Assalamualaikum~
Beberapa minggu yang lepas, kawan saya ada minta tolong untuk selesaikan masalah pendrive yang dia alami. Saya ingat ianya masalah pendrive shortcut (semua folder dan maklumat hilang). Rupa-rupanya, masalah System Volume Information (SVI).
Sebenarnya, saya tidak berapa jelas tentang SVI ini. Tetapi, saya mugkin dapat membantu anda untuk menyelesaikan masalah ini dan saya amat berterima kasih kepada mereka yang berkongsi penyelesaian masalah SVI di Internit. Selain itu, saya juga minta maaf sebab tidak dapat sertakan nama yang membantu.
Friday, 1 August 2014
Thursday, 3 July 2014
Jantung
Assalamualaikum~
Dulu, saya ada buat folio pasal jantung dengan merujuk beberapa buku. jadi, disini saya akan beritahu serba sedikit tentang JANTUNG.
JANTUNG
Jantung ialah organ yang berfungsi mengepam dan mengedar darah beroksigen ke seluruh bahagian badan melalui saluran darah. Ia terletak di sebelah kiri sedikit dalam rangga toraks. Jantung dilindungi oleh tulang belakang (spina) di bahagian belakang dan tulang dada (sternum) di bahagian hadapan.
STRUKTUR JANTUNG
Jantung merupakan organ yang berongga dan kenyal. Ia terbina daripada otot-otot yang tebal dan mempunyai berat antara 350 hingga 450 gram bagi orang dewasa. Jantung boleh mengembang dan mengecut dengan daya yang kuat untuk mengepam darah beroksigen ke seluruh bahagian badan.
Apabila otot mengecut, rongga di bahagian dalamnya akan menjadi sempit. Ini membuatkan darah yang terkandung didalamnya mengalir keluar dengan daya yang kuat. Sebaliknya, apabila otot jantung mengendur, rongga di bahagian dalamnya akan menjadi kosong dan darah akan mengalir masuk ke dalamnya.
Melalui proses pengecutan dan pengenduran ini, darah akan dipam dari bahagian paru-paru ke bahagian-bahagian lain dalam tubuh. Proses pengecutan otot jantung disebut sebagai sistole dan proses pengenduran otot jantung pula disebut sebagai diastole. Aturan ritma pengucupan ini dipanggil kitaran kardium dan berlaku di luar kawalan. Walau bagaimanapun, rentak frenkuensi boleh berubah disebabkan keresahan atau kesan hormon, seperti senaman atau merasa terancam. Dalam keadaan normal, jantung berdenyut sebanyak 72 kali dalam seminit.
Kadar denyutan nadi senantiasa berubah-ubah mengikut aktiviti seseorang. Sebagai contoh, kadar denyutan nadi bagi seorang yang baru selesai melakukan aktiviti seperti berlari adalah lebih tinggi dan meningkat berbanding dengan orang yang sedang berehat. Begitu juga kadar denyutan nadi bagi seorang bayi adalah lebih tinggi daripada orang dewasa.
Darah yang masuk ke dalam arteri akan mengalir di sepanjang arteri dalam bentuk gelombang. Gelombang-gelombang ini terbentuk akibat tekanan daripada jantung melalui proses distole dan diastole. Gelombang ini dapat dikesan atau dirasai pada arteri yang berada di permukaan kulit. Kesan denyutan ini disebut sebagai denyutan nadi.
Jantung dibahagikan kepada bahagian kiri dan kanan oleh septum tengah. Terdapat empat ruang dalam jantung, iaitu dua ruang di bahagian atas dan dua ruang di bahagian bawah. Tiap-tiap ruang ini dihubungkan oleh injap. Kedua-dua ruang yang terletak di bahagian atas jantung mempunyai dinding yang nipis dan dinamakan sebagai aurikel. Ruang-ruang di bahagian bawah jantung pula berdinding tebal dan dinamakan ventrikel.
