Thursday, 26 July 2018

Cara nak buat sijil dalam sekelip mata

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera,

Ramai kawan-kawan yang tanya macamana nak buat sijil dengan senang dan sekejap. Almaklumlah, sekali buat bukan satu dua, tetapi berpuluh-puluh dan ada yang beratus-ratus. Jadi saya akan tunjukkan teknik yang mudah lagi senang. Beribu-ribu pun boleh siap dengan cepat dari yang biasa.

CARA NAK BUAT BERATUS-RATUS SIJIL DALAM SEKELIP MATA MENGGUNAKAN MAIL MERGE

Nota!
Tutorial ini menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel

1. Sediakan template sijil seperti yang anda mahukan.
2. "Save" dan letakkan dalam satu folder.
3. Tinggalkan ruang untuk letak NAMA dan KAD PENGENALAN.
"Enter" 2 kali untuk bahagian tersebut.

1. Sediakan senarai NAMA dan KAD PENGENALAN di dalam Microsoft Excel.
2. Simpan dan letakkan dalam satu folde yang sama dengan Word tadi.


1. Tekan "Start Mail Merge" di tab "Mailings"
2. Pilih "Step-by-step Mail Merge Wizard...."

Pilih "Letters"
Kemudian, tekan "Next: Starting Document"


Tekan "Use the current document"
Tekan "Next: Select recipients"

Pilih "Use an existing list" kerana kita sudah pun buat senarai NAMA dan KAD PENGENALAN di Excel tadi.

Kemudian, tekan "Browse..."

Cari Excel yang tadi dan tekan "Open"


Tekan "OK"


Tekan "OK"


Tekan "Next:Write your letter"


Tekan di bahagian yang anda hendak letak NAMA sebelum anda tekan "More items...".

Tekan "More items...."


1. Pastikan anda sudah tekan di tempat yang anda ingin letak NAMA sebelum tekan "More items...".
2. Tekan NAMA di dalam kotak "Insert Merge Field", kemudian tekan "Insert". Selepas itu baru tekan "Close".

Nota: 
<NAMA> akan muncul pada bahagian yang anda hendak letak nama.

Ulang step tadi (Step More items...) untuk buat KAD PENGENALAN. Kod yang aka keluar adalah <KAD_PENGENALAN>.


Selepas itu, terus tekan "Next: Preview your letters"


Dah siap. NAMA dan KAD PENGENALAN sudah automatik masuk ke dalam sijil.
Kemudian, tekan "Next: Complete the merge"


1. Tekan "Finish & Merge".
2. Pilih "Edit Individual Documents..."
Anda juga boleh tekan "Print Documents..." jika hendak terus print.


Tekan "OK"


Siap!
- Tapi anda kena "save" balik sebab ini adalah dokumen yang lain.
- Anda boleh export ke dalam pdf. file jika nada benar-benar yakin tiada kesalahan.

Penting!
Dinasihatkan untuk export ke dalam pdf. file dahulu sebelum print untuk mengelakkan masalah lari kawasan.

Lepas ini, anda tiada masalah untuk buat beratus-ratus sijil dalam satu malam.

2 comments:

  1. Terima kasih atas penerangan. Nanti nak try buat guna cara ni. TQ

    ReplyDelete
  2. Terima kasih . Sangat membantu

    ReplyDelete