Saturday 21 November 2015

Cara nak buat 'detox water' yang mudah

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera ~

Hari ini saya akan berkongsi tentang air detox atau detox water.. ramuan yang digunakan sangat mudah dan anda boleh menggunakan apa-apa jenis buah buahan yang anda suka.

Selain itu, setiap detox water juga mempunyai kelebihan sendiri berdasarkan buah-buahan yang digunakan :)

P/s: banyakkan makan makanan yang berkhasiat dan berunsur organik demi kesihatan diri sendiri ♡

Detox yang saya buah ialah jenis citrus dan dapat membuang toksik di dalam perut serta mengempiskan perut...



Bahan-bahannya:
Lemon
Limau kasturi/nipis
Oren
Anggur
Lobak

Cara-caranya :
Semua buah tersebut dipotong nipis-nipis secara bulat.. masukkan beberapa keping ke dalam botol yang anda suka.
Jangan masukkan semua, tetapi hanya beberapa keping sahaja... akhir sekali masukkan air masak. Simpan di dalam peti ais selama 8 jam.
Untuk lebih mudah, anda dinasihatkan membuatnya pada waktu malam supaya esok sudah boleh minum ~

No comments:

Post a Comment