Injap-injap yang terdapat pada jantung membantu menetapkan arah pengaliran darah dari aurikel ke ventrikel. Aurikel liri disambung disambung ke ventrikal kiri melalui injap dua kelopak atau injap bikuspid. Aliran darah dari aurikel kanan ke ventrikel kanan pula dikawal oleh injap tiga kelopak atau injap trikuspid.
Pengaliran darah daripada jantung ke seluruh badan dikawal oleh injap sabit. Injap ini terdiri daripada tiga keping tisu berbentuk sabit dan terdapat pada permulaan arteri pulmonari dan aorta. Injap sabit memastikan darah tidak mengalir semula ke ventrikel dan pengaliran darah adalah sehala.
Darah yang mengalir melalui saluran darah ke arah jantung akan membuka injap dan apabila darah mencuba mengalir ke arah yang bertentangan, injap akan tertutup lantas menghalang pengaliran darah secara songsang daripada berlaku.

Wednesday, 2 July 2014
Tahun Baru Cina
TAHUN BARU CINA
Perayaan Tahun Baru Cina merupakan salah satu perayaan besar
yang disambut di Malaysia dan disambut dengan meriah oleh masyarakat kaum Cina.
Selain itu, seluruh Malaysia akan mendapat cuti umum bagi menyambut perayaan
ini . Ianya juga merupakan perayaan terpenting bagi orang Cina untuk menyambut
Tahun Baru berdasarkan calendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi
kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan seperti tahun ayam,
monyet, ular dan sebagainya.
Perayaan Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Chunjie
(Festival Musim Bunga/Spring Festival), Nongli Xinnian (Tahun Baru),
atau Guonian atau Sin Tjia.
Perayaan Tahun Baru Cina melambangkan permulaan nasib dan
kehidupan . Sebelum Tahun Baru bermula, sanak saudara akan pulang berkumpul
bagi menyambut Tahun Baru. Rumah bereka akan dikemas dan segala hutang piutang
dibayar atau dikutip agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun.
Mercun akan dibakar sebagai tanda permulaan Tahun Baru dan menghalau puaka dan
nasib malang.
Lazimnya di pintu rumah digantungkan langsir mewah dan
beberapa lambing yang mengambarkan ciri-ciri warisan budaya mereka. Gantungan
yang paling popular adalah tanglung dan hiasan berbentuk mercun Cina. Tidak
ketinggalan hiasan kain bena atau rentang yang menggunakan kaligrafi Cina
merupakan hiasan yang popular. Biasanya perkataan yang ditulis merupakan
perkataan yang baik-baik sahaja.
Upacara utama bagi masyarakat Cina untuk menyambut ketibaan
Tahun Baru ialah makan bersama kaum keluarga. Hidangan makan terdiri daripada
juadah istimewa mengikut kemampuan masing-masing. Antara hidangannya ialah yee
sang, kuih bakul, daging itik, daging salai, ikan, kuih pulut, limau mandarin
dan luohan zhai.
Kebiasaannya, kebanyakkan masyarakat Cina menyambut Tahun
Baru dengan memakan sayur-sayuran sebagai sarapan pagi. Mengikut kepercayaan
mereka, dianggap tidak baik membunuh atau memusnahkan tumbuhan bernyawa.
HARI PERAYAAN TAHUN BARU CINA
Hari Pertama
Hari pertama Tahun Baru Cina adalah hari bagi mengundang
dewa-dewa kayangan dan bumi. Keluarga masyarakat Cina akan menziarahi orang tua atau paling senior dalam keluarga
mereka. Ada juga sebahagian keluarga yang mengundang tarian singa sebagai
upacara simbolik untuk menyambut Tahun Baru sambil menghalau puaka dan musibah.
Hari Kedua
Hari kedua Tahun Baru Cina dipanggil hari ‘membuka tahun’
iaitu menyaksikan anak perempuan yang sudah berkahwin menziarahi ibu bapa
kandung mereka.
