Thursday 31 December 2015

Cara cari dan masukkan subtitle ke dalam movie dengan lebih lengkap!!

Assalamualaikum!

Sempena tahun 2016, saya sekali lagi akan menunjukkan cara-cara memasukkan subtitle ke dalam video anda dengan lebih lengkap dan terperinci. Untuk pengetahuan anda, sebelum ini saya ada juga tutorial cara-cara masukkan subtitle. Cuma kali ini akan lebih terperinci..

Tetapi, sebelum itu pastikan anda menggunakan software media player seperti GOM, VLC dan lain yang mampu menggunakan teknik ini. Teknik ini tidak akan berkesan untuk mereka yang menggunakan Apps dari windows 8, 8.1 dan 10.

Selamat Mencuba!!
1
(cara-cara nak cari dan masukkan subtitle ke dalam movie pilihan)


2
(buka Google dan type "subscene dragon heart 3 the sorcerer's curse")


3
(Tekan ini atau mana-mana pilihan)


4
(Tekan ini dan siap!)


5
(Anda boleh cari subtitle lain melalui carian ini)


6
(Seterusnya ...)


7
(Tekan kanan mouse. Kemudian, tekan Extract Here)


8
(Samakan tajuk dengan menggunakan sistem copy dan paste)


9
(Tarik note pad tersebut hingga bersatu dnegan video tersebut)

10
(Atau anda juga boleh menggunakan cara begini ...)


11
(Tekan Alt + O serentak dan akan keluat ini)
(Pastikan note pada subtitle disimpan dalam folder yang sama untuk memudahkan kita menemui subtitle)


12
(Sudah selesai!)



Cara-cara nak Delete Blog

Assalamulaikum!

Saya pasti ramai diantara anda yang mempunyai lebih dari satu blog atau pernah membina blog tetapi idea terhenti... Di sini saya akan menunjukkan cara-cara delete blog yang sangat mudah dan berkesan.. Jangan risau, blog anda yang lain tidak akan terjejas sama sekali...

p/s : mungkin tidak berapa nampak, oleh itu boleh tekan gambar itu untuk membesarkannya .. :)

1
(Buka Settings)


2
(Pilih Other)


3
(Tekan Delete blog, Siap!)

Hanya semudah ABC bukan.. hehe

Tuesday 8 December 2015

Apa itu Minyak Kelapa Dara?

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera~

Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang minyak kelapa dara. Perkataan 'Minyak Kelapa Dara" biasanya kedengaran asing bagi mereka yang tidak mengetahui tentang minyak ini. Oleh itu, saya akan menerangkan atau memberitahu tentang minyak kelapa dara. Walaupun saya bukan pakar tetapi ini sekadar perkongsian~

Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)

Seperti yang saya katakan tadi, Minyak kelapa dara mungkin kedengaran asing bagi sesetengah orang dan tidak beberapa memahami tentang minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya ialah minyak kelapa biasa yang dihasilkan daripada isi buah kelapa. Perkataan ‘dara’ digunakan kerana sifat minyak tersebut yang masih dara.

Buah kelapa yang digunakan adalah kelapa biasa atau nama saintifiknya cocos nucifera dan dihasilkan melalui proses ‘Teknologi-Bio’. Proses ini tidak melibatkan pemanasan atau dicampur dengan sebarang bahan kimia luar. Minyak kelapa dara terhasil melalui proses semuala jadi selepas bertindak balas dengan unsur-unsur semula jadi. Antara proses yang digunakan ialah proses fermentasi, penggunaan enzim alami, penyejukbekuan, centrifuge,dan proses pancingan.

Proses penghasilan minyak kelapa dara yang tidak melalui proses pemanasan dan percampuran bahan kimia seperti penghasilan minyak yang lain. Oleh itu, sifat minyak kelapa yang asli tidak termusnah dan dapat dikekalkan.

Minyak kelapa dara bukan sahaja digunakan sebagai supplemen, ia juga digunakan untuk menggoreng, menumis, dan dressing. Minyak ini juga boleh digunakan sebagai minyak urut  dan membantu merawat kulit, sendi dan saraf.

Minyak kelapa dara juga dikatakan lebih stabil dan lebih selamat digunakan dibandingkan dengan minyak yang Tak Tepu. Minyak Tak Tepu terdapat banyak dalam minyak sayuran seperti minyak soya, dan jagung. Manakala, minyak kelapa dara mengandungi 92% minyak tepu dan terdiri daripada asid lemak yang berantai sederhana atau Medium Chain Fatty Acid (MCFA).

Hampir semua minyak sayuran seperti minyak jagung, soya dan biji bunga matahari tidak mempunyai MCFA. MCFA ini amat penting kerana ia bertindak balas secara berbeza di dalam tubuh dan berupaya pula memberikan kesan kesihatan yang baik kepada tubuh manusia. Oleh itu, MCFA yang terdapat dalam minyak kelapa dara akan bertindak balas dan digunakan sebagai tenaga dan tidak menjadi lemak tubuh. Minyak kelapa dara yang dimakan hanya akan menghasilkan tenaga dan bukannya kolestrol atau jaringan adipos.

Selain itu, minyak kelapa dara juga boleh meresap terus ke dinding usus tanpa memerlukan bantuan enzim. Ianya kemudian dihantar terus ke hati dan diprses menjadi tenaga untuk digunakan oleh tubuh.

MCFA dalam minyak kelapa dara terutamanya asid lemak seperti Asid Laurik (C12), Asid Kaprilik (C8), dan Asid Kaprik (C10) mempunyai sifat anti mikroba seperti anti bakteria, anti virus, anti protozoa dan anti kulat. Oleh itu, ia amat penting dalam tubuh manusia.


(sumber : Buku Apa dan Kenapa MINYAK KELAPA DARA yang ditulis oleh Zulkafli Daud dan diterbitkan oleh Malasian Coconut Community)

But You Didn't by MERRILL GLASS

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera ~

Saya nampak cerita tentang But You Didn't by Merrill Glass di facebook yang dikongsi daripada Latino Post... jadi, saya pula ingin kongsikan kepada anda semua pula :)

Penulis puisi ini ialah seorang wanita Amerika dimana suaminya meninggal dunia di dalam pertempuran semasa peperangan, anaknya hanya berumur empat tahun semasa suaminya pergi.

dia menjadi janda dan mati di usia tua. Apabila anaknya mengemas barang-barang peninggalannya, dia terjumpa puisi ibunya yang ditulis untuk ayahnya semasa dahulu, ianya bertajuk "But You Didn't"