Tuesday 20 October 2015

Cara nak download Running Man dengan mudahhhh!!

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera,

Seperti yang kita sedia maklum, Running Man merupakan antara rancangan televisyen yang sangat menyeronokkan. saya pun tidak terkecuali..hehe


sumber gambar : Google Image


Running Man juga sudah keluar di beberapa channel di Malaysia... tetapi, bagi yang lebih gemar menonton atau menyimpan video RM, di sini saya sertakan cara-cara muat turun Running Man... :)

p/s : sekadar shared

Cara-cara nak muat turun Running Man

Tekan link di bawah untuk muat turun IDM

Pastikan memilih laman web yang betul supaya lebih mudah

Tekan 'Try Internet Download Manager for free'
*Ini adalah sebab kenapa kaedah ini lebih sesuai digunakan di CC

Install seperti biasa dan ikut arahannya. Jika anda tidak mahu 'restart' semula komputer anda, pastikan anda tutup dan buka semula browser yang anda gunakan (Chrome, Firefox etc)

Pastikan anda sudah Enable Extention untuk IDM

Tekan link di bawah

Pilih dan tekan, kemudian pilih episode yang diingini

Pilih 'Server Vimeo'.
*Jangan lupa 'Closed Ads'.
Akhir sekali barulah tekan ini

Tekan 'Start Download'

Seperti biasa, dapatkan di folder Downloads



Selamat Mencuba! :)

Sunday 4 October 2015

TAKDIR 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir

Buku ini merupakan buku ketiga daripada trilogi TAKDIR dan saya sangat suka dengan cara penceritaannya. Ia dapat membawa anda menyelusuri alam yang selama ini kita abaikan.

Buku ini juga dapat membuatkan saya bermusabah diri dan membuatkan saya sedar apa yang saya leka selama ini. Kisah ini sangat menarik dan tidak bosan. Perwatakkan yang dibawa dalam buku ini sangat menarik dan sesuai untuk golongan muda. Cara seperti ini sebenarnya mampu menjadi salah satu bentuk dakwah. Saya juga sanggup membeli buku ini secara online dari jilid pertama hingga ketiga. 

Jika anda berminat, pihak Hilal Asyraf Resources sekarang mempunyai shopee rasmi. Boleh terus direct beli disitu dan jika bertuah, mungkin akan disertakan dengan merchandise TAKDIR. Link Buku: https://shope.ee/3ASjhdr15U 



Penulis : Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Cetakan : 2015 (Cetakan pertama)

Sinopsis :

Suasana aman yang didamba, sudah dijangka tidak bertahan lama. Namun, belum sempat pasukan tentera Agama Langit menjalankan rancangan mereka, Sang Asura terlebih dahulu memulakan serangan! Para kiai menjadi bidak pertaruhan dalam percaturannya. Tentera Agama Langit diasak hebat. Mampukah mereka bertahan? Mampukah misi rahsia Angkasa Sakti dan Aizan Fahmi menyelamatkan keadaan.

TAKDIR 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir adalah novel ketiga daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia ini telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri, Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa. Takdir, cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.

NARUTO GAIDEN (Hokage ke-7 Musim Bunga Merah Jambu)

Buku komik ini merupakan sambungan tambahan kepada episod 700. Seperti yang diketahui oleh peminat Naruto, episod ke-700 merupakan episod terakhir bagi cerita Naruto.


Saya tengok cerita Naruto sejak kecil lagi sehingga dewasa dan sanggup membeli majalah atau komiknya. Pada asalnya saya sangat tidak berpuas hati dengan episod akhir Naruto tetapi dengan adanya Naruto Gaiden, sedikit sebanyak dapat memuaskan hati saya.


Pelukis : Masashi Kishimoto
Penerbit : Info Akses Trading

Sinopsis:
Kisah ini lebih kepada penceritaan tentang anak Sasuke iaitu Sarada yang meragui identitinya sebagai anak kepada Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura. Selain itu, ia juga merupakan kisah istimewa di zaman kepimpinan Naruto sebagai Hokage dan tentang Sasuke menjalankan misi rahsia. Sasuke yang selama ini tidak gemar menunjukkan riak sebenarnya, tetapi dia menunjukkannya dari sudut yang lain dan bagaimana dia mempercayai anaknya dan isteri tersayangnya.

P/S: Terdapat kisah ekstra di mana wajah sebenar Hatake Kakashi akan didedahkan.

Buku ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN (EDISI KEDUA)

Assalamualaikum~

Beberapa bulan ini saya sangat sibuk menyiapkan salah satu kajian saya dalam bidang perniagaan. Oleh itu, saya perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada pelbagai sumber.

Buku ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN (EDISI KEDUA) ini sangat membantu saya dalam menyiapkan kajian.


Penulis : Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud dan Siti Nabiha Abdul Khalid
Penerbit : Universiti Utara Malaysia
Tahun cetakan : 1999 (Cetakan ketiga bagi edisi kedua)
ISBN : 983-9559-45-1

Sinopsis: 

Buku Asas Pengurusan Perniagaan ini dibahagikan kepada tiga tajuk utama asas bidang pengurusan perniagaan yang utama: bermula dnegan bahagian pengenalan iaitu dengan memahami apakah itu perniagaan, bentuk-bentuknya dan pengurusan organisasi, kemudian diikuti dengan bahagian organisasi, motivasi dan kepimpinan serta pengurusan sumber manusia.

Bahagian kedua menerangkan tentang pemasaran yang meliputi strategi pemasaran dan strategi percampuran pemasaran iaitu strategi produk, harga, pengedaran dan promosi

Bahagian ketiga menerangkan mengenai kewangan iaitu dari sedi penilaian prestasi kewangan syaraikat di samping pengurusan kewangan jangka pendek dan jangka panjang.

Ketiga-tiga tajuk merupakan yang paling asas yang harus difahami mengenai pengurusan perniagaan.