Thursday, 23 March 2023

Cara Mohon Lampu Jalan TNB dengan mudah.

 Assalamualaikum dan hi,

Lampu jalan TNB sebenarnya boleh dimohon di Kedai Tenaga atau cawanganTNB yang berdekatan. Pergi sahaja ke sana dan beritahu yanganda mahu mohon lampu jalan. Mereka akan memberikan borang.

Sebelum isi borang, saya nak beritahu bahawa terdapat caj-caj yang perlu dibayar iaitu caj pemasangan dan caj bulanan. Sekali pemasangan untuk 1 tiang adalah RM300 dan caj bulanan adalah RM10 sahaja. Seingat saya, dalam 1 borang boleh mohon untuk 2 tiang lampu dibawah bill TNB yang sama. 

Isi borang dengan betul, alamat di dalam borang kalau boleh ikut seperti di dalam bill TNB yang kita terima. No. akaun TNB juga isi dengan betul sebab caj bulanan akan terus dimasukkan di dalam bill tersebut. RM300 pula akan dibayar semasa kita beri borang di kaunter.

Selepas siap isi, sediakan pula dokumen sampingan. Apakah dokumen sampingan tersebut?

  1. Bill TNB yang terbaru (Jika tidak menerima melalui pos anda boleh download melalui apps myTNB
  2. Salinan kad pengenalan (pemilik bill tnb). Jangan lupa biasakan diri untuk garis dua di atas salinan kad pengenalan kita dan tulislah “UNTUK KEGUNAAN TNB 01/01/2023”.
  3. Lakaran lokasi tiang.Walaupun sudah ada alamat dan nombor tiang, lakaran ini akan lebih mudah membantu. Tidak perlu terlalu detail atau seperti peta dalam kad kahwin. Cukup lakaran ringkas yang mempunyai nama jalan, tempat check point yang mudah dikenali seperti surau, sekolah dll, dan rujukan simbol. Jangan risau, anda boleh lakar ke kertas A4 yang lain dan tidak semestinya dilakar dalam ruang kotak yang kecil itu.
Hantar ke kaunter TNB, digalakkan datang pada waktu pagi. Kebiasannya kaunternya tidaklah sibuk, jadi jangan risau.

Selepas pegawai menyemaknya, anda boleh membuat bayaran melalui tunai, kad atau mesin. Jika tidak tahu guna mesin, tanya sahaja pada pegawai. Selesai sahaja, pegawai akan memberikan nama dan nombor telefon orang yang bertanggungjawab untuk memberitahu kelulusan permohonan dan beliaulah yang akan bertanggungjawab dalam pemasangan lampu. Sebelum itu, pegawai tersebut juga akan datang ke lokasi yang dipohon untuk semak kawasan.

Biasanya jika sudah 3 bulan masih senyap, anda boleh hubungi nombor tersebut. Kadang-kadang beliau bertanggungjawab banyak tempat dalam satu-satu masa.

Setakat ini saya pernah buat lebih kurang 3-6 lampu jalanbagi pihak jiran-jiran saya. Anda pun boleh lakukannya. Bincang dan jelaskan dengan rakan kejiranan tentang cara dan caj-cajnya. Jika mereka setuju barulah buat. Pastikan tiang yang dipilih menggunakan bill TNB jiran yang paling dekat. Jangan guna bill jiran Jalan A untuk Jalan B. Bila buat untuk jiran, jangan lupa selesaikan sehingga habis, sehingga dipasang dan bukanlah tergantung. Jika tidak lulus, beritahulah pada jiran tersebut. 

Bicara mengenai tidak lulus, anda boleh cuba rujuk kembali kepada pegawai TNB kenapa tidak lulus. Selain itu, ada juga isu yang mungkin timbul seperti TNB tidak pasang, pegawai tidak telefon tentang kelulusan dan tiba-tiba kita kena caj bulanan RM10. Sila cepat-cepat pergi ke kaunter TNB dan menyelesaikannya. Pegawai di sana akan membantu anda. Biasalah, manusia ada silapnya dan biasalah, sistem hanya buatan manusia.

