Sunday 4 October 2015

Buku ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN (EDISI KEDUA)

Assalamualaikum~

Beberapa bulan ini saya sangat sibuk menyiapkan salah satu kajian saya dalam bidang perniagaan. Oleh itu, saya perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada pelbagai sumber.

Buku ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN (EDISI KEDUA) ini sangat membantu saya dalam menyiapkan kajian.


Penulis : Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud dan Siti Nabiha Abdul Khalid
Penerbit : Universiti Utara Malaysia
Tahun cetakan : 1999 (Cetakan ketiga bagi edisi kedua)
ISBN : 983-9559-45-1

Sinopsis: 

Buku Asas Pengurusan Perniagaan ini dibahagikan kepada tiga tajuk utama asas bidang pengurusan perniagaan yang utama: bermula dnegan bahagian pengenalan iaitu dengan memahami apakah itu perniagaan, bentuk-bentuknya dan pengurusan organisasi, kemudian diikuti dengan bahagian organisasi, motivasi dan kepimpinan serta pengurusan sumber manusia.

Bahagian kedua menerangkan tentang pemasaran yang meliputi strategi pemasaran dan strategi percampuran pemasaran iaitu strategi produk, harga, pengedaran dan promosi

Bahagian ketiga menerangkan mengenai kewangan iaitu dari sedi penilaian prestasi kewangan syaraikat di samping pengurusan kewangan jangka pendek dan jangka panjang.

Ketiga-tiga tajuk merupakan yang paling asas yang harus difahami mengenai pengurusan perniagaan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Puan, puan masih ada lagi ke buku ini? Sekiranya Puan ingin menjual, saya berminat untuk membeli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, saya masih mempunyai buku ini, tetapi minta maaf sebab saya tidak mahu menjualnnya. Saya berharap tuan/puan dapat menjumpai buku ini kelak.

      Delete