Hari Ketiga
Menurut kepercayaan masyarakat Cina, hari ketiga perayaan
ini adalah hari yang dikenali sebagai ‘mulut merah’ yang bermaksud amat mudah
untuk terlibat dalam pergaduhan. Oleh itu, tidak sesuai untuk ziarah menziarahi
pada hari itu. Manakala, keluarga yang kematian ahli keluarga terdekat dalam
jangka masa tiga tahun tidak akan menziarahi sesiapa sebagai tanda menghormati
si mati.
Hari Keempat
Hari keempat kembali seperti biasa dan memulakan kerja.
Begitu juga dengan Hari Kelima dan Hari Keenam.
Hari Ketujuh
Hari Ketujuh Tahun Baru Cina dikenali sebagai hari jadi
orang ramai iaitu hari di mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut
pengiraan kalendar qamari Cina.
Hari Kesembilan
Hari kesembilan tahun baru adalah hari bagi kaum Cina
berfahaman Tao akan menyembah Maharaja Jed di kayangan di tokong agama Tao.
Hari Kelima Belas
Hari kelima belas ialah hari terakhir tahun baru Cina yang
diraikan sebagai Chap Goh Mei. Masyarakat Cina akan memakan pulut manis dalam
sup dan mengadakan upacara besar-besaran dimana colok besar akan dibakar dan
ada juga yang mengadakan makan besar bersama keluarga.
Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di
mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil untuk berdoa
agar mendapat pasangan secocok.
Terdapat juga amalam melontar buah limau ke dalam laut atau
sungai dengan doa agar mereka mendapat pasangan yang sesuai.
Tuesday, 1 July 2014
Whilokii Virus Solution
Thankz to Tomas Meskauskas
Whilokii ini sebenarnya ialah virus iklan (ads-on) yang muncul di laman browser kita seperti di
browser Internet Explorer, Google Chrome, Mozilla Firefox dan Torch yang selalu
dimasukkan bersama ‘software’ murah yang kita muat turun daripada internit. Ianya sangat tidak
diperlukan kerana membuatkan paparan kita penuh dengan iklan yang tidak
diperlukan, jaringan internit menjadi sangat lambat dan hasil video selepas
dimuat turun menjadi rosak atau terganggu. Oleh itu, ramai pengguna internit
menganggap whilokii sebagai virus atau malware walaupun secara teknikalnya
bukannya sejenis virus tetapi dikategorikan sebagai rumpai (tidak diperlukan).
Whilokii berasal daripada keluarga Super Web. Semua iklan yang
berasal daripada keluarga ini biasanya promosikan iklan menggunakan kaedah yang
dipanggil ‘bundling’. Aplikasi ini
sememangnya akan melembabkan jaringan internit dan dinasihatkan agar
mengeluarkannya daripada komputer.
Whilokii serupa dengan Lucky Leap, Lemur Leap dan ‘software’ lain yang mempunyai
kaitan dengan Super Web LLC.
Cara nak membuang WHILOKII :
Windows 7
user :
Click "Start" ("Windows Logo" in the bottom
left corner of your desktop), choose "Control Panel". Locate
"Programs and Features".
Windows 8 users:
Right-click in the screen’s bottom-left corner,
select setting, select Control Panel. In
the opened window choose program - "Uninstall a Program".
Di dalam “Uninstall a Program”, cari “
Whilokii” atau anda juga boleh cari “Lucky Leap” @ “Lemur Leap”. Selepas itu,
tekan "Uninstall" or "Remove".
Contoh :
Selepas membuang atau Uninstall Whilokii, scan
komputer dengan apa jua anti-virus. Selepas itu, dinasihatkan menggunakan
‘spyware’ untuk kesan yang lebih mendalam. Matikan dan hidupkan semula komputer
anda.
