Thursday, 3 July 2014

Jantung

Assalamualaikum~

Dulu, saya ada buat folio pasal jantung dengan merujuk beberapa buku. jadi, disini saya akan beritahu serba sedikit tentang JANTUNG.

JANTUNG

Jantung ialah organ yang berfungsi mengepam dan mengedar darah beroksigen ke seluruh bahagian badan melalui saluran darah. Ia terletak di sebelah kiri sedikit dalam rangga toraks. Jantung dilindungi oleh tulang belakang (spina) di bahagian belakang dan tulang dada (sternum) di bahagian hadapan.

STRUKTUR JANTUNG

Jantung merupakan organ yang berongga dan kenyal. Ia terbina daripada otot-otot yang tebal dan mempunyai berat antara 350 hingga 450 gram bagi orang dewasa. Jantung boleh mengembang dan mengecut dengan daya yang kuat untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian badan.

Apabila otot mengecut, rongga di bahagian dalamnya akan menjadi sempit. Ini membuatkan darah yang terkandung didalamnya mengalir keluar dengan daya yang kuat. Sebaliknya, apabila otot jantung mengendur, rongga di bahagian dalamnya akan menjadi kosong dan darah akan mengalir masuk ke dalamnya.

Melalui proses pengecutan dan pengenduran ini, darah akan dipam dari bahagian paru-paru ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh. Proses pengecutan otot jantung disebut sebagai sistole dan proses pengenduran otot jantung pula disebut sebagai diastole. Aturan ritma pengucupan ini dipanggil kitaran kardium dan berlaku di luar kawalan. Walau bagaimanapun, rentak frenkuensi boleh berubah disebabkan keresahan atau kesan hormon, seperti senaman atau merasa terancam. Dalam keadaan normal, jantung berdenyut sebanyak 72 kali dalam seminit.

Kadar denyutan nadi senantiasa berubah-ubah mengikut aktiviti seseorang. Sebagai contoh, kadar denyutan nadi bagi seorang yang baru selesai melakukan aktiviti seperti berlari adalah lebih tinggi dan meningkat berbanding dengan orang yang sedang berehat. Begitu juga kadar denyutan nadi bagi seorang bayi adalah lebih tinggi daripada orang dewasa.

Darah yang masuk ke dalam arteri akan mengalir di sepanjang arteri dalam bentuk gelombang. Gelombang-gelombang ini terbentuk akibat tekanan daripada jantung melalui proses distole dan diastole. Gelombang ini dapat dikesan atau dirasai pada arteri yang berada di permukaan kulit. Kesan denyutan ini disebut sebagai denyutan nadi.

Jantung dibahagikan kepada bahagian kiri dan kanan oleh septum tengah. Terdapat empat ruang dalam jantung, iaitu dua ruang di bahagian atas dan dua ruang di bahagian bawah. Tiap-tiap ruang ini dihubungkan oleh injap. Kedua-dua ruang yang terletak di bahagian atas jantung mempunyai dinding yang nipis dan dinamakan sebagai aurikel. Ruang-ruang di bahagian bawah jantung pula berdinding tebal dan dinamakan ventrikel.

Injap-injap yang terdapat pada jantung membantu menetapkan arah pengaliran darah dari aurikel ke ventrikel. Aurikel liri disambung disambung ke ventrikal kiri melalui injap dua kelopak atau injap bikuspid. Aliran darah dari aurikel kanan ke ventrikel kanan pula dikawal oleh injap tiga kelopak atau injap trikuspid.

Pengaliran darah daripada jantung ke seluruh badan dikawal oleh injap sabit. Injap ini terdiri daripada tiga keping tisu berbentuk sabit dan terdapat pada permulaan arteri pulmonari dan aorta. Injap sabit memastikan darah tidak mengalir semula ke ventrikel dan pengaliran darah adalah sehala.

Darah yang mengalir melalui saluran darah ke arah jantung akan membuka injap dan apabila darah mencuba mengalir ke arah yang bertentangan, injap akan tertutup lantas menghalang pengaliran darah secara songsang daripada berlaku.

































































Wednesday, 2 July 2014

Tahun Baru Cina

TAHUN BARU CINA

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan besar yang disambut di Malaysia dan disambut dengan meriah oleh masyarakat kaum Cina. Selain itu, seluruh Malaysia akan mendapat cuti umum bagi menyambut perayaan ini . Ianya juga merupakan perayaan terpenting bagi orang Cina untuk menyambut Tahun Baru berdasarkan calendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan seperti tahun ayam, monyet, ular dan sebagainya.

Perayaan Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Chunjie (Festival Musim Bunga/Spring Festival), Nongli Xinnian (Tahun Baru), atau Guonian atau Sin Tjia.

Perayaan Tahun Baru Cina melambangkan permulaan nasib dan kehidupan . Sebelum Tahun Baru bermula, sanak saudara akan pulang berkumpul bagi menyambut Tahun Baru. Rumah bereka akan dikemas dan segala hutang piutang dibayar atau dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun. Mercun akan dibakar sebagai tanda permulaan Tahun Baru dan menghalau puaka dan nasib malang.

