Thursday 24 April 2014

The Good Earth

The Good Earth

Assalamualaikum~

The Good Earth adalah sebuah buku yang ditulis oleh Pearl S. Buck dan diterbitkan semula di Malaysia oleh Media Pustaka Enterprise. Dicetak buat kali pertama di Malaysia ialah pada tahun 1995. Buku ini merupakan salah satu buku kegemaran saya kerana pengisiannya dan jalan cerita yang bagus.



Pearl S. Buck dilahirkan di United States tetapi membesar di China, dia juga belajar bercakap bahasa Cina sebelum mempelajari bahasa English. Kebanyakkan bukunya ditulis berdasarkan negara China dan masyarakatnya.

Bagi kefahaman saya, buku ini menceritakan tentang Wang Lung yang baru sahaja berkahwin dengan seorang hamba dari Kediaman Hwang yang bernama O-Lan dan berusaha untuk hidup dan mencari rezeki demi keluarganya. Wang Lung ialah seorang petani miskin yang hanya mempunyai tanah sekangkang kera dan berazam untuk memiliki banyak tanah dan harta supaya orang lain tidak gelakkannya lagi.

Selepas megharungi pelbagai cabaran daripada peperangan dan revolusi, Wang Lung membeli tanah daripada Kediaman Hwang dengan barang kemas yang ditemui oleh isterinya dan membeli barang-barang pertanian dengan duitnya. Oleh kerana Kediaman Hwang sudah tidak mampu lagi, Wang Lung telah membeli semua tanah milik Kediaman Hwang. Wang Lung juga berusaha bersungguh-sungguh menjaga tanaman dan tanahnya.

Dengan itu, dapatlah Wang Lung menghantar anak-anaknya ke sekolah. Tetapi, Wang Lung curang kepada isterinya selepas merasakan dirinya sudah cukup kaya dan mula berlagak. O-Lan meninggal dunia kerana kesakitan yang dialami akibat dicurangi suaminya.

Tidak lama kemudian, Wang Lung berpindah ke Bandar dan menyewa Kediaman Hwang yang sudah ditinggalkan. Kini, Wang Lung yang sudah tua dan kaya itu mahukan ketenteraman. Tetapi, anak-anaknya sering bergaduh kerana selalu perbezaan pendapat dan anak ketiganya pula lari untuk menjadi askar.
Suatu hari, Wang Lung terdengar anak-anaknya berbual :

               When Wang Lung heard the words ‘sell this field’, he could not keep quiet. ‘You evil, idle son!’ he cried. ‘You must not sell the land. If you start selling the land, it is the end of our family. We come from the land.’ Then he began to cry.
               The two sons held him, one on either side. They …

Jika anda mahu tahu tentang cerita ini dengan lebih lanjut, anda boleh dapatkan buku ini dimana-mana kedai buku atau di Amazon.com. Sebenarnya ada banyak lagi buku hasil penulisan Pearl S. Buck. Jadi selamat mencari~  

Selain itu, buku The Good Earth amat bagus dan juga mampu memberikan peringatan kepada kita yang muda agar tidak menjual tanah peninggalan orang tua dengan sesuka hati kerana mereka berusaha keras untuk mendapatkan tanah dan melalui pelbagai dugaan yang tidak akan mampu kita bayangkan. Selain itu, janganlah kita jadi seperti ‘kacang lupakan kulit’ dan bersikap alpa seperti Wang Lung.

Howl's Moving Castle

Assalamualaikum ~

Howl’s Moving Castle sebenarnya ialah sebuah novel fantasi yang dikarang oleh penulis British, Diana Wynne Jones dan diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1986 oleh Greenwillow Books of New York. Novel ini juga pernah menerima anugerah Phoenix (Phoenix Award). Pada tahun 2004, novel ini telah diadaptasi sebagai filem animasi daripada Jepun.

Sebelum ini, saya mengenali cerita Howl’s Moving Castle melalui filem animasi daripada Jepun sahaja yang dihasilkan oleh Studio Ghibli. Cerita ini disampaikan dengan bergitu hebat dan mantap dan ini membuatkan saya mahu membaca novelnya sendiri. Tetapi, agak sukar untuk menemui novel ini di Malaysia. Jadi, jika ada sesiapa yang ingin menjual atau ingin memberi saya pinjam novel itu, tolonglah hubungi saya melalui komen di bawah. Anda juga boleh  kongsikan link kepada saya. Tetapi, saya harap jangan ada penipuan!

