Monday 7 October 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa


ULASAN BAB 6 (BLOG DI DALAM KELAS BAHASA) BUKU EH!!! MEDIA SOSIAL

Bab 6 menerangkan tentang apa itu blog dan cara-cara membuka blog. Selain itu, Normaliza Abd Rahim (2014) menjelaskan bahawa blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal dan tdak formal. Hal ini bermakna blog lebih kepada fleksibel dan ia juga satu medium penyampaian maklumat. Pengendali blog bebas untuk menyampaikan apa-apa sahaja maklumat asalkan tidak melanggar sensitiviti dan hak-hak asasi manusia.  Tambahan lagi, pengendali blog mampu berinteraksi antara satu sama lain melalui komen dan juga gadjet perbualan yang diletakkan di halaman blog. Menurut  Li dan Chignell (2010), sebagai salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain.

Melalui bab ini juga, turut diterangkan kajian-kajian tentang blog. Antaranya ialah kajian yang ditulis oleh Ferdig dan Trammel, William, Martindale dan Wiley, Wang dan Woo, Nowson dan ramai lagi. Kesemua pengkaji mengatakan bahawa blog merupakan salah satu teknologi yang membantu manusia menyebarkan maklumat. Wang dan Woo (2008) menyatakan blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, member komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan penda[at mereka di dalam penulisan. Penjelasan sedemikian daripada kajian membantu penulis atau pembaca blog memahami blog itu sendiri.

Selain itu, Normaliza Abd Rahim (2014) menyenaraikan 10 cara menulis blog dengan baik. Cara-caranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca, cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca, masukkan ayat-ayat humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkkannya lebih menarik, memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda, kaitkan penulisan anda dengan berita terkini, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas, dapat dibaca dan difahami, dapat berkomunikasi dengan pembaca, masukkan morak dan nilai estetika dalam penulisan anda dan berilmu untuk penulisan pendidikan.

Tambahan lagi, bab ini turut menunjukkan cara-cara membuat blog. Oleh itu, pembaca yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog boleh belajar cara-cara untuk membuat blog untuk blogspot dan Wordpress di dalam bab  ini. Terdapat 20 langkah untuk membuat blog di dalam blogspot dan 16 langkah untuk membuat blog di dalam Wordpress. Selain itu, terselit juga cara-cara untuk memasukkan gambar dan  Widget.

No comments:

Post a Comment