Sunday, 4 May 2014
Cara Untuk Memastikan Sayur-sayuran Kekal Segar Sepanjang Minggu
Assalamualaikum~
Biasanya sayur-sayuran yang kita beli dari kedai tidak akan tahan lama dan layu biarpun untuk satu hari. lagi-lagi, sayur atau bahan-bahan yang perlu digunakan, sedikit sahaja. pasti membazir kalau layu begitu sahaja seperti daun bawang, daun sup dan daun limau purut.
Kemudian, kakak saya mendapat satu teknik dengan memasukkan sayur-sayuran yang mahu digunakan untuk masa yang lama ke dalam pembeku.
Anda boleh memasukkan setiap sayuran ke dalam bag plastik yang berbeza, supaya bauannya tidak bercampur. Bagi daun sup pula, anda boleh potong halus-halus dan letakkan ke dalam bekas kiub ais. Jadi, daun sup dapat dibahagi dengan sama rata dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja. Mungkin sayur-sayurannya akan mengalami frost tetapi ia akan tetap segar.

Thursday, 24 April 2014
The Good Earth
The Good Earth
Assalamualaikum~
The Good Earth adalah sebuah
buku yang ditulis oleh Pearl S. Buck dan diterbitkan semula di Malaysia oleh
Media Pustaka Enterprise. Dicetak buat kali pertama di Malaysia ialah pada
tahun 1995. Buku ini merupakan salah satu buku kegemaran saya kerana
pengisiannya dan jalan cerita yang bagus.
Pearl S. Buck
dilahirkan di United States tetapi membesar di China, dia juga belajar bercakap
bahasa Cina sebelum mempelajari bahasa English. Kebanyakkan bukunya ditulis
berdasarkan negara China dan masyarakatnya.
Bagi kefahaman saya,
buku ini menceritakan tentang Wang Lung yang baru sahaja berkahwin dengan
seorang hamba dari Kediaman Hwang yang bernama O-Lan dan berusaha untuk hidup
dan mencari rezeki demi keluarganya. Wang Lung ialah seorang petani miskin yang
hanya mempunyai tanah sekangkang kera dan berazam untuk memiliki banyak tanah
dan harta supaya orang lain tidak gelakkannya lagi.
Selepas
megharungi pelbagai cabaran daripada peperangan dan revolusi, Wang Lung membeli
tanah daripada Kediaman Hwang dengan barang kemas yang ditemui oleh isterinya
dan membeli barang-barang pertanian dengan duitnya. Oleh kerana Kediaman Hwang
sudah tidak mampu lagi, Wang Lung telah membeli semua tanah milik Kediaman
Hwang. Wang Lung juga berusaha bersungguh-sungguh menjaga tanaman dan tanahnya.
Dengan itu,
dapatlah Wang Lung menghantar anak-anaknya ke sekolah. Tetapi, Wang Lung curang
kepada isterinya selepas merasakan dirinya sudah cukup kaya dan mula berlagak.
O-Lan meninggal dunia kerana kesakitan yang dialami akibat dicurangi suaminya.
Tidak lama
kemudian, Wang Lung berpindah ke Bandar dan menyewa Kediaman Hwang yang sudah
ditinggalkan. Kini, Wang Lung yang sudah tua dan kaya itu mahukan ketenteraman.
Tetapi, anak-anaknya sering bergaduh kerana selalu perbezaan pendapat dan anak
ketiganya pula lari untuk menjadi askar.
Suatu hari, Wang
Lung terdengar anak-anaknya berbual :
When Wang Lung heard the words
‘sell this field’, he could not keep quiet. ‘You evil, idle son!’ he cried.
‘You must not sell the land. If you start selling the land, it is the end of
our family. We come from the land.’ Then he began to cry.
