Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan buku fiksyen Indonesia pertama yang
saya baca. Pada awalnya saya ingat buku ini berkisarkan sesuatu yang
serius dan tidak menarik. Rupa-rupanya buku ini menceritakan tentang
kisah cinta antara dua jiwa dan dua darjat. Kisah cinta yang mendalam dan ikhlas.
Ianya agak berbeza dengan novel cinta yang lain kerana gaya
penyampaiannya yang berbeza dan dari sudut yang berbeza. Jika sebelum
ini kebanyakkan novel dilihat dan disampaikan melalui watak
perempuan. Kali ini wataknya ialah seorang lelaki. Pandangan dan pemikiran seorang lelaki.
Dia mencintai seorang wanita
dengan ikhlasnya. Kita juga dapat tahu hati, fikiran dan perasaan
seorang lelaki apabila dia sudah jatuh cinta. Selain itu, buku ini
juga sempat menyentuh soal masyarakatnya yang terlalu mementingkan
harta dan keturunan. Halus penulisannya dan dalam maknanya. Sayangnya, apabila cinta melebihi iman, nyawa menjadi taruhan.
p/s: Buku ini juga mempunyai filem dan saya juga berasa kagum dengan cara filem ini disampaikan kerana imaginasi yang saya berikan terhadap kekayaan Zainudin tidaklah sampai ke tahap yang filem ini gambarkan.
Nak tahu mana nak cari? Boleh cari di Shopee sini . Waktu beli buku ini, saya beli di Big Bad Wolf.
Sumber : Google
“Demikianlah perempuan, dia hanya ingat
kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa
kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya.”
Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar.
Di Makasar dia dianggap orang
Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim
piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula
sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima.
Itu membuat dia dipencilkan, lalu
tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan
Hayati. Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan
Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas
surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.
Cinta itu yang baru pucuk,
rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan
adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika
hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima
baik oleh keluarga Hayati. Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung
pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
No comments:
Post a Comment