Thursday 24 April 2014

The Good Earth

The Good Earth

Assalamualaikum~

The Good Earth adalah sebuah buku yang ditulis oleh Pearl S. Buck dan diterbitkan semula di Malaysia oleh Media Pustaka Enterprise. Dicetak buat kali pertama di Malaysia ialah pada tahun 1995. Buku ini merupakan salah satu buku kegemaran saya kerana pengisiannya dan jalan cerita yang bagus.



Pearl S. Buck dilahirkan di United States tetapi membesar di China, dia juga belajar bercakap bahasa Cina sebelum mempelajari bahasa English. Kebanyakkan bukunya ditulis berdasarkan negara China dan masyarakatnya.

Bagi kefahaman saya, buku ini menceritakan tentang Wang Lung yang baru sahaja berkahwin dengan seorang hamba dari Kediaman Hwang yang bernama O-Lan dan berusaha untuk hidup dan mencari rezeki demi keluarganya. Wang Lung ialah seorang petani miskin yang hanya mempunyai tanah sekangkang kera dan berazam untuk memiliki banyak tanah dan harta supaya orang lain tidak gelakkannya lagi.

Selepas megharungi pelbagai cabaran daripada peperangan dan revolusi, Wang Lung membeli tanah daripada Kediaman Hwang dengan barang kemas yang ditemui oleh isterinya dan membeli barang-barang pertanian dengan duitnya. Oleh kerana Kediaman Hwang sudah tidak mampu lagi, Wang Lung telah membeli semua tanah milik Kediaman Hwang. Wang Lung juga berusaha bersungguh-sungguh menjaga tanaman dan tanahnya.

Dengan itu, dapatlah Wang Lung menghantar anak-anaknya ke sekolah. Tetapi, Wang Lung curang kepada isterinya selepas merasakan dirinya sudah cukup kaya dan mula berlagak. O-Lan meninggal dunia kerana kesakitan yang dialami akibat dicurangi suaminya.

Tidak lama kemudian, Wang Lung berpindah ke Bandar dan menyewa Kediaman Hwang yang sudah ditinggalkan. Kini, Wang Lung yang sudah tua dan kaya itu mahukan ketenteraman. Tetapi, anak-anaknya sering bergaduh kerana selalu perbezaan pendapat dan anak ketiganya pula lari untuk menjadi askar.
Suatu hari, Wang Lung terdengar anak-anaknya berbual :

               When Wang Lung heard the words ‘sell this field’, he could not keep quiet. ‘You evil, idle son!’ he cried. ‘You must not sell the land. If you start selling the land, it is the end of our family. We come from the land.’ Then he began to cry.
               The two sons held him, one on either side. They …

Jika anda mahu tahu tentang cerita ini dengan lebih lanjut, anda boleh dapatkan buku ini dimana-mana kedai buku atau di Amazon.com. Sebenarnya ada banyak lagi buku hasil penulisan Pearl S. Buck. Jadi selamat mencari~  

Selain itu, buku The Good Earth amat bagus dan juga mampu memberikan peringatan kepada kita yang muda agar tidak menjual tanah peninggalan orang tua dengan sesuka hati kerana mereka berusaha keras untuk mendapatkan tanah dan melalui pelbagai dugaan yang tidak akan mampu kita bayangkan. Selain itu, janganlah kita jadi seperti ‘kacang lupakan kulit’ dan bersikap alpa seperti Wang Lung.

No comments:

Post a Comment