Tuesday 1 October 2019

BBM3410Satu2019: Long shot (Belalang Production)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pengambaran kedua ialah Long Shot. Long shot ini sebenarnya merupakan gambar yang diambil daripada jarak jauh. Terdapat enam gambar yang diambil iaitu 3 pemandangan dan 3 pemandangan dan manusia.

3 Pemandangan


Ketiga-tiga gambar pemandangan ini memfokuskan kepada bangunan.
Gambar pertama ini diambil di tengah-tengah kawasan antara bangunan kerajaan. Fokus kami ialah bangunan Perdana Putra iaitu bangunan Pejabat Perdana Menteri dan bangunan di bahagian tepi mencantikkan lagi pemandangan tersebut. Bersungguh datang sini semata-mata untuk gambar bahagian ini sahaja. Sehingga ada yang ingat kami sekumpulan remaja yang tengah berseronok sahaja.

Pemandangan bangunan tersebut sangat indah apabila dilengkapi dengan tumbuh-tumbuhan hijau jika dilihat daripada atas bukit ini. Jadi, kami cuba sedaya upaya untuk menangkap gambar tersebut kerana posisi jurukamera pada ketika ini agak bahaya sebenarnya.


Gambar ini merupakan antara gambar awal yang diambil apabila sampai di Taman Saujana. Pemandangan disini sangat cantik walaupun Taman Saujana terletak berhampiran dengan kawasan perumahan.



3 Pemandangan dan Manusia


Suzi masih sedang cuba meneruskan pendakiannya di bukit ini dan ketika inilah kami membuat Long Shot pemandangan bukit tersebut. Pokok-pokok yang berada di atas bukit nampak seperti pokok yang berbutang-butang kerana bentuknya yang bulat dan tersusun. 


Gambar ini merupakan lokasi yang sama iaitu pengambaran bangunan Perdana Putra. Kali ini kami sertakan dengan Iqbal yang bergaya dengan gaya Tony Stark (Iron Man) yang berpuas hati dengan hasil ciptaan bomnya!


Gambar ini merupakan bahagian awal semasa pendakian bukit. Fatin sempat bergaya semasa kami cuba mendapatkan sudut pemandangan yang cantik walaupun berpanas dan berpeluh. Baju masing-masing sudah boleh diperah walaupun baru beberapa langkah. Kalau ada baldi, mungkin dah boleh siram pokok bunga. Hahaha. 

No comments:

Post a Comment