Assalamualaikum~
Hana to Akuma sebenarnya ialah sebuah komik bersiri daripada Jepun yang ditulis oleh Hisamu Oto. Saya sangat suka membaca manga walaupun sudah meningkat dewasa. Semuanya gara-gara Dragon Ball dan Naruto.
Hana to Akuma ialah sebuah cerita yang menarik dan saya sangat teruja semasa membacanya. Kisahnya ialah Vivi seorang syaitan terjumpa seorang bayi perempuan di hadapan rumahnya. Ketika itu tiada sesiapa sangka bahawa mereka berdua ditakdirkan bersama.
Vivi telah menjaga Hana dengan baik walaupun kadang-kadang Vivi tidak faham pemikiran Hana, tetapi yang pasti hanya Vivi paling faham Hana.
Sudah 14 tahun berlalu, Vivi dan Hana semakin rapat. Vivi sangat sayangkan Hana sehingga dia tidak mahu berjauhan dengan Hana dan begitu juga dengan Hana. Mereka terlalu rapat sehingga sanggup berkorban. Cinta ialah perkara pertama walaupun untuk seorang Syaitan.Hari-hari Hana akan memberikan sekuntum bunga kepada Vivi walaupun Hana tahu bunga itu akan mati dan mereput apabila syaitan memegangnya.
Keramahan Hana membawa keceriaan di rumah Vivi. Raja syaitan pun jatuh di tangan Hana. Tetapi, Vivi sedar yang Hana ialah manusia yang hanya mampu hidup dalam beberapa dekad sahaja sedangkan dia boleh hidup selama mana yang dia mahu.
Vivi membuat keputusan akan melindungi Hana dengan sedaya upayanya. Tidak lama kemudian, Hana sedar cintanya pada Vivi. Selepas 4 tahun, Vivi dan Hana berkahwin. Semua orang gembira untuk Hana dan Vivi.
Vivi ialah seorang syaitan yang kejam dan sadis. Dia tidak pernah pedulikan orang lain dan tidak kisah apa yang berlaku di sekitarnya. Tetapi, apabila ianya tentang Hana. Vivi tidak pernah tidak peduli.
Keadaan itu membuatkan syaitan yang lain berfikir bahawa Hana merupakan cahaya Vivi dan Hana juga merupakan kenangan indah buat mereka.
Selepas sekian lama, Vivi dan Hana dikurniakan 2 orang anak. Mereka hidup bahagia, Hana pula semakin di mamah usia tetapi Vivi tidak pernah membiarkan Hana keseorangan. Tidak kira betapa tuanya Hana ketika itu. Hana tetap gadis yang dia jaga dari bayi sehingga menjadi isterinya dan memberikannya 2 cahaya mata. Kemudian, Hana mati.
Walaupun sudah 73 tahun berlalu, setiap syaitan yang mempunyai memori tentang Hana tidak pernah lupakan Hana. Vivi sentiasa melawat Hana begitu juga dengan anak-anak Hana.
Bagi mereka semua Hana ialah perempuan manusia yang hebat yang mampu hidup di kalangan syaitan dan membuatkan semua syaitan merasai kehangatan kasih sayang. Vivi dan Hana selamanya.
Anda boleh melihat cerita ini di : http://www.mangahere.com/manga/hana_to_akuma/