Mudah sahaja kan?! Sambil-sambil tu, mengalir pahala kita bersedekah secara tidak langsung kerana lampu jalan tersebut membantu mereka yang lalu.

Tuesday, 17 May 2022

Buku Trilogi Takdir Hilal Asyraf (Buku yang membuatkan saya percaya bahawa karya Melayu masih tajam pedangnya)

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi tentang buku lagi. Sebelum itu, jangan lupa untuk luangkan masa pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti. 


Penulis Hilal Asyraf juga mempunyai booth nanti, beliau ada kongsikan lokasi booth di Facebooknya Hilal Asyraf (official). Beliau juga rajin memuat naik posting untuk tatapan umum.



Beliau juga berpesan, boleh sahaja bawa buku penulisannya jika mahu tandatangan nanti. Best bukan? tapi sebelum pergi doa-doa berjumpa dengan beliau kerana beliau tidak akan berada di situ sepanjang masa.

Sumber Gambar: Google

Baiklah, berbalik pada buku Trilogi Takdir. Macam biasa, meh saya ceritakan macam mana saya terjumpa buku ini. Buku Takdir, cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya (Hilal Asyraf).

Tidak silap saya, saya jumpa buku yang pertama yang bertajuk TAKDIR: Cahaya yang tidak terpadam di perpustakaan.  Buku ini membawa saya ke next level of imagination untuk karya Melayu. Ideanya fresh dan gaya penyampaiannya membuat kita semakin rancak mahu membacanya. 

Penulis juga berjaya mempersembahkan seni tarung dan memudahkan pembaca membayangkan pertarungan dan peperangan yang sedang berlaku. Tidak kurang juga mengandungi unsur-unsur agama yang pasti tidak membosankan atau meruntuhkan aliran cerita. Kadang kala, ada novel yang cuba membawa unsur sebegini, tetapi gagal menyampaikan dan menaikkan semangat pembaca.



"Baru hari ini aku melihat kau menempa senjata dengan tangan kosong."

    Angkasa memegang tangan Ezakiel. Telapak tangan remaja itu agak kehitam-hitaman akibat bekas keluli yang ditempanya.

"Tuk Fathan kata, aku persis manusia yang hidup pada zaman lampau, Daud."

    Angkasa Terdiam. Daud?

    Dia pernah mendengar nama itu, Dlama al-Quran yang dihafalnya.

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan Daud limpah kurnia daripada Kami. Hai gunung-ganang, ulangilah bertasbih bersama Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah juga dengan dia), dan Kami juga telah melembutkan besi untuknya." (Saba' 34:10).

    Angkasa mengukir senyum. "Kau antara keajaiban dan tanda kebesaran Allah!."



Jika ada pelukis yang mampu melukis dan membawa kisah ini. Mesti menarik! Jenis lukisan pula lebih menarik jika ianya gaya Manhwa genre action seperti Eleceed, Solo Leveling, Study Group, The Beginning After the End dan lain-lain. 

Hahahaha teruk betul demand. 

Selepas habis buku pertama ini, saya terus melakukan pencarian dan terus membeli 3 set ini. Saya membelinya pada tahun 2015. Tidak silap, saya membelinya di website www.langitilahi.com. Namun begitu, kemungkinan besar website ini telah dipadamkan atau dialihkan dengan nama yang baru. Jangan risau, anda boleh membelinya melalui Shopee Hilal Asyraf. Boleh terus direct ke buku Takdir https://shope.ee/3ASjhdr15U

Sumber Gambar: Google

Anda mungkin akan dapat kulit buku yang baru dan juga mendapat pelbagai merchandise daripada pihak Hilal Asuraf Resources. Harganya murah sahaja dan mampu milik.

Saya juga baru tahu yang kulit buku dah tukar yang baru, rasa nak beli lagi untuk koleksi hehehe.

Baiklah, saya akan berikan sedikit sinopsis buku TRILOGI Takdir

Takdir 1: Cahaya yang Tidak Terpadam
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah pada. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau' Chinmayi juga begitu.

Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di tangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya.

Namun, bukan bagi kerajaan Tanah Haram dan Kota 'Hiau' Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya.

