Tuesday, 21 June 2016

9 Cara cepatkan LAPTOP / NETBOOK dengan mudah!

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera,

Kenapa LAPTOP / NETBOOK saya bertambah lambat?
Nak buka pun lambat?
Masih 'loading'?
Tengok Movie pun sangkut?

Di sini ada penyelesaiannya. Laptop adalah sebuah alat atau mesin yang memudahkan manusia dalam menjalankan kehidupan seharian. Saya juga percaya pasti ramai orang mengalami masalah ini termasuk saya sendiri :)

Mula-mula,

1. Refresh Laptop anda

Caranya hanya tekan bahagian kanan di tetikus anda dan cari perkataan 'Refresh'. Buat sebanyak mana yang anda suka.


2. Scan menggunakan Software ANTI-Virus

Gunakan 'Quick Scan' terlebih dahulu. Selepas selesai, matikan program ANTI-Virus tersebut.


3. Gunakan CCleaner

 CCleaner amat membantu anda menyelesaikan semua 'issue' yang bermasalah. Mula-mula, Tekan 'Registry' > 'Scan for Issue' > 'Fix Selected Issues ...'


4. Buang/Uninstall semua software yang tidak berguna / anda jarang gunakan

Anda boleh 'uninstall' menggunakan CCleaner atau melalui manual. Di CCleaner anda hanya perlu tekan bahagian 'Tools' > Program/software yang hendak dibuang > Tekan 'Run Uninstaller.

Kalau boleh media player pilihlah satu sahaja. Satu untuk video dan satu untuk music. Pilih software yang paling anda gemar gunakan. Begitu juga yang lain-lain.

*Ingat, jangan setakat buang, pastikan anda sudah UNINSTALL!


5. Buang/Uninstall Game yang anda sudah tidak main lagi

'Uninstall' Game yang sudah anda main atau sudah tidak mahu main lagi. Bukan itu sahaja, kalau anda masih banyak game yang belum main. Pilih satu sahaja dan main. Selebihnya buang.


6. Simpan Movie, Drama, dan Lagu di tempat khas.

Biasanya, bagi gadis-gadis peminat cerita Korea. Mereka memang akan menyimpan Movie, Drama dan Lagu mereka di dalam Laptop sehingga kapasiti Laptop mencecah tahap merah. Benda inilah penyumbang besar kepada lambatnya sesebuah Laptop itu.

Anda digalakkan menyimpannya di dalam 'Hard Disk'. Hard Disk boleh didapati dengan mudah di dalam pasaran. Jika anda takut akan berlakunya kerosakkan atau serangan Virus. Saya boleh cadangkan kaedah retro. Anda boleh menyimpannya di DVD-R. Setakat ini, DVD-R dikatakan tidak akan diserang oleh Virus tetapi tidak juga mustahil akan diserang Virus. Cuma peratusnya sangat rendah.


7. Kosongkan 'Recycle Bin' anda

Buang segala fail yang ada di Recycle Bin. Walaupun disitu tempat pembuangan, ia tetap masih di dalam LAPTOP dan anda harus kosongkan bagi kesan yang lebih memberangsangkan.


8. Buang 'History' Internet anda

Buka Browser anda. (Chrome/Firefox/etc). Tekan bahagian atas sebelah kanan. Ada 3 garisan. Cari 'History' dan 'Delete' (Clear Browsing Data...)


9. Bersihkan Laptop

Bagi yang tahu, anda boleh bersihkan sendiri Laptop anda. Jika tidak tahu, anda perlu menghantarnya ke kedai komputer untuk service.


PESANAN TAMBAHAN

Sekiranya anda mahu 'Install' sesebuah software, pastikan anda download di laman web yang dipercayai serta elakkan daripada menerima software tambahan semasa berlakunya proses Install. Biasanya Virus akan ikut masuk ke dalam Laptop melalui proses Install.

*Semoga dapat menolong anda #Justshared

No comments:

Post a Comment