Thursday, 27 December 2018

Resepi Oden kalau tiada ASAM PEDAS? Aku bagi nama ODEN KIM KAYS

Assalamualaikum semua,

Oleh kerana oden ni dah jadi makanan kegemaran kami. Ada la satu hari tu bila nak buat semua paste Asam Pedas xdokkk.. mana nak carik, hati dah nak makan oden je ni.. Jadi, adalah rumet cakap.. apa kata kalau kita campur dengan perencah maggie asam laksa.. haaaa begitul terwujudnya Oden Sedap tanpa ASAM PEDAS yang sedap gilaaaaa!!!

Oke baik ni resepinya ✓✓

Bahan2nya :
1.5 - 2l air
2 paste tomyam
1 atau 2 perencah maggie asam laksa
Sedikit chili flake kalau nak pedas
Garam secukup rasa
Gula 2 cubit
Bahan2 oden
*selalunya beli yang campur2 je huhu
*Rebus telur.. ni bahan paling sedapp

Cara2:
Panaskan air, masukkan semua paste, garam dan gula sehingga mendidih. Masukkan bahan2 oden sehingga masak. Akhir sekali masukkan maggie dan masukkan telur yang sudah direbus. Memang awesomeee!!

*Sorry, sis takdek gamba.. sebab tau2 oden dah habis dimakan.. for sure lagi sedap dari Family mxxx.. hehe.. kalau dah jadi.. jgan lupe share dgan admin ye.. hehe



Thursday, 20 December 2018

Cara nak hilangkan fungsi 'touch screen' di Windows 8 dengan mudah!

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera.

Baiklah, walaupun laptop kita memiliki fungsi touch screen, kadang-kadang ia akan memberikan masalah kepada kita sekiranya laptop kita kehilangan fungsi yang lain dan menyebabkan touch screen tersebut menjadi masalah untuk kita. Oleh itu, saya akan terangkan cara-cara untuk hilangkan atau 'disable' touch screen di windows 8.

Cara nak hilangkan 'touch screen' di Windows 8



1. Tekan keyboard Ctrl + X. Cari dan tekan 'Device Manager'. Jika tidak berhasil, anda boleh cari secara manual menggunakan 'search'.

2. Cari 'Human Interface Device' dan tekan.

3. Kemudian, cari 'HID-compilant touch screen' dan tekan 'right-click'. Pilih 'disable'.

4. Tekan 'yes'. Selesai!

P/s: Jika anda mahu enable semua, anda ulang step yang sama sahaja.

Terima Kasih <3