Monday 18 April 2016

Apakah itu Dignitas?

Mesti ada dikalangan kita yang pernah mendengar perkataan Dignitas dan ada juga yang langsung tidak pernah. Saya juga sebelum ini tidak mengetahui apa-apa tentang Dignitas sehinggalah saya membaca buku Me Before You oleh Jojo Moyes.


sumber : Google


Dignitas ialah sebuah organisasi Swiss atau kumpulan membantu untuk mati. Perkara ini dilakukan bertujuan untuk membantu mereka yang mengalami cacat kekal, lumpuh, penyakit mental dan penyakit yang mustahil diubati.

Mereka yang ingin mati akan bertemu dengan pakar Dignitas SECARA RELA dan seterusnya melakukan pelbagai proses untuk mati. Pesakit biasanya akan diberikan antiematic drug dan diikuti oleh lethal overdose of powdered pentorbatial. Dignitas juga pernah menggunakan kaedah menyedut gas Helium untuk membantu pesakit mati.

*Tetapi, diingatkan bahawa umat Islam tidak boleh sesekali melakukan 'Dignitas' kerana berdosa bagi mereka yang membunuh diri sendiri.

No comments:

Post a Comment