The two sons held him, one on
either side. They …
Jika anda mahu
tahu tentang cerita ini dengan lebih lanjut, anda boleh dapatkan buku ini
dimana-mana kedai buku atau di Amazon.com. Sebenarnya ada banyak lagi buku
hasil penulisan Pearl S. Buck. Jadi selamat mencari~
Selain itu, buku
The Good Earth amat bagus dan juga mampu memberikan peringatan kepada kita yang
muda agar tidak menjual tanah peninggalan orang tua dengan sesuka hati kerana
mereka berusaha keras untuk mendapatkan tanah dan melalui pelbagai dugaan yang tidak
akan mampu kita bayangkan. Selain itu, janganlah kita jadi seperti ‘kacang
lupakan kulit’ dan bersikap alpa seperti Wang Lung.
Howl's Moving Castle
Assalamualaikum ~
Howl’s Moving Castle sebenarnya ialah sebuah novel fantasi yang dikarang oleh penulis British, Diana Wynne Jones dan diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1986 oleh Greenwillow Books of New York. Novel ini juga pernah menerima anugerah Phoenix (Phoenix Award). Pada tahun 2004, novel ini telah diadaptasi sebagai filem animasi daripada Jepun.

Sebelum ini, saya
mengenali cerita Howl’s Moving Castle melalui filem animasi daripada Jepun
sahaja yang dihasilkan oleh Studio Ghibli. Cerita ini disampaikan dengan
bergitu hebat dan mantap dan ini membuatkan saya mahu membaca novelnya sendiri.
Tetapi, agak sukar untuk menemui novel ini di Malaysia. Jadi, jika ada sesiapa
yang ingin menjual atau ingin memberi saya pinjam novel itu, tolonglah hubungi
saya melalui komen di bawah. Anda juga boleh
kongsikan link kepada saya. Tetapi, saya harap jangan ada penipuan!
Howl’s Moving
Castle atau dipanggil sebagai Hauru no Ugoku Shiro di Jepun, filem ini
diskripkan dan diarahkan oleh Hayou Miyazaki. Filem ini boleh dikatakan sebagai
filem yang paling berjaya didalam sejarah filem Jepun. Begitulah hebatnya
cerita Howl’s Moving Castle ini.
Cerita ini
sebenarnya ialah kisah seorang gadis muda yang bernama Sophie Hatter yang
tinggal di sebuah Bandar Market Chipping yang berada di dalam Kerajaan Magik
Ingary (the magical kingdom of Ingary)
tidak silap saya. Dia dikenakan sumpahan oleh ‘the witch from waste’ dan
menjadi seorang nenek tua. Sophie terpaksa mencari jalan untuk membatalkan
sumpahan itu. Pada masa yang sama, dia telah bertemu dengan Howl’s dan tinggal
di ‘moving castle’. Dia juga membuat perjanjian dengan Syaitan Calcifer.
Sebenarnya,
cerita di novel dan cerita di filem mempunyai banyak perbezaan. Mungkin anda
akan pening sedikit. Di dalam filem, dia akan menceritakan kisah Sophie dan
Howls sahaja dan tidak begitu melibatkan orang lain seperti di dalam novel yang
ditulis dengan begitu teliti. Jadi, semasa membaca, anda tidak digalakkan
membanding kisah di dalam filem dan di dalam novel. Mungkin hanya watak sahaja
yang lebih tepat.
Tidak kira apa
pun, saya sangat menyukai Howl’s Moving Castle kerana mempunyai inti pati dan
ideanya yang tersendiri. Sebuah istana yang bergerak? Such a good idea.
Sunday, 20 April 2014
Masakkan Orang Bermusafir
Resepi Ayam Panggang Cara Musafir
Bahan-bahan:
1 ekor ayam(jangan dipotong)
Pes prego tomato + bawang putih (pes tomato juga boleh)
Paprika (boleh juga gunakan serbuk cili)
Minyak zaiton mestilah separuh dengan pes prego yang
digunakan (minyak masak pun)
1 biji bawang besar (dipotong kasar)
2 inci halia (ditumbuk)
4 biji kentang (tidak perlu dipotong atau dibuang kulit,
asalkan dibasuh dengan bersih)
Penyediaan Tempat Memanggang :
-
Cacakkan kayu di atas tanah
dengan bahagian atas dan bawah tajam.
