Monday 18 April 2016

Apakah itu Dignitas?

Mesti ada dikalangan kita yang pernah mendengar perkataan Dignitas dan ada juga yang langsung tidak pernah. Saya juga sebelum ini tidak mengetahui apa-apa tentang Dignitas sehinggalah saya membaca buku Me Before You oleh Jojo Moyes.


sumber : Google


Dignitas ialah sebuah organisasi Swiss atau kumpulan membantu untuk mati. Perkara ini dilakukan bertujuan untuk membantu mereka yang mengalami cacat kekal, lumpuh, penyakit mental dan penyakit yang mustahil diubati.

Mereka yang ingin mati akan bertemu dengan pakar Dignitas SECARA RELA dan seterusnya melakukan pelbagai proses untuk mati. Pesakit biasanya akan diberikan antiematic drug dan diikuti oleh lethal overdose of powdered pentorbatial. Dignitas juga pernah menggunakan kaedah menyedut gas Helium untuk membantu pesakit mati.

*Tetapi, diingatkan bahawa umat Islam tidak boleh sesekali melakukan 'Dignitas' kerana berdosa bagi mereka yang membunuh diri sendiri.

Menara Condong Teluk Intan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ~
                                          
Menara Condong ini merupakan salah satu khazanah penting dan saya mahu kongsikan kepada anda serba sedikit perihal tentang Menara Condong. Semoga bermanfaat <3 

sumber : Google


Segala maklumat yang saya dapat adalah hasil daripada sumber rujukan daripada buku Menara Condong Teluk Intan yang ditulis oleh Zabidin Haji Ismail. Buku ini diterbitkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).

Teluk Intan ialah bandar ketiga terbesar di negeri Perak, Malaysia. Bandar Teluk Intan atau dahulunya dikenali sebagai Telok Mak Intan dan Telok Anson telah melalui zaman cemerlang yang begitu panjang setelah diterokai oleh Mak Intan pada sekitar pertengahan tahun 1870-an.

Teluk Intan memiliki khazanah purba zaman colonial dan tersohor dengan menara Jam Tinggi atau kini lebih dikenali sebagai Menara Condong Teluk Intan. Menara Condong Teluk Intan merupakan kedua di dunia selepas Menara Condong Pisa (Torre Pendente di Pisa) di Italy.

Menara Condong siap dibina pada tahun 1888 dan merupakan sebuah binaan peninggalan British. Menara ini menjulang setinggi 25.5 meter dari paras bumi. Reka bentuk peringatan binaannya agak unik dengan memaparkan keindahan seni pertukangan tradisional Cina. Kontraktor yang membina menara condong ini bernama Leong Choon Cheong dan dibantu oleh seorang jurutera dari Ceylon/Sri Lanka iaitu Sbapathy. Menara ini mempunyai tiga tingkat sahaja walaupun kelihatan seperti mempunyai lapan tingkat.

Bangunan asas diperbuat daripada konkrit batu bata tempatan berukuran 14.3 meter. Setiap tingkat mempunyai empat pintu dan berlantaikan papan dan sebanyak 110 anak tangga diatur melengkung bagi menghubungkan setiap tingkat.

Tingkat teratas merupakan sebuah tangki air yang diperbuat daripada kepingan keluli setinggi 5.3 meter yang berupaya menakung anggaran 19.26 meter padu air. Di sekeliling konkrit batu bata ini dipasang sebanyak 16 batang tiang kayu daripada bahagian lantai tingkat satu hingga perabung.

Menara Condong ini dilengkapi dengan sebuah jam gadang pada bahagian atas sebelah hadapan. Jam ini diimport khas dari Kota London. Jam ini perlu disita setiap hari Rabu dengan menggulung rantai sebesar ibu jari kaki manusia dengan menggunakan engkol. Jam ini berbunyi setiap 15 minit dan dentingannya mampu didengari sejauh lima kilometer jika pada waktu malam hening. Pada awalnya, jam ini digerakkan dengan kuasa air tetapi, apabila proses penyaluran air dari Sungai Perak ke tangki dihentikan. Maka, kudrat manusia digunakan untuk menggerakkan jam ini.

Faktor-faktor menara ini menjadi condong ialah berpunca  daripada struktur tanah dan serangan banjir besar sebanyak dua kali. Selain itu, ada juga berpendapat bahawa pengguguran bom di sekitarnya juga menyumbangkan kepada kecondongan menara tersebut.


Sunday 10 April 2016

Konoha Hiden : The Perfect Day for a Wedding Celebration ( 木ノ葉秘伝 祝言日和)

Konoha Hiden : The Perfect Day for a Wedding Celebration (Shugenbiyori)

Konoha Hiden ialah salah satu daripada buku novel NARUTO. Buku ini menceritakan tentang beberapa sebelum hari perkahwinan Naruto. Rakan-rakanya dan semua yang dijemput telah diberi satu misi khas di mana Naruto dan Hinata tidak boleh mengetahuinya.

Apakah misi tersebut? Marilah baca novel Konoha Hiden dan jangan lupa menyokong karya asal~ .. Saya berharap ada keluaran dalam novel versi Inggeris. I want to buy it!!

( 木ノ葉秘伝 祝言日和)

Boleh baca di sini 


Sunday 3 April 2016

Cara nak betulkan/enable semula 'Automatic Numbering and Bulleting' di Microsoft Word 2010 dengan mudah!

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera~

Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa saya buat tutorial ini kerana ianya benda atau perkara yang mudah. Saya membuat tutorial sebab pernah tanggan saya saja tekan itu ini dan akhirnya Auto Numbering dan Bulleting saya gagal berfungsi seperti biasa. Ianya memang agak menyusahkan dan merumitkan sebab kena buat secara manual dan saya tidak tahu membetulkannya semula.

Akhirnya, dengan bantuan beberapa pihak. Saya dapat menyelesaikannya dan saya siarkan di blog saya agar dapat membantu sesiapa yang tidak mengetahuinya.

Tutorial ini juga boleh membantu untuk mereka yang tidak mahukan penggunaan Automatik Numbering dan Bulleting ~

p/s : Just Shared

1. Tutorial cara nak betulkan atau enable semula 'Automatic Numbering dan Bulleting' 
di dalam Microsoft 2010

2. Tekan 'File'

3. Tekan 'Option'

4. Pilih 'Proofing'

5.
1) Tekan 'Auto Format As You Type'
2) Pastikan kedua-duanya bertanda
3) Tekan 'Ok'. Selesai

6. Jika anda tidak mahu menggunakan Auto Numbering dan Bulleting. Anda boleh disable dengan membuang tanda di