Howl’s Moving Castle atau dipanggil sebagai Hauru no Ugoku Shiro di Jepun, filem ini diskripkan dan diarahkan oleh Hayou Miyazaki. Filem ini boleh dikatakan sebagai filem yang paling berjaya didalam sejarah filem Jepun. Begitulah hebatnya cerita Howl’s Moving Castle ini.

Cerita ini sebenarnya ialah kisah seorang gadis muda yang bernama Sophie Hatter yang tinggal di sebuah Bandar Market Chipping yang berada di dalam Kerajaan Magik Ingary (the magical kingdom of Ingary)  tidak silap saya. Dia dikenakan sumpahan oleh ‘the witch from waste’ dan menjadi seorang nenek tua. Sophie terpaksa mencari jalan untuk membatalkan sumpahan itu. Pada masa yang sama, dia telah bertemu dengan Howl’s dan tinggal di ‘moving castle’. Dia juga membuat perjanjian dengan Syaitan Calcifer.
Sebenarnya, cerita di novel dan cerita di filem mempunyai banyak perbezaan. Mungkin anda akan pening sedikit. Di dalam filem, dia akan menceritakan kisah Sophie dan Howls sahaja dan tidak begitu melibatkan orang lain seperti di dalam novel yang ditulis dengan begitu teliti. Jadi, semasa membaca, anda tidak digalakkan membanding kisah di dalam filem dan di dalam novel. Mungkin hanya watak sahaja yang lebih tepat.

Tidak kira apa pun, saya sangat menyukai Howl’s Moving Castle kerana mempunyai inti pati dan ideanya yang tersendiri. Sebuah istana yang bergerak? Such a good idea. 

Sunday 20 April 2014

Masakkan Orang Bermusafir

Resepi Ayam Panggang Cara Musafir

Bahan-bahan:

1 ekor ayam(jangan dipotong)
Pes prego tomato + bawang putih (pes tomato juga boleh)
Paprika (boleh juga gunakan serbuk cili)
Minyak zaiton mestilah separuh dengan pes prego yang digunakan (minyak masak pun)
1 biji bawang besar (dipotong kasar)
2 inci halia (ditumbuk)
4 biji kentang (tidak perlu dipotong atau dibuang kulit, asalkan dibasuh dengan bersih)

Penyediaan Tempat Memanggang :

-        Cacakkan kayu di atas tanah dengan bahagian atas dan bawah tajam.
-        Sediakan satu tin besar yang muat dengan seekor ayam. Tin biskut besar juga boleh.
-        Kayu yang secukupnya (arang juga boleh)
-        Kertas aluminium

Cara-cara :

Selepas bersihkan ayam. Campurkan pes prego, minyak zaiton dan paprika dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar dan halia ke dalam ayam tadi. Ingat! Jangan potong ayam. Lumurkan pes prego, minyak dan paprika yang sudah dicampurkan tadi pada ayam. Anda boleh lumurkan sebanyak mana yang anda mahu. Tetapi. Lagi banyak, lagi sedap. Selepas itu, balutkan dengan kertas aluminium.

Selepas sediakan tempat memanggang. Letakkan kertas aluminium di sekeliling kayu yang dicacak. Tindihkannya menggunakan kentang yang sudah dibersihkan dengan sebersih-bersihnya. Barulah cacakkan ayam pada kayu yang di pacak tadi.

Tutup dengan tin yang besar dan ditindih dengan batu besar. Letakkan kayu di sekeliling tin tadi dan bakar selama 2 jam. Pastikan api sentiasa hidup. Selepas 2 jam, bangkit dengan berhati-hati dan hidang.

Saya dapat cara ini melalui rancangan television Spice Routes di TV3.