-
Sediakan satu tin besar
yang muat dengan seekor ayam. Tin biskut besar juga boleh.
-
Kayu yang secukupnya (arang
juga boleh)
-
Kertas aluminium
Cara-cara :
Selepas bersihkan ayam. Campurkan pes prego, minyak
zaiton dan paprika dan gaul hingga sebati. Masukkan bawang besar dan halia ke
dalam ayam tadi. Ingat! Jangan potong ayam. Lumurkan pes prego, minyak dan
paprika yang sudah dicampurkan tadi pada ayam. Anda boleh lumurkan sebanyak
mana yang anda mahu. Tetapi. Lagi banyak, lagi sedap. Selepas itu, balutkan
dengan kertas aluminium.
Selepas sediakan tempat memanggang. Letakkan kertas
aluminium di sekeliling kayu yang dicacak. Tindihkannya menggunakan kentang
yang sudah dibersihkan dengan sebersih-bersihnya. Barulah cacakkan ayam pada
kayu yang di pacak tadi.
Tutup dengan tin yang besar dan ditindih dengan batu
besar. Letakkan kayu di sekeliling tin tadi dan bakar selama 2 jam. Pastikan
api sentiasa hidup. Selepas 2 jam, bangkit dengan berhati-hati dan hidang.
Saya dapat cara ini melalui rancangan television Spice
Routes di TV3.
Thursday, 3 April 2014
Penyakit-penyakit disebabkan lalat
Assalamualaikum ~
Dulu saya ada buat folio tentang lalat. Jadi, saya ada 'search' tentang lalat di alam page dan blog-blog lain. Jadi, saya sangat berterima kasih kepada mereka dengan maklumat yang diberikan. :}
Lalat rumah tersebar di
setiap penjuru dunia, beberapa penyakit yang menular melalui makanan oleh lalat
ini ialah disentri, kholera, typhoid, dan diare. Penyakit tersebut disebabkan
oleh kulit tubuh dan kaki-kakinya yang kotor tertempelnya mikro organisma
penyakit.
Lalat rumah, lalat hijau,
lalat biru dapat membawa kuman dari sampah atau kotoran daripada makanan
menimbulkan penyakit bawaan makanan. Lalat membawa bakteria pada tubuh dan
kaki-kakinya. Sewaktu lalat menikmati makanan ia akan mencemari makanan melalui
cairan yang dikeluarkan oleh makanan yang dicerna dan masuk kembali ke dalam
permukaan makanan. Apabila lalat terlampau banyak, maka lalat dapat membuang
kotoran di atas makanan, sehingga makanan menjadi tercemar oleh telur atau
larva lalat dan manjadikan makanan menjadi jijik untuk dilihat.
Lalat selalunya mati
dengan insektisida yang serupa dengan tepung atau semburan yang dapat
memusnahkan telur, lalat dewasa dan larvanya. Jika penggunaan insektisida
semburan yang berizin akan menimbulkan sisa atau iresisu. Pengguna harus
berhati-hati kerana semburan ini turut mencemarkan makanan kerana bahan kimia
(pestisida) selain mencemari makanan, ia juga akan mencemari peralatan atau
terhidu secara tidak langsung jika tidak berhati-hati. Ketika semburan, peralatan atau barang dan makanan perlu
dijauhkan dan diletakkan di tempat yang tertutup.
Salah satu penyakit yang
dibawa oleh lalat ialah DESENTRI. Disentri adalah peradangan usus besar
yang ditandai dengan sakit perut dan buang air besar. Pesakit akan membuang air
besar sehingga berulang-ulang boleh menyebabkan pe\nderita kehilangan banyak
cairan dan darah. Penyebab disentri adalah infeksi parasit ENTAMOEBA
HISTOLYTICA yang menyebabkan disentri amuba dan infeksi bakteria golongan SHIGELLA
yang menjadi penyebab DISENTRI BASILER. Pesakit perlu segera
mendapatkan rawatan jika tidak ia dapat mengancam nyawa.
