Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera.
USB Cable tidak boleh connect dengan Windows 10?
Windows 10 tidak boleh mengesan android?
Bagaimana nak connect Smart Phone Samsung dengan Windows 10?
Persoalan yang lazim ditanya oleh pelbagai pihak dan mungkin mereka menganggap android mereka yang rosak atau USB Cable mereka yang rosak. Hal ini juga terjadi pada diri saya apabila laptop saya telah dinaik taraf daripada Windows 8 kepada Windows 10. Saya ingat (fikir) bahawa android saya yang rosak atau pun ada tetapan (settings) yang saya tidak lakukan di sama ada di Windows 10 atau android saya sendiri. Saya terpaksa menghantar (transfer) gambar ke laptop menggunakan Bluetooth yang hanya mampu menghantar 100 gambar untuk satu masa. Selepas melakukan carian di beberapa laman sesawang.Terdapat beberapa laman sesawang antarabangsa yang menyatakan bahawa Windows 10 tidak dapat mengecam android atau pun windows 10 can’t detect the android dan ia merupakan kononnya salah satu kelemahan Windows 10. Selain itu, terdapat juga maklumat yang mengatakan Windows 10 tidak dilengkapi dengan beberapa ciri untuk mengesan android. Sejauh mana kesahihan maklumat itu saya tidak pasti, tetapi, saya pasti bahawa ada diantara pengguna android diluar sana yang mampu menghubung android mereka dengan windows 10 tanpa sebarang masalah.
Walaubagaimana pun, saya sendiri telah
alami masalah tersebut dan cuba pelbagai penyelesaian termasukkan
aktifkan USB Debugging dan menggunakan Software yang sepatutnya.
Hasilnya tidak begitu memuaskan hati saya. Kalau boleh saya mahu
menghantar segala gambar atau file tanpa menggunakan apa-apa software
ataupun apa-apa yang melibatkan Internet seperti Dropbox dan Google
Drive.
Akhir
sekali, saya terjumpa satu jalan penyelesaian iaitu menggunakan USB
yang dibekalkan semasa pembelian. Oleh kerana USB lama sudah hampir
putus jadi saya pun menggunakan USB baru yang kononya lebih tahan.
Apabila guna USB baru, saya tidak dapat transfer apa-apa gambar atau
file kerana USB saya hanya berfungsi untuk 'charge android' dan
bukannya transfer gambar. Selepas menggunakan USB lama, saya dapat
connect seperti sebelum ini.
Jadi,
saya harap jalan penyelesaian yang saya gunakan dapat membantu anda
semua.
No comments:
Post a Comment