Monday 16 December 2019

BBM3410Satu2019: VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)


Assalamualaikum~

Haaayokk video seram dah datang~ ahhahaa.. video ini paling banyak usaha diletakkan (rasanya video lain pun banyak usaha), tapi yang ini lain sikit. Kenapa? Sebab lebih banyak masa untuk edit dan lebih banyak masa persiapan dan melibatkan modal yang agak tinggi. Instrumental dan sound effect antara perkara yang susah untuk dicari. Memanglah semua di hujung jari, tetapi semua ada ke maklumat? Di Internet ini, manusia juga yang masukkan malumat. Ada yang ada, ada yang tiada. Haaa. Buku-buku di perpustakaan tidak semestinya ada maklumatnya di Internet. Mungkin ada, tetapi lengkap ke. Ha sudah, berleter la pulak kat sini kan.. berrbalik kat video seram ini, banyak juga perkara lain seperti cara merekod, pakaian, jalan cerita dan lain-lain. Selain itu, kalau nak tahu, buku yang kami gunakan juga sebenarnya kebetulan je ada kat situ. Bukan dalam rancangan pun hehehe. Tasbih yang Iqbal pakai waktu akhir itu pun jumpa kat asrama tu dan paling penting asrama tu sebenarnya tidak berpenghuni pun lagi, masih dalam pengubahsuaian.

Ada lagi kisah, dah la rekod waktu siang. Tapi tetap takut. Aku dan pipah. Jam 2 pagi bising dalam group Belalang sebab cuak ada sesuatu dekat kami. Siap ada bauan lagi. Gituh.. akhirnya penghuni bilik 301 datang meredakan ketakutan. Asalnya aduan kami di group tu kelihatan main-main, padahal dah berpeluh sejuk dah tu. Kami letak "hahahha" sebab nak positifkan hati masing-masing. Akhir sekali, tewas jua dengan tangisan dan ketakutan dalam diam. Terjerit la jugak waktu Aten tutup langsir tiba-tiba. Aku dengan Tikah tak boleh terkejut-terkejut ini. Jeritan paling agung kami berikan hahahahha.

Video tersebut berjaya disunting setelah semua gadis Belalang datang meneman. Cuak tak cuak belakang cerita. Jappp japppp cuak jugak la waktu cari sound effect. Segala jenis bunyi-bunyian ada. Nak menangis, nak menjerit, nak mengilai, nak berbisik dan nak bernafas, semua ada. Oh satu lagi, jampi-jampi itu sebenarnya dalam bahasa Jawa dan maksudnya tentang cinta. Bukan mantera betul tau. hahahhaa

No comments:

Post a Comment