Penyakit yang kedua ialah
penyakit DIARE. Penyakit diare ialah sebuah penyakit di mana pesakit
mengalami rangsangan membuang air besar yang terus menerus dan tinja atau feses
yang masih memiliki kandungan air yang berlebihan. Di dunia ke-3, diare adalah
penyebab utama kematian balita, dan juga membunuh lebih dari 1.5 juta orang per
tahun. Keadaan ini merupakan gejala dari luka, alergi (fruktose, laktose),
makanan yang masam, pedas atau bersantan secara berlebihan. Kebanyakkan diare
disebabkan oleh infeksi virus tetapi juga dikaitkan dengan racun bakteria.
Dalam keadaan hidup yang bersih dengan makanan yang mencukupi dan air yang
tersedia, pesakit yang sihat biasanya sembuh dari infeksi virus dalam beberapa
hari dan yang paling lama ialah satu minggu. Tetapi, untuk pesakit yang kuranag
gizi, diare dapat menyebabkan dehidrasi yang mengancam nyawa.
Demam TYPHOID pula
adalah penyakit akut iaitu infeksi sistemik yang menyerang saluran pencernaan.
Sebelum abad ke-19 penyakit ini dianggap sama dengan thipus. Demam thipus
merupakan salah satu bahagian trypoid. SALMONELLA THYPI dan PARATYPHI
hanya menyerang manusia. Organisme ini menyerang melalui makanan atau air
yang terdedah pada kotoran manusia yang terinfeksi.
Penyakit CHOLERA
merupakan satu infeksi usus kecil bakteria VIBRO CHOLERAE. Bakteria
kolera menghasilkan racun yang menyebabkan usus halus melepaskan sejumlah besar
cairan yang banyak mengandungi garam dan mineral kerana bakteria sensitif
terhadap asam.
Monday, 31 March 2014
Resepi Telur Gulung Ala Korea daripada saya
Assalamualaikum ~
Oleh kerana saya agak minat dengan rancangan television Running Man. Saya juga turut tertarik dengan makanan korea. Antaranya ialah Telur Gulung...hehe
Bahan-bahannya :
4 biji telur
secubit garam
sedikit daun saderi dicincang halus
bawang putih dan merah dicincang halus
lobak dicincang halus
daun bawang dicincang halus
daun sup dicincang halus
cara-caranya :
Pukul telur dan campurkan semua bahan di atas sehingga naik. panaskan minyak di atas kuali leper dengan apa yang kuat. Apabila minyak sudah cukup panas. Kecilkan api. Jangan tidak!!!. Kemudian, masukkan kesemua telur tadi. Pastikan membentuk dengan cantik dengan ketebalan yang sama. Kuatkan api kembali sehingga bawah telur masak. Tidak apa jika atasnya belum masak sebab kita hanya mahu bawah telur menjadi tebal. Tetapi jangan HANGUS!. Kecilkan api dan mula menggulung sedikit demi sedikit. Biarkan telur di atas mengalir keluar kerana ia bertindak sebagai gam yang akan melekatkan antara satu sama lain. Selepas siap menggulung, biarkan keadaan api yang sama. Biarkan telur berada dalam keadaan yang lebih lama supaya telur di bahagian dalam masak. Angkat ke pinggan dan potong dengan berhati-hati. Kemudian, hidang ~~ Selamat Mencuba.

Sunday, 30 March 2014
Shortcut Pendrive Problem/Hidden Problem
Assalamualaikum ~ (Already being UPDATE at 21/9/2015)
Adakah anda mengalami masalah pendrive
shortcut atau mengalami masalah penyusutan ruang simpan pendrive/hidden folder? Jika benar, disini saya ada meletakkan
beberapa penyelesaian untuk masalah anda sebab dulu pun saya selalu menghadapi
masalah ini.
