Sunday 4 October 2015

NARUTO GAIDEN (Hokage ke-7 Musim Bunga Merah Jambu)

Buku komik ini merupakan sambungan tambahan kepada episod 700. Seperti yang diketahui oleh peminat Naruto, episod ke-700 merupakan episod terakhir bagi cerita Naruto.


Saya tengok cerita Naruto sejak kecil lagi sehingga dewasa dan sanggup membeli majalah atau komiknya. Pada asalnya saya sangat tidak berpuas hati dengan episod akhir Naruto tetapi dengan adanya Naruto Gaiden, sedikit sebanyak dapat memuaskan hati saya.


Pelukis : Masashi Kishimoto
Penerbit : Info Akses Trading

Sinopsis:
Kisah ini lebih kepada penceritaan tentang anak Sasuke iaitu Sarada yang meragui identitinya sebagai anak kepada Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura. Selain itu, ia juga merupakan kisah istimewa di zaman kepimpinan Naruto sebagai Hokage dan tentang Sasuke menjalankan misi rahsia. Sasuke yang selama ini tidak gemar menunjukkan riak sebenarnya, tetapi dia menunjukkannya dari sudut yang lain dan bagaimana dia mempercayai anaknya dan isteri tersayangnya.

P/S: Terdapat kisah ekstra di mana wajah sebenar Hatake Kakashi akan didedahkan.

No comments:

Post a Comment