Saturday 22 February 2014

Hana To Akuma

Assalamualaikum~

Hana to Akuma sebenarnya ialah sebuah komik bersiri daripada Jepun yang ditulis oleh Hisamu Oto. Saya sangat suka membaca manga walaupun sudah meningkat dewasa. Semuanya gara-gara Dragon Ball dan Naruto.



Hana to Akuma ialah sebuah cerita yang menarik dan saya sangat teruja semasa membacanya. Kisahnya ialah Vivi seorang syaitan terjumpa seorang bayi perempuan di hadapan rumahnya. Ketika itu tiada sesiapa sangka bahawa mereka berdua ditakdirkan bersama.

Vivi telah menjaga Hana dengan baik walaupun kadang-kadang Vivi tidak faham pemikiran Hana, tetapi yang pasti hanya Vivi paling faham Hana.

Sudah 14 tahun berlalu, Vivi dan Hana semakin rapat. Vivi sangat sayangkan Hana sehingga dia tidak mahu berjauhan dengan Hana dan begitu juga dengan Hana. Mereka terlalu rapat sehingga sanggup berkorban. Cinta ialah perkara pertama walaupun untuk seorang Syaitan.Hari-hari Hana akan memberikan sekuntum bunga kepada Vivi walaupun Hana tahu bunga itu akan mati dan mereput apabila syaitan memegangnya.

Keramahan Hana membawa keceriaan di rumah Vivi. Raja syaitan pun jatuh di tangan Hana. Tetapi, Vivi sedar yang Hana ialah manusia yang hanya mampu hidup dalam beberapa dekad sahaja sedangkan dia boleh hidup selama mana yang dia mahu.

Vivi membuat keputusan akan melindungi Hana dengan sedaya upayanya. Tidak lama kemudian, Hana sedar cintanya pada Vivi. Selepas 4 tahun, Vivi dan Hana berkahwin. Semua orang gembira untuk Hana dan Vivi.

Vivi ialah seorang syaitan yang kejam dan sadis. Dia tidak pernah pedulikan orang lain dan tidak kisah apa yang berlaku di sekitarnya. Tetapi, apabila ianya tentang Hana. Vivi tidak pernah tidak peduli.

Keadaan itu membuatkan syaitan yang lain berfikir bahawa Hana merupakan cahaya Vivi dan Hana juga merupakan kenangan indah buat mereka.

Selepas sekian lama, Vivi dan Hana dikurniakan 2 orang anak. Mereka hidup bahagia, Hana pula semakin di mamah usia tetapi Vivi tidak pernah membiarkan Hana keseorangan. Tidak kira betapa tuanya Hana ketika itu. Hana tetap gadis yang dia jaga dari bayi sehingga menjadi isterinya dan memberikannya 2 cahaya mata. Kemudian, Hana mati.

Walaupun sudah 73 tahun berlalu, setiap syaitan yang mempunyai memori tentang Hana tidak pernah lupakan Hana. Vivi sentiasa melawat Hana begitu juga dengan anak-anak Hana.

Bagi mereka semua Hana ialah perempuan manusia yang hebat yang mampu hidup di kalangan syaitan dan membuatkan semua syaitan merasai kehangatan kasih sayang. Vivi dan Hana selamanya.

Anda boleh melihat cerita ini di : http://www.mangahere.com/manga/hana_to_akuma/

Wednesday 19 February 2014

Langkah keselamatan ketika bersiar-siar

Assalamualaikum semua.. :) okey, sebenarnya kebelakang ini saya ada pergi 'window shopping' di Jalan Tar dan di Danau Kota. Tetapi, saya rasa kurang rasa selamat dan saya berpendapat untuk melakukan langkah-langkah berjaga-jaga ketika bersiar-siar adalah lebih baik.

HANDBAG
Jika anda membawa handbag pastikan handbag anda sentiasa ditutup. Sebagai langkah keselamatan, anda digalakkan sentiasa membawa skru driver ataupun penyebur lada. Ianya mampu menjadi senjata untuk anda untuk menangani penjenayah. Skru driver juga boleh membantu ada untuk keluar daripada lift sekiranya anda terperangkap di dalam lif. Jangan meletakkan Handphone di dalam Handbag dan biasakan meletakkan handphone di poket hadapan, ianya juga mampu membantu anda rasa kehadiran handphone di sisi. Selain itu, pakai pakaian yang labuh dan cukup labuh untuk menutup poket anda daripada diserang penyeluk saku.

MEMANDANG SEKELILING
Anda juga perlu memerhatikan keadaan sekeliling. Siapa di sekeliling anda, gerai apa yang ada, ada sesiapa mencurigakan atau sesiapa yang memandang anda. Ianya membantu dan boleh menjadi petunjuk untuk polis sekiranya di perlukan.

LORONG GELAP
Apabila anda meletakkan kereta di lorong gelap atau di kawasan yang kurang orang. Pastikan anda keluarkan kunci kereta dahulu sebelum sampai ke kereta. Jika ada berlaku apa-apa, anda boleh terus masuk ke kereta. Selain itu, Kunci kereta juga boleh menjadi senjata pertahanan yang bagus. Anda boleh meletakkan kunci kereta diantar celah jari penumbuk. Saya pasti kesan yang ditinggalkan mesti agak teruk. Ingat setiap benda mampu dijadikan senjata.