Cara-cara nak ketahui jika pendrive
mengalami masalah tersebut ;
1.
Masukkan
pendrive dan tekan my computer.
2.
Klik
kanan pada pendrive dan pilih properties.
-
Jika
kelihatan ruangan simpanan sebanyak 1 GB digunakan tetapi apabila anda buka dan
hanya terdapat satu folder kosong dengan symbol shortcut bermakna anda
mengalami masalah tersebut.
Permasalahan ini adalah disebabkan masalah
virus yang menghilangkan (hidden) kesemua folder tersebut. System Volume
Imformation (SVI) juga merupakan masalah yang hampir sama tetapi ditahap yang
berbeza. Salah satu perbezaan Shortcut Pendrive
dan SVI ialah apabila anda buka pendrive, terdapat satu folder yang
tertulis System Volume Information. Apabila buka folder tersebut, tiada
sebarang data berada di dalamnya. (Penyelesaian untuk SVI ada saya nyatakan di
http://samsaloha.blogspot.my/2014/08/system-volume-information-solution.html : )
Cara-cara untuk menyelesaikan masalah ini pendrive shortcut ada 3 ;
1.
Menggunakan
command prompt
-
Buka
command prompt (anda boleh cari di search dan type command prompt atau cmd)
-
Taip
arahan attrib –h –r –s /s /d (letter of pendrive):\*.*
-
Pastikan
letter of pendrive betul dan tekan Enter
-
Kemudian,
buka my computer dan buka semula pendrive. Folder atau fail-fail data yang
hilang telah dipaparkan semula. Selesai.
2. ATAU anda boleg gunakan Software
Anti-virus SMADAV.
- Boleh dapatkan di link : http://smadav.en.lo4d.com/
- Selesai.
3. Anda juga boleh gunakan software khas tempatan atau bukan tempatan (dibawah saya sertakan 3 link software yang boleh digunakan).
- http://shortcut-virus-remover.software.informer.com/3.1/
- http://sarawak.uitm.edu.my/infotech/index.php?option=com_content&view=article&id=126:virus-shortcut-remover-tool-v31-uitm&Itemid=70
- http://usbshortcutrecover.software.informer.com/download/

No Data Receive Problem
Assalamualaikum ~
No Data Receive adalah perkara yang paling menyedihkan pada pengguna internit. Biasanya berlaku di Google Chrome sahaja. Tetapi, ianya juga berupaya berlaku di browser lain.
Dulu, saya pernah mengalami masalah itu. Saya tidak faham kenapa bila saya buka laman web tertentu atau laman web yang saya selalu masuk pasti akan keluar no data receive.
Jadi, saya cuba uninstall browser yang terkena no data receive, kemudian saya gunakan CCleaner dan membersihkan PC saya. Jangan format pula!!. Gunakan antivirus anda dan scan sepenuhnya. Sentiasa Refresh page yang anda menerima no data receive sehingga dapat laman webnya dengan sempurna.
Setakat itu sahaja yang saya boleh berikan kerana melalui cara itu, saya dapat pulihkan semula page atau browser saya~

Thursday, 27 March 2014
Resepi Sosej Roll Cheese
Bahan-bahan :
5 keping roti
5 sosej
5 keping keju sandwich
sebiji telur
serbuk roti
Cara-caranya :
Mula-mula, leperkan roti dengan penggiling doh. Selepas itu, letakkan keju dan sosej. Sosejnya tidak perlu dipotong dan biarkannya panjang. Gulungkan dengan kuat dan cermat. Salutkan roti yang sudah di gulung itu ke dalam telur yang sudah dipukul dan salutkan pula dengan serbuk roti. Kemudian, goreng hingga kuning kekuningan. Hidang~

Subscribe to:
Posts (Atom)