Monday 9 May 2016

Kisah Seekor Anjing Bernama 'White Dog'

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya dengan seekor anjing. Saya tidak pernah menyangka akan ada pengalaman sebegini. Walaupun tidak boleh menyentuh Anjing tidak bermakna kita boleh kasar terhadapnya kerana dia juga mahkluk Allah swt.

*Maafkan saya jika penyampaian saya kurang baik.

Kisahnya bermula...

Pada suatu hari, seekor anjing telah datang dalam keadaan kelaparan, kotor, kurus dan tidak bermaya. Saya tidak pasti ianya anjing jenis apa (mungkin jenis Anjing Kampung/Mongrel) telinga kiri dan kanannya berwarna coklat terang dan beberapa bahagian tubuhnya juga coklat terang. Selebihnya berwarna putih dan sebab itu kami namakannya sebagai 'White Dog'.

Anjing itu sering berkeliaran di kawasan rumah saya dan memandang ke arah rumah. Kedudukan dia agak jauh sedikit seolah-olah faham bahawa tuan rumah tersebut beragama Islam.

Ibu saya telah memberikan makanan kepada dia kerana kesian. Makanan tersebut diletakkan jauh dibelakang rumah supaya anjing tersebut tidak terlalu dekat dengan kawasan rumah. Sambil memberi makanan, ibu saya berpesan kepada dia supaya jangan terlalu dekat dengan kawasan rumah, jaga kebun supaya binatang seperti monyet tidak mengganggu kebun dan berperangai baik.

Seorang rakan berbangsa Cina memberitahu supaya memberikan nasi bercampur gula kerana bagus untuk Anjing. Nampaknya 'White Dog' sememangnya mengemarkan nasi tersebut. Setiap petang dia akan datang dan tunggu makanannya di tempat yang sama.

Beberapa hari kemudian, 'White Dog' semakin sihat dan tubuhnya semakin gagah. Dia sudah boleh berlari dengan cergas dan bertenaga. 'White Dog' seekor anjing yang jinak. Pernah sekali ayah suruh dia tolong kutip daun pisang yang kering untuk dibakar. Anjing tersebut terus menggigit  daun tersebut sehingga tempat pembakaran. Walaupun sekali je, dia tetap menolong dan paham apa yang manusia katakan. Dia juga akan pastikan jarak dirinya jauh dari kami.

Kemudian, pada hujung minggu kami pulang ke kampung. Malamnya, dia telah pergi ke rumah jiran hadapan kami. Jiran kami berasa pelik dengan tindakan anjing tersebut. Seolah-olah mengajaknya pergi melihat rumah kami. Selepas seketika, jiran kami berasa mungkin anjing tersebut mahu memberitahu sesuatu. Jiran kami pun ikutlah anjing tersebut sehingga di hadapan rumah kami. Anjing tersebut berpusing-pusing, kemudian muka dihalakan ke rumah kami dan pusing semula ke arah jiran itu. Anjing tersebut mengulangi perbuatan it dan akhirnya jiran itu faham dan berkata "kau mahu aku tengokkan rumah ini ye?, jangan risau aku akan tengok-tengokkan rumah ini semasa tuannya pergi". Sebaik sahaja jiran itu cakap begitu. Anjing itu pun pergi dari situ. sejak itu anjing itu tidak pernah dilihat lagi.

Begitulah kisahnya,.. sebelum kami pergi balik kampung, kami sudah berpesan dengan anjing tersebut untuk tengok-tengokkan rumah. Tak sangka, sebelum dia pergi, dia telah menyerahkan amanah kepada jiran kami.

p/s: Anjing itu berada disitu kurang dari 2 minggu.

No comments:

Post a Comment