Hari ini saya akan berkongsi tentang buku lagi. Sebelum itu, jangan lupa untuk luangkan masa pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti.
Penulis Hilal Asyraf juga mempunyai booth nanti, beliau ada kongsikan lokasi booth di Facebooknya Hilal Asyraf (official). Beliau juga rajin memuat naik posting untuk tatapan umum.
Beliau juga berpesan, boleh sahaja bawa buku penulisannya jika mahu tandatangan nanti. Best bukan? tapi sebelum pergi doa-doa berjumpa dengan beliau kerana beliau tidak akan berada di situ sepanjang masa.
Sumber Gambar: Google
Baiklah, berbalik pada buku Trilogi Takdir. Macam biasa, meh saya ceritakan macam mana saya terjumpa buku ini. Buku Takdir, cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya (Hilal Asyraf).
Tidak silap saya, saya jumpa buku yang pertama yang bertajuk TAKDIR: Cahaya yang tidak terpadam di perpustakaan. Buku ini membawa saya ke next level of imagination untuk karya Melayu. Ideanya fresh dan gaya penyampaiannya membuat kita semakin rancak mahu membacanya.
Penulis juga berjaya mempersembahkan seni tarung dan memudahkan pembaca membayangkan pertarungan dan peperangan yang sedang berlaku. Tidak kurang juga mengandungi unsur-unsur agama yang pasti tidak membosankan atau meruntuhkan aliran cerita. Kadang kala, ada novel yang cuba membawa unsur sebegini, tetapi gagal menyampaikan dan menaikkan semangat pembaca.
"Baru hari ini aku melihat kau menempa senjata dengan tangan kosong."
Angkasa memegang tangan Ezakiel. Telapak tangan remaja itu agak kehitam-hitaman akibat bekas keluli yang ditempanya.
"Tuk Fathan kata, aku persis manusia yang hidup pada zaman lampau, Daud."
Angkasa Terdiam. Daud?
Dia pernah mendengar nama itu, Dlama al-Quran yang dihafalnya.
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan Daud limpah kurnia daripada Kami. Hai gunung-ganang, ulangilah bertasbih bersama Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah juga dengan dia), dan Kami juga telah melembutkan besi untuknya." (Saba' 34:10).
Angkasa mengukir senyum. "Kau antara keajaiban dan tanda kebesaran Allah!."
Jika ada pelukis yang mampu melukis dan membawa kisah ini. Mesti menarik! Jenis lukisan pula lebih menarik jika ianya gaya Manhwa genre action seperti Eleceed, Solo Leveling, Study Group, The Beginning After the End dan lain-lain.
Hahahaha teruk betul demand.
Selepas habis buku pertama ini, saya terus melakukan pencarian dan terus membeli 3 set ini. Saya membelinya pada tahun 2015. Tidak silap, saya membelinya di website www.langitilahi.com. Namun begitu, kemungkinan besar website ini telah dipadamkan atau dialihkan dengan nama yang baru. Jangan risau, anda boleh membelinya melalui Shopee Hilal Asyraf. Boleh terus direct ke buku Takdir
https://shope.ee/3ASjhdr15U
Sumber Gambar: Google
Anda mungkin akan dapat kulit buku yang baru dan juga mendapat pelbagai merchandise daripada pihak Hilal Asuraf Resources. Harganya murah sahaja dan mampu milik.
Saya juga baru tahu yang kulit buku dah tukar yang baru, rasa nak beli lagi untuk koleksi hehehe.
Baiklah, saya akan berikan sedikit sinopsis buku TRILOGI Takdir
Takdir 1: Cahaya yang Tidak Terpadam
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah pada. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau' Chinmayi juga begitu.
Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di tangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya.
Namun, bukan bagi kerajaan Tanah Haram dan Kota 'Hiau' Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya.
Lantas, seorang pemuda dihantar Bapa memulkan kembara. Memerangi kegelapan bawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.
Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna
Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari, menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar, dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Mahkluk Genetik dan Kaum Gergasi.
Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan, lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan bernainya, serangan ke Ethan dilancarkan.
Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi!
Lantas, badai yang tidak pernah disangka selema ini, akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?
Takdir 3: Janji-Nya yang Tidak Termungkir
Suasana aman yang didamba, sudah dijangka tidak bertahan lama. Namun, belum sempat pasukan tentera Agama Langit menjalankan rancangan meraka, Sang Asura terlebih dahulu memulakan serangan! Para kiai menjadi bidak pertaruhan dalam percaturannya. Tentera Agama Langit diasak hebat. Mampukah mereka bertahan? Mampukah misi rahsia Angkasa Sakti dan Aizan Fahmi menyelamatkan keadaan?
You know what, korang akan ada fefeeling avengers nanti hahahha