Lantas, seorang pemuda dihantar Bapa memulkan kembara. Memerangi kegelapan bawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna
Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari, menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar, dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Mahkluk Genetik dan Kaum Gergasi.

    Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan, lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan bernainya, serangan ke Ethan dilancarkan.

    Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi!

Lantas, badai yang tidak pernah disangka selema ini, akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Takdir 3: Janji-Nya yang Tidak Termungkir
Suasana aman yang didamba, sudah dijangka tidak bertahan lama. Namun, belum sempat pasukan tentera Agama Langit menjalankan rancangan meraka, Sang Asura terlebih dahulu memulakan serangan! Para kiai menjadi bidak pertaruhan dalam percaturannya. Tentera Agama Langit diasak hebat. Mampukah mereka bertahan? Mampukah misi rahsia Angkasa Sakti dan Aizan Fahmi menyelamatkan keadaan?

You know what, korang akan ada fefeeling avengers nanti hahahha

Friday, 13 May 2022

Buku Tora Datang Lagi oleh Amirul Bozu (Kitab pengetahuan kanak-kanak 90an)

 Assalamualaikum dan selamat sejahetera semua peminat buku <3

Buku Tora Datang Lagi bukanlah buku cerita, tetapi lebih kepada koleksi mainan atau jajan dan pelbagai lagi benda yang anak-anak 90an suka. Bagi yang ingin ketahui apa yang anak-anak 90an main, lagi-lagi pada era tiada Internet di merata tempat, boleh beli buku ini.

Saya beli semasa zaman belajar di UPM di Borders IOI City Mall. Murah sahaja, harganya hanya RM25.00. Sekarnag dah ada Shopee, mudah sahajakan? Tak yah susah-susah, click je link yang sis dah sediakan https://shope.ee/5zmom1RR3Y

Penulis mengingatkan bahawa segala frasa, contoh, gelaran, rukun, penerangan dan definisi di dalam buku ini mungkin sedikit berbeza mengikut lokasi, jalur masa, iman, pembesaran, fahaman dan didikan ibu bapa masing-masing. Tiada sebarang kajian khusus atau DeLorean yang digunakan dalam usahan menyiapakan buku ini. Segala yang tertulis di dalam buku ini adalah kisah benar berdasarkan saki-baki ingatan penulis sendiri. 

Antara mainan atau jajan dll yang ditulis di dalam buku ini adalah;

  1. Ais Kepal
  2. Biskut Kapal Terbang
  3. Kek Lapis Apollo
  4. Kad Nama
  5. Majalah Gila-gila
  6. Majalah Ujang
  7. Senario
  8. Telefon Awam
  9. Mutiara Naga
  10. Dr. Slump
  11. Komik Hong Kong
  12. Teropong Mekah
  13. Kad Tepuk
  14. Gundu
  15. Caplung
  16. Pistol Mercun
  17.  Adiwira Bertopeng
  18. Mengumpul Setem
  19. Lukisan Nyanyian
  20. Permainan Pepsi Cola
  21. Bertukar Biodata
  22. Ubat Demam Cortal
  23. Galah Panjang
  24. Hot Wheels
  25. Alif Lam Lam Ha
Haaa kalau nak tahu lagi, boleh baca buku Tora Datang Lagi. Ada banyakkkkk lagi yang disenaraikan di dalam buku tersebut.


Friday, 1 February 2019

Cara buat jadual dengan mudah (menggunakan keyboard sahaja)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Selamat datang ke blog saya, hari ini saya akan berikan tips dan tricks mudah untuk membuat jadual tanpa menggunakan fungsi Insert dengan hanya menggunakan keyboard. Senang je guys, lepas ini korang boleh buat kerja dengan bagus dan lebih pantas.





