Thursday 10 May 2018

Sedikit Perkongsian Kecil

Cinta kita bagaikan bunga matahari,
Terlalu sebentar tidak disedari,
Masa berlalu pergi,
Bila layu ia menyembah bumi,
Tidak kekal dan hanya menyendiri.

Kebahagiaan yang engkau beri,
Seronok sekali,
Namun menjadi pahit tidak tertahan lagi,
Hanya tangisan menemani diri.

sakitnya kepalaku,
sakitnya jiwaku,
memikirkan dirimu,
memikirkan kekuranganku,
Pilihan yang sungguh lucu.

Sayangku sayang,
aku tetap sayang padamu,
walaupun berada di balik bayang,
aku tetap kisah padamu.

salah aku kerana memilih pilihan ini,
pilihan yang menduga diri,
tanpa dapat difahami,
takdir yang menimpa diri.