Lazimnya di pintu rumah digantungkan langsir mewah dan beberapa lambing yang mengambarkan ciri-ciri warisan budaya mereka. Gantungan yang paling popular adalah tanglung dan hiasan berbentuk mercun Cina. Tidak ketinggalan hiasan kain bena atau rentang yang menggunakan kaligrafi Cina merupakan hiasan yang popular. Biasanya perkataan yang ditulis merupakan perkataan yang baik-baik sahaja.

Upacara utama bagi masyarakat Cina untuk menyambut ketibaan Tahun Baru ialah makan bersama kaum keluarga. Hidangan makan terdiri daripada juadah istimewa mengikut kemampuan masing-masing. Antara hidangannya ialah yee sang, kuih bakul, daging itik, daging salai, ikan, kuih pulut, limau mandarin dan luohan zhai.

Kebiasaannya, kebanyakkan masyarakat Cina menyambut Tahun Baru dengan memakan sayur-sayuran sebagai sarapan pagi. Mengikut kepercayaan mereka, dianggap tidak baik membunuh atau memusnahkan tumbuhan bernyawa.

HARI PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Hari Pertama
Hari pertama Tahun Baru Cina adalah hari bagi mengundang dewa-dewa kayangan dan bumi. Keluarga masyarakat Cina akan menziarahi  orang tua atau paling senior dalam keluarga mereka. Ada juga sebahagian keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut Tahun Baru sambil menghalau puaka dan musibah.

Hari Kedua
Hari kedua Tahun Baru Cina dipanggil hari ‘membuka tahun’ iaitu menyaksikan anak perempuan yang sudah berkahwin menziarahi ibu bapa kandung mereka.

Hari Ketiga
Menurut kepercayaan masyarakat Cina, hari ketiga perayaan ini adalah hari yang dikenali sebagai ‘mulut merah’ yang bermaksud amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan. Oleh itu, tidak sesuai untuk ziarah menziarahi pada hari itu. Manakala, keluarga yang kematian ahli keluarga terdekat dalam jangka masa tiga tahun tidak akan menziarahi sesiapa sebagai tanda menghormati si mati.

Hari Keempat
Hari keempat kembali seperti biasa dan memulakan kerja. Begitu juga dengan Hari Kelima dan Hari Keenam.

Hari Ketujuh
Hari Ketujuh Tahun Baru Cina dikenali sebagai hari jadi orang ramai iaitu hari di mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Hari Kesembilan
Hari kesembilan tahun baru adalah hari bagi kaum Cina berfahaman Tao akan menyembah Maharaja Jed di kayangan di tokong agama Tao.

Hari Kelima Belas
Hari kelima belas ialah hari terakhir tahun baru Cina yang diraikan sebagai Chap Goh Mei. Masyarakat Cina akan memakan pulut manis dalam sup dan mengadakan upacara besar-besaran dimana colok besar akan dibakar dan ada juga yang mengadakan makan besar bersama keluarga.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa agar mendapat pasangan secocok.
Terdapat juga amalam melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.


Tuesday, 1 July 2014

Whilokii Virus Solution

Thankz to Tomas Meskauskas

Whilokii ini sebenarnya ialah virus iklan (ads-on)  yang muncul di laman browser kita seperti di browser Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Torch yang selalu dimasukkan bersama software murah yang kita muat turun daripada internit. Ianya sangat tidak diperlukan kerana membuatkan paparan kita penuh dengan iklan yang tidak diperlukan, jaringan internit menjadi sangat lambat dan hasil video selepas dimuat turun menjadi rosak atau terganggu. Oleh itu, ramai pengguna internit menganggap whilokii sebagai virus atau malware walaupun secara teknikalnya bukannya sejenis virus tetapi dikategorikan sebagai rumpai (tidak diperlukan).
Whilokii berasal daripada keluarga Super Web. Semua iklan yang berasal daripada keluarga ini biasanya promosikan iklan menggunakan kaedah yang dipanggil bundling. Aplikasi ini sememangnya akan melembabkan jaringan internit dan dinasihatkan agar mengeluarkannya daripada komputer.
Whilokii serupa dengan Lucky Leap, Lemur Leap dan software lain yang mempunyai kaitan dengan Super Web LLC.

Cara nak membuang WHILOKII :
Windows 7 user :
Click "Start" ("Windows Logo" in the bottom left corner of your desktop), choose "Control Panel". Locate "Programs and Features".
Windows 8 users:
Right-click in the screen’s bottom-left corner, select setting,  select Control Panel. In the opened window choose program -  "Uninstall a Program".
Di dalam “Uninstall a Program”, cari “ Whilokii” atau anda juga boleh cari “Lucky Leap” @ “Lemur Leap”. Selepas itu, tekan "Uninstall" or "Remove".
Contoh :













Selepas membuang atau Uninstall Whilokii, scan komputer dengan apa jua anti-virus. Selepas itu, dinasihatkan menggunakan ‘spyware’ untuk kesan yang lebih mendalam. Matikan dan hidupkan semula komputer anda.