Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera
Buku hasil karya Keris Mas sememangnya menarik dan saya rasa tak rugi membacanya. Apa yang dihuraikan adalah tepat kerana Keris Mas berjaya menghasilkan sebuah novel yang bertetapan dengan misinya atau sasarannya. Gaya penceritaannya sangat bagus dan walaupun banyak persoalan yang timbul tetapi tidak mengelirukan pembaca. Isinya dipahami walaupun kompleks dan novel ini tidak membenarkan kita peluang untuk menyebelahi apa-apa watak seperti yang kita selalu lakukan. Ianya ditulis untuk memastikan pembaca mendapat pengajarannya dan berfikir dengan lebih teliti. Mana yang perlu mana yang tidak. Macamana nak hadapi dengan bijak sesuatu yang semuanya perlu. Anda akan lebih memahaminya melalui novel ini.
“...
pembangunan ekonomi ini bukannya banjir besar yang boleh melanda apa saja.
Agama, moral dan kebajikan masyarakat orang Melayu tidak patut dan tidak boleh
dilanda sama.”
Buku hasil karya Keris Mas sememangnya menarik dan saya rasa tak rugi membacanya. Apa yang dihuraikan adalah tepat kerana Keris Mas berjaya menghasilkan sebuah novel yang bertetapan dengan misinya atau sasarannya. Gaya penceritaannya sangat bagus dan walaupun banyak persoalan yang timbul tetapi tidak mengelirukan pembaca. Isinya dipahami walaupun kompleks dan novel ini tidak membenarkan kita peluang untuk menyebelahi apa-apa watak seperti yang kita selalu lakukan. Ianya ditulis untuk memastikan pembaca mendapat pengajarannya dan berfikir dengan lebih teliti. Mana yang perlu mana yang tidak. Macamana nak hadapi dengan bijak sesuatu yang semuanya perlu. Anda akan lebih memahaminya melalui novel ini.
Sebuah novel yang bagus dan sesuai untuk semua golongan lebih-lebih lagi
mereka yang digelar saudagar atau usahawan.
Terdapat ayat yang menarik perhatian :
Bab 50
Perenggan Pertama
Baris ke 4
(sumber: google/ COVER sebenar buku yang admin baca adalah berbeza - akan diubah)
TAJUK : Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
PENERBIT :Dewan Bahasa dan Pustaka & Rhythm Consolidated Berhad
CETAKAN : Edisi Kedua Cetakan Pertama 2003
SINOPSIS :
“Jangan terkejut kalau surat itu menyentuh hanya
soal penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Jangan pula terkejut bagaimana
aku tahu penubuhan syarikat tersebut. Sekali-kali jangan terkejut bahawa aku
akan pulang tak lama lagi dan akan menentang ayah.”
No comments:
Post a Comment