak pergi makan di kawasan Seri Kembangan bersebelahan dengan Public Bank. Bila nak balik, hujan sangat lebat yg jatuh bersama guruh dan petir. Kami pun berteduh. Jam menunjukkan dekat pukul 9.30 malam dan hujan sudah reda sedikit. Aku pun redah, tetapi terlanggar lopak dan moto pun pancit. Dalam redah tu, aku termasuk lorong yang aku tak tahu pun itu lorong apa. Yang pasti agak gelap. Nasib baik ada sebuah kedai makan Cina yang memberikan tempat teduh. Bateri pun sudah tinggal 10%. Akhir sekali aku tiada pilihan selain meminta pertolongan di dalam group WhatsApp. hahahha.. akhirnya selepas sejam, bantuan pun tiba. Nasib baik ada tiga orang jejaka yang sanggup membantu. Keesokkannya pula ada yang membantu membeli dan memasang tayar. Sungguh terharu rasa hati ini <3 Terima kasih semua.

Gambar kedua ialah semasa berteduh di kedai makan Cina itu. Hehehhe

Monday 7 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


ULASAN BAB 6 (BLOG DI DALAM KELAS BAHASA) BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL

Bab 6 menerangkan tentang apa itu blog dan cara-cara membuka blog. Selain itu, Normaliza Abd Rahim (2014) menjelaskan bahawa blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal dan tdak formal. Hal ini bermakna blog lebih kepada fleksibel dan ia juga satu medium penyampaian maklumat. Pengendali blog bebas untuk menyampaikan apa-apa sahaja maklumat asalkan tidak melanggar sensitiviti dan hak-hak asasi manusia.  Tambahan lagi, pengendali blog mampu berinteraksi antara satu sama lain melalui komen dan juga gadjet perbualan yang diletakkan di halaman blog. Menurut  Li dan Chignell (2010), sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain.

Melalui bab ini juga, turut diterangkan kajian-kajian tentang blog. Antaranya ialah kajian yang ditulis oleh Ferdig dan Trammel, William, Martindale dan Wiley, Wang dan Woo, Nowson dan ramai lagi. Kesemua pengkaji mengatakan bahawa blog merupakan salah satu teknologi yang membantu manusia menyebarkan maklumat. Wang dan Woo (2008) menyatakan blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, member komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan penda[at mereka di dalam penulisan. Penjelasan sedemikian daripada kajian membantu penulis atau pembaca blog memahami blog itu sendiri.

Selain itu, Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik. Cara-caranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca, masukkan ayat-ayat humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkkannya lebih menarik, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, dapat berkomunikasi dengan pembaca, masukkan morak dan nilai estetika dalam penulisan anda dan berilmu untuk penulisan pendidikan.

Tambahan lagi, bab ini turut menunjukkan cara-cara membuat blog. Oleh itu, pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog boleh belajar cara-cara untuk membuat blog untuk blogspot dan Wordpress di dalam bab  ini. Terdapat 20 langkah untuk membuat blog di dalam blogspot dan 16 langkah untuk membuat blog di dalam Wordpress. Selain itu, terselit juga cara-cara untuk memasukkan gambar dan  Widget.

Tuesday 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Bird’s Eye View (Belalang Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bird's Eye View merupakan teknik fotografi yang keenam berdasarkan tugasan yang diberikan. Bird's Eye View ialah gambar yang memperlihatkan sudut pandangan mata burung. Oleh itu, kebanyakkan gambar yang sesuai ialah gambar yang diambil daripada bahagian atas.

Gambar ini diambil di Taman Wetland Putrajaya. Ketika ini, gigih Goliff naik untuk ambil gambar ini di atas menara. Kami yang lain semuanya gayat, nasib Goliff berani naik. Terima Kasih Goliff!

Gambar ini pula diambil di tingkat 5 blok P3 Kolej 12. Susunan motor-motor di bahagian atas sesuai dengan Bird's Eye View.

Akhir sekali, gambar ini diambil di tingkat yang paling tinggi sekali di IOI Mall. Asalnya nak ambil gambar melalui cermin, tapi macam tak berapa cantik. Gigihkan juga menghulurkan kedua-dua tangan untuk menangkap gambar. Terasa macam telefon pintar itu boleh jatuh macam itu je. Alhamdulillah berjaya mengambil gambar dengan baik.

BBM3410Satu2019: Over The Shoulder (Belalang Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Over The Shoulder? Apa tu? Baiklah, gambar Over The Shoulder tu ialah gambar yang diambil disebalik bahu orang lain. Macam tak percayakan gambar itu pun ada nama rupa-rupanya. Jadi, inilah gambar yang kami ambil;

Bahu yang digunakan di dalam gambar ini ialah milik Suzi. Manakala, Rina dan Afifah berkongsi payung dan berpegangan tangan sambil melihat ke arah belakang.

Bahu yang ini pula milik Ainul. Qiu dan saya pula sedang melihat sudut gambar yang sesuai untuk pemandangan yang seterusnya.

Kali ini pula bahu Afifah digunakan dan lebih ramai yang menjadi penyeri gambar. Antara si penyeri ialah Suzi, Fatin, Daus, Ainul, Goliff dan Hakimah.

BBM3410Satu2019: Mug Shot (Belalang Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Teknik fotografi yang seterusnya ialah Mug Shot. Mug shot ini adalah gambar yang menangkap bahagian muka supaya jelas. Jadi, kalau muka ada jerawat itu memang terserlah habis. Bagi gambar Mug Shot, kami mempunyai tiga emosi iaitu emosi kecewa, marah dan sedih. Gambar Mug Shot yang diambil pula ialah penuh, sisi dan separa. Emosi sedih adalah yang paling sukar dilakukan kerana perlu betul-betul sedih supaya gambar nampak menjadi. Asalnya kami hanya mahu menggunakan air sahaja sebagai kesan air mata, tetapi tidak menjadi. Jadi, selepas beberapa orang ditukar dan beberapa percubaan. Barulah Qiu yang paling sesuai sebab sekejap sahaja dia menangis.


Emosi: Kecewa
Model: Daus

Mug Shot Penuh

Mug Shot Sisi

Mug Shot Separa


Emosi: Marah
Model: Iqbal




Mug Shot Penuh

Mug Shot Sisi

Mug Shot Separa


Emosi: Sedih
Model: Qiu 


Mug Shot Penuh


Mug Shot Sisi

Mug Shot Separa

BBM3410Satu2019: Medium shot (Belalang Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera~

Kali ini saya akan mempersembahkan kepada pembaca sekalian tentang Medium Shot. Apakah Medium Shot? Medium Shot merupakan salah satu teknik fotografi yang menjadi tugasan kami di dalam kelas multimedia.


3 Manusia


Model lelaki dalam ini merupakan Goliff. Kami sengaja mengambil gambarnya di tengah-tengah jalan supaya mempunyai garis gambar bangunan memanjang kebelakang. Selain itu, gambar Medium Shot juga dapat memperlihatkan susuk tubuh seorang lelaki yang kuat dan emosi yang gembira.


Gambar Medium manusia kali ini ialah Afifah. Cantik molek tersenyum tersipu malu.


Gambar ini diambil dengan gaya bersahaja.


3 Pemandangan dan Manusia

Gambar pemandangan ini diambil dengan menampakkan Rina yang riang untuk mengambil gambar demi subjek Multimedia.

Bukit Taman Saujana juga diambil secara Medium Shot dan memperlihatkan Qiu yang gembira sehingga matanya tertutup..atau terbuka sebenarnya. hahaha


Seterusnya ialah gambar Medium Shot jambatan dan dihiasi dengan tiga teruna yang ceria.


BBM3410Satu2019: Long shot (Belalang Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pengambaran kedua ialah Long Shot. Long shot ini sebenarnya merupakan gambar yang diambil daripada jarak jauh. Terdapat enam gambar yang diambil iaitu 3 pemandangan dan 3 pemandangan dan manusia.

3 Pemandangan


Ketiga-tiga gambar pemandangan ini memfokuskan kepada bangunan.
Gambar pertama ini diambil di tengah-tengah kawasan antara bangunan kerajaan. Fokus kami ialah bangunan Perdana Putra iaitu bangunan Pejabat Perdana Menteri dan bangunan di bahagian tepi mencantikkan lagi pemandangan tersebut. Bersungguh datang sini semata-mata untuk gambar bahagian ini sahaja. Sehingga ada yang ingat kami sekumpulan remaja yang tengah berseronok sahaja.

Pemandangan bangunan tersebut sangat indah apabila dilengkapi dengan tumbuh-tumbuhan hijau jika dilihat daripada atas bukit ini. Jadi, kami cuba sedaya upaya untuk menangkap gambar tersebut kerana posisi jurukamera pada ketika ini agak bahaya sebenarnya.


Gambar ini merupakan antara gambar awal yang diambil apabila sampai di Taman Saujana. Pemandangan disini sangat cantik walaupun Taman Saujana terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.



3 Pemandangan dan Manusia


Suzi masih sedang cuba meneruskan pendakiannya di bukit ini dan ketika inilah kami membuat Long Shot pemandangan bukit tersebut. Pokok-pokok yang berada di atas bukit nampak seperti pokok yang berbutang-butang kerana bentuknya yang bulat dan tersusun. 


Gambar ini merupakan lokasi yang sama iaitu pengambaran bangunan Perdana Putra. Kali ini kami sertakan dengan Iqbal yang bergaya dengan gaya Tony Stark (Iron Man) yang berpuas hati dengan hasil ciptaan bomnya!


Gambar ini merupakan bahagian awal semasa pendakian bukit. Fatin sempat bergaya semasa kami cuba mendapatkan sudut pemandangan yang cantik walaupun berpanas dan berpeluh. Baju masing-masing sudah boleh diperah walaupun baru beberapa langkah. Kalau ada baldi, mungkin dah boleh siram pokok bunga. Hahaha. 

BBM3410Satu2019: Closed - Up (Belalang Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, bertemu lagi wahai pembaca semua. Baiklah, nama kumpulan kami Belalang Production dan kami membuat tugasan Asas Fotografi untuk minggu keempat. Macam-macam kami fikir macam mana nak tunjuk emosi tapi nampak bersahaja. Gitu~. Kami mengambil gambar dua jenis Closed-Up iaitu manusia dengan bukan manusia. Gambar Closed-Up Manusia yang pertama, modelnya ialah saya (Hakimah). Emosi yang diberikan sebenarnya lebih kepada 'menggoda'. Menggodakah dengan jerawat begitu besar sampai berubah bentuk dagu?. Hahaha. Jadi, tumpuan diberikan pada mata agar jelingan godaanku sampai ke jantungmu. Hehe.

Gambar Closed-Up Manusia yang kedua lebih kepada senyuman menawan. Modelnya adalah Atikah. Senyuman mudah macam ini pun kena ambil gambar banyak kali. Barulah faham dunia perfileman dan pengambaran tidak seindah seperti yang disangkakan. Model Closed-Up Manusia yang ketiga ialah Fatin. Tengok gambar Fatin dah macam Neelofa rasanya dengan sedikit unsur sinsi. Gambar Closed-Up hampir seperti Mug Shot. Cuma berbeza sedikit sahaja. Gambar Closed-Up Bukan Manusia pula kami pilih bunga, ayam goreng Korea dan gelang. 

Closed-Up: Manusia







Closed-Up: Bukan Manusia