Monday 2 December 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


ULASAN BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL

Buku Eh!!! Media Sosial ditulis oleh Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Terdapat lapan bab yang terkandung di dalam buku ini iaitu bab media sosial: gambaran keseluruhan, bab Twitter dan trend terkini, bab Facebook masih digunakan, bab Instagram menyeronokkan, E-mel masih popular pada masa ini, bab Blog di dalam kelas bahasa, bab isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna dan implikasi pedagogi. Bab satu menceritakan tentang media sosial, rangkaian sosial, jenis-jenis media sosial dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan media sosial termasuk kajian-kajian tentang media sosial. Bab kedua hingga bab enam iaitu bab tentang Twitter, Facebook, Instagram, E-mel dan blog menunjukkan pelbagai kajian yang berkaitan dengan bab tersebut. Contohnya bab bab Twitter akan menunjukkan kajian yang dijalankan tentang Twitter dan bab Facebook akan menunjukkan kajian tentang Facebook. Selain itu, hasil kajian juga turut dipaparkan. Tambahan lagi, buku ini turut menyatakan tentang cara membuka akuan Twitter, Facebook, Instagram, E-mel dan blog.

Bab ketujuh pula mengenai isu dalam rangkaian sosial dalam kalangan pengguna. Bab tersebut turut menunjukkan kajian-kajian yang telah dilakukan sebelum ini. Antara pengkaji yang mengkajinya adalah Brandtzaeg (2012), Waheed et al. (2017), Baharah et al. (2017), Normaliza Abd Rahim (2013) dan pelbagai lagi pengkaji yang mengkaji tentang isu dalam rangkaian media sosial. Bab kelapan pula merupakan tentang implikasi pedagogi. Menerusi bab ini, peranan guru dan pelajar turut dinyatakan. Secara keseluruhannya, setiap bab mempunyai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan secara persendirian atau di dalam kelas. Selain itu, buku ini dapat memberi pendedahan kepada pembaca mengenai media sosial dan kajian-kajian yang dilakukan. Tambahan lagi, pembaca juga mendapat manfaat kerana buku ini menunjukkan cara-cara membuka akaun media sosial.

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT

Nama Buku: Eh!!! Media Sosial
Nama Penulis: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim
Harga Buku: RM60.00 sahaja






No comments:

Post a Comment