Tuesday, 22 January 2019

Resepi Cendawan Raja Tiram + Ubi Lenyek (Menu Diet?)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera~

Admin jarangkan post pasal resepi, haaa haari ini admin akan memperkenalkan rsepi baru iaitu Cendawan Raja Tiram + Ubi Lenyek. Ubi lenyek ni kalau orang Jawa, dipanggil gettok. hehehhe. Menu ni sesuai untuk orang yang tak nak makan nasi. Resepi ini terhasil sebab lupa sos tiram dah habis huhu... btw admin lupa nak snap gambar sebab lapar sudah~

Untuk TWO Serving

CARA MASAK UBI LENYEK

Bahan-bahan ubi lenyek:
- Ubi yang dipotong 6 bahagian
- Sedikit gula
- Sedikit garam

Cara-caranya:
- Rebus ubi dan tambah sedikit garam kasar sampai betul-betul empuk.
- Selepas itu, angkat dan tos.
- Lenyek/tumbuk sehingga lumat dan ditambah gula mengikut kehendak.
- Siap


CARA MASAK CENDAWAN RAJA TIRAM

Haaa siapa tak tahu cendawan raja tiram tu apa. Ni gambarnya;



















Bahan-bahannya:

- 2 atau 3 batang cendawan raja tiram
- 8 ekor udang hitam
- sebiji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji cili padi
- garam
- gula
- serbuk perasa Maggie
- Lada hitam

Cara-caranya:
- Panaskan sedikit minyak.
- Tumis bawang putih, bawang merah dan cili padi
- Masukkan cendawan yang telah dipotong serong sehingga lembut.
- Masukkan udang.
- Masukkan garam, serbuk perasa, gula dan lada hitam secukup rasa.
- Siap.

Thursday, 17 January 2019

Semenyih EcoVenture Resort & Recreation REVIEW!

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera kepada semua pembaca sekalian. 2 - 3 hari ini admin memang agak sibuk sebab ada kem di Semenyih. Jadi, hari ini admin akan buat sedikit review pasal tempat kem yang admin pilih. Tempat dia memang AWESOME gila.

Asalnya pilih tempat lain untuk kem sebab kita nak kena tengok bajet juga lah nak pilih tempat tu kan. Pilih punya pilih kami decide untuk pilih Semenyih EcoVenture Resort & Recreation. Salah satu sebab kenapa kami pilih adalah kerana layanan yang bagus daripada pihak EcoVenture. Sangat cepat reply whatsapp dan juga menggunakan bahasa yang sopan sehingga kami sebagai customer rasa sangat dihargai. TERBAIK geng!

Tempat dia pun menarik dan sangat sesuai untuk team building, facilities dia juga bagus dan faci yang menguruskan juga kelihatan sangat berpengalaman. Kalau kita tengok movie Inggeris yang kat tepi pantai tu, kan ada ramai pegawal pantai atau pekerja-pekerja di situ, faci di EcoVenture juga kelihatan begitu. Nampak superb dan yang paling penting bertenaga dan berkarisma.

EcoVenture terletak bersebelahan dengan Nirvana dan korang semua tak perlu takut. Apa yang penting tempat tu menarik hhuhu.

Harga dia juga sangat berbaloi dan aktiviti dia tak payah cakaplah memang terbaik punya. Tak menyesal pilih EcoVenture. Pemandangan dia juga cantik. Kami sebagai faci mempunyai rumah atau tempat tinggal yang berlainan dengan peserta. Kami diberikan rumah ala kampung yang cantik bersebelah dengan tasik dan swimming pool. Waktu tarik luggage nak pergi rumah tu, dah feeling macam balik kampung dah hahaha. Siap aircond lagi yalls. Katil dia empuk, baring je mesti tido terus. Siap ada towel disediakan. Tingkat atas pula ada TV, tingkat bawah ada peti ais.

Peserta pula diberikan dorm yang berhadapan dengan dewan yang kami ingin gunakan. Dua langkah je dah boleh masuk dewan huhu Selain tu ade Tube Room, dah macam tempat percutian pula. Makanan dia pun sedap dan sihat. Buat explores pon best sebab kawasan dia agak besar.

Kebanyakkan peserta juga memberikan maklum balas yang baik terhadap aktiviti yang diberikan terutamanya Mud Pool Challenge dan Speed Challenge which is dipanggil sebagai UPM Infinity War kami from UPM hehe.

Jadi, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada EcoVenture atas perkhidmatan yang diberikan. <3

Lokasi:
Lot No. PT 1351, Jalan Sungai Lalang Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor, Malaysia.

Website:
http://www.semenyihecoventure.com

Gambar: