Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera~
Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang minyak kelapa dara. Perkataan 'Minyak Kelapa Dara" biasanya kedengaran asing bagi mereka yang tidak mengetahui tentang minyak ini. Oleh itu, saya akan menerangkan atau memberitahu tentang minyak kelapa dara. Walaupun saya bukan pakar tetapi ini sekadar perkongsian~
Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda tentang minyak kelapa dara. Perkataan 'Minyak Kelapa Dara" biasanya kedengaran asing bagi mereka yang tidak mengetahui tentang minyak ini. Oleh itu, saya akan menerangkan atau memberitahu tentang minyak kelapa dara. Walaupun saya bukan pakar tetapi ini sekadar perkongsian~
Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)
Seperti yang saya katakan tadi, Minyak kelapa dara mungkin kedengaran asing bagi sesetengah
orang dan tidak beberapa memahami tentang minyak kelapa dara. Minyak kelapa
dara sebenarnya ialah minyak kelapa biasa yang dihasilkan daripada isi buah kelapa.
Perkataan ‘dara’ digunakan kerana sifat minyak tersebut yang masih dara.
Buah kelapa yang digunakan adalah kelapa biasa atau nama
saintifiknya cocos nucifera dan dihasilkan melalui proses
‘Teknologi-Bio’. Proses ini tidak melibatkan pemanasan atau dicampur dengan
sebarang bahan kimia luar. Minyak kelapa dara terhasil melalui proses semuala
jadi selepas bertindak balas dengan unsur-unsur semula jadi. Antara proses yang
digunakan ialah proses fermentasi, penggunaan enzim alami, penyejukbekuan, centrifuge,dan
proses pancingan.
Proses penghasilan minyak kelapa dara yang tidak melalui
proses pemanasan dan percampuran bahan kimia seperti penghasilan minyak yang
lain. Oleh itu, sifat minyak kelapa yang asli tidak termusnah dan dapat
dikekalkan.
Minyak kelapa dara bukan sahaja digunakan sebagai supplemen,
ia juga digunakan untuk menggoreng, menumis, dan dressing. Minyak ini
juga boleh digunakan sebagai minyak urut
dan membantu merawat kulit, sendi dan saraf.
Minyak kelapa dara juga dikatakan lebih stabil dan lebih
selamat digunakan dibandingkan dengan minyak yang Tak Tepu. Minyak Tak Tepu
terdapat banyak dalam minyak sayuran seperti minyak soya, dan jagung. Manakala,
minyak kelapa dara mengandungi 92% minyak tepu dan terdiri daripada asid lemak
yang berantai sederhana atau Medium Chain Fatty Acid (MCFA).
Hampir semua minyak sayuran seperti minyak jagung, soya dan
biji bunga matahari tidak mempunyai MCFA. MCFA ini amat penting kerana ia
bertindak balas secara berbeza di dalam tubuh dan berupaya pula memberikan
kesan kesihatan yang baik kepada tubuh manusia. Oleh itu, MCFA yang terdapat
dalam minyak kelapa dara akan bertindak balas dan digunakan sebagai tenaga dan
tidak menjadi lemak tubuh. Minyak kelapa dara yang dimakan hanya akan
menghasilkan tenaga dan bukannya kolestrol atau jaringan adipos.
Selain itu, minyak kelapa dara juga boleh meresap terus ke
dinding usus tanpa memerlukan bantuan enzim. Ianya kemudian dihantar terus ke
hati dan diprses menjadi tenaga untuk digunakan oleh tubuh.
MCFA dalam minyak kelapa dara terutamanya asid lemak seperti
Asid Laurik (C12), Asid Kaprilik (C8), dan Asid Kaprik (C10) mempunyai
sifat anti mikroba seperti anti bakteria, anti virus, anti protozoa dan anti
kulat. Oleh itu, ia amat penting dalam tubuh manusia.
(sumber : Buku Apa dan Kenapa MINYAK KELAPA DARA yang
ditulis oleh Zulkafli Daud dan diterbitkan oleh Malasian Coconut Community)
No comments:
Post a Comment