Thursday 3 April 2014

Penyakit-penyakit disebabkan lalat


 Assalamualaikum ~

Dulu saya ada buat folio tentang lalat. Jadi, saya ada 'search' tentang lalat di alam page dan blog-blog lain. Jadi, saya sangat berterima kasih kepada mereka dengan maklumat yang diberikan. :}

            Lalat rumah tersebar di setiap penjuru dunia, beberapa penyakit yang menular melalui makanan oleh lalat ini ialah disentri, kholera, typhoid, dan diare. Penyakit tersebut disebabkan oleh kulit tubuh dan kaki-kakinya yang kotor tertempelnya mikro organisma penyakit.

            Lalat rumah, lalat hijau, lalat biru dapat membawa kuman dari sampah atau kotoran daripada makanan menimbulkan penyakit bawaan makanan. Lalat membawa bakteria pada tubuh dan kaki-kakinya. Sewaktu lalat menikmati makanan ia akan mencemari makanan melalui cairan yang dikeluarkan oleh makanan yang dicerna dan masuk kembali ke dalam permukaan makanan. Apabila lalat terlampau banyak, maka lalat dapat membuang kotoran di atas makanan, sehingga makanan menjadi tercemar oleh telur atau larva lalat dan manjadikan makanan menjadi jijik untuk dilihat.

            Lalat selalunya mati dengan insektisida yang serupa dengan tepung atau semburan yang dapat memusnahkan telur, lalat dewasa dan larvanya. Jika penggunaan insektisida semburan yang berizin akan menimbulkan sisa atau iresisu. Pengguna harus berhati-hati kerana semburan ini turut mencemarkan makanan kerana bahan kimia (pestisida) selain mencemari makanan, ia juga akan mencemari peralatan atau terhidu secara tidak langsung jika tidak berhati-hati.    Ketika semburan, peralatan atau barang dan makanan perlu dijauhkan dan diletakkan di tempat yang tertutup.

            Salah satu penyakit yang dibawa oleh lalat ialah DESENTRI. Disentri adalah peradangan usus besar yang ditandai dengan sakit perut dan buang air besar. Pesakit akan membuang air besar sehingga berulang-ulang boleh menyebabkan pe\nderita kehilangan banyak cairan dan darah. Penyebab disentri adalah infeksi parasit ENTAMOEBA HISTOLYTICA yang menyebabkan disentri amuba dan infeksi bakteria golongan SHIGELLA yang menjadi penyebab DISENTRI BASILER. Pesakit perlu segera mendapatkan rawatan jika tidak ia dapat mengancam nyawa.

            Penyakit yang kedua ialah penyakit DIARE. Penyakit diare ialah sebuah penyakit di mana pesakit mengalami rangsangan membuang air besar yang terus menerus dan tinja atau feses yang masih memiliki kandungan air yang berlebihan. Di dunia ke-3, diare adalah penyebab utama kematian balita, dan juga membunuh lebih dari 1.5 juta orang per tahun. Keadaan ini merupakan gejala dari luka, alergi (fruktose, laktose), makanan yang masam, pedas atau bersantan secara berlebihan. Kebanyakkan diare disebabkan oleh infeksi virus tetapi juga dikaitkan dengan racun bakteria. Dalam keadaan hidup yang bersih dengan makanan yang mencukupi dan air yang tersedia, pesakit yang sihat biasanya sembuh dari infeksi virus dalam beberapa hari dan yang paling lama ialah satu minggu. Tetapi, untuk pesakit yang kuranag gizi, diare dapat menyebabkan dehidrasi yang mengancam nyawa.

            Demam TYPHOID pula adalah penyakit akut iaitu infeksi sistemik yang menyerang saluran pencernaan. Sebelum abad ke-19 penyakit ini dianggap sama dengan thipus. Demam thipus merupakan salah satu bahagian trypoid. SALMONELLA THYPI dan PARATYPHI hanya menyerang manusia. Organisme ini menyerang melalui makanan atau air yang terdedah pada kotoran manusia yang terinfeksi.

            Penyakit CHOLERA merupakan satu infeksi usus kecil bakteria VIBRO CHOLERAE. Bakteria kolera menghasilkan racun yang menyebabkan usus halus melepaskan sejumlah besar cairan yang banyak mengandungi garam dan mineral kerana bakteria sensitif terhadap asam.