Monday 25 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku kajian Wacana dan Strategi komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)


ULASAN BUKU KAJIAN WACANA DAN STRATEGI KOMUNIKASI: TEORI DAN APLIKASI




                Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi mengandungi tujuh bab iaitu bab kajian wacana, bab teori dan pendekatan wacana, bab analisis wacana tekstual dan ujaran, bab strategi komunikasi, bab taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi, bab analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak dan akhir sekali ialah bab tentang cadangan kajian akan datang. Bab satu iaitu kajian wacana menceritakan mengenai definisi wacana. Terdapat Sembilan definisi wacana telah disenaraikan mengikut tahun iaitu tahun 1981 hingga 2018. Definisi wacana menurut Normaliza Abd Rahim (2018b) ialah wacana meliputi ujaran, interaksi, tulisan dan teks yang dianalisis bagi tujuan mencari makna tersirat dan tersurat. Wacana juga meliputi bahasa symbol, isyarat dana pa juga yang memberi makna kepada semua pihak yang terlibat. Bab kedua pula mengenai teori dan pendekatan wacana. Bab ini pula menyenaraikan teori mengenai wacana. Teori wacana ini penting supaya dapat menganalisis semua yang berkaitan dengan wacana dengan lebih berkesan. Seterusnya adalah bab ketiga iaitu analisis wacana tekstual dan ujaran. Bab ini menghuraikan kajian wacana tekstual “Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak”, kajian tentang wacana tekstual cerita social dan wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak autism. Kajian tersebut menggunakan teori analisis wacana yang terbahagi kepada tiga iaitu kandungan, konteks dan andaian.

                Seterusnya bab empat iaitu strategi komunikasi. Bab ini akan menjelaskan secara terperinci mengenai komunikasi. Hal ini kerana komunikasi digunakan oleh semua golongan sama ada mampu mengeluarkan suara atau pun tidak. Selain itu, bab ini juga akan menerangkan tentang strategi komunikasi supaya segala maklumat yang diberikan dan diterima dapat dilakukan dengan baik. Sekiranya bab empat adalah mengenai strategi komunikasi, bab kelima pula mengenai taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Pelbagai pendekatan mengenai pendekatan strategi komunikasi di dalam bab tersebut. Bab enam pula adalah analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Bab ini menunjukkan kajian strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak dan sampel terdiri daripada sepuluh pelajar sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun di Selangor. Keputusan hasil kajian ini turut dinyatakan di dalam buku ini. Bab terakhir pula mencadangkan beberapa kajian akan datang supaya kajian wacana akan terus dikaji. Buku ini dapat memberikan pendedahan kepada pembaca mengenai kajian yang dijalankan dan menambahkan pengetahuan mengenai teori-teori wacana dan strategi komunikasi.

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Buku ini hanya berharga RM20.00 sahaja  

Sunday 3 November 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua!

Haaaa hari ini saya akan mempersembahkan gambar-gambar flat lay. Tahu ke apa itu flat lay? Yang ambil gambar dari bahagian atas ke? Tapi bukan bahagian atas je tauuu.. kalau nak tahu, mari tengok video ini~