Showing posts with label Manga/Manhwa. Show all posts
Showing posts with label Manga/Manhwa. Show all posts

Sunday, 10 April 2016

Konoha Hiden : The Perfect Day for a Wedding Celebration ( 木ノ葉秘伝 祝言日和)

Konoha Hiden : The Perfect Day for a Wedding Celebration (Shugenbiyori)

Konoha Hiden ialah salah satu daripada buku novel NARUTO. Buku ini menceritakan tentang beberapa sebelum hari perkahwinan Naruto. Rakan-rakanya dan semua yang dijemput telah diberi satu misi khas di mana Naruto dan Hinata tidak boleh mengetahuinya.

Apakah misi tersebut? Marilah baca novel Konoha Hiden dan jangan lupa menyokong karya asal~ .. Saya berharap ada keluaran dalam novel versi Inggeris. I want to buy it!!

( 木ノ葉秘伝 祝言日和)

Boleh baca di sini 


Thursday, 17 March 2016

Sakura Hiden: Thoughts of Love and Longing, Riding Upon a Spring Breeze (サクラ秘伝:「思恋、 春風にのせて」)

Assalamualaikum~

Sejak saya tahu bahawa Naruto ada Light Novel selepas episod 700 iaitu episod terakhir. Saya cuba mencari novel tersebut dalam bahasa Inggeris atau Melayu. Memang agak sukar untuk menemui buku ini, jika ada pun ada di kedai atas talian seperti di Amazon dan web negara jepun.

Akhirnya, hasil info daripada sebuah page di facebook, saya sudah menemui buku light novel ini di dalam sebuah laman web. Ianya bukan dalam bentuk buku atau format pdf. Tetapi, sekurang-kurang dapatlah membaca secara online.

Salah satunya ialah Sakura Hiden dan saya sememangnya peminat Sasusaku!! walaubagaimana pun, Sasuke Shinden dan beberapa buku yang lain masih belum saip diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Saya juga amat berterima kasih kepada mereka yang menterjemahkan buku ini.


サクラ秘伝:「思恋、 春風にのせて」



Anda boleh membaca cerita ini di sini  ... Have a nice day <3

Sunday, 4 October 2015

NARUTO GAIDEN (Hokage ke-7 Musim Bunga Merah Jambu)

Buku komik ini merupakan sambungan tambahan kepada episod 700. Seperti yang diketahui oleh peminat Naruto, episod ke-700 merupakan episod terakhir bagi cerita Naruto.


Saya tengok cerita Naruto sejak kecil lagi sehingga dewasa dan sanggup membeli majalah atau komiknya. Pada asalnya saya sangat tidak berpuas hati dengan episod akhir Naruto tetapi dengan adanya Naruto Gaiden, sedikit sebanyak dapat memuaskan hati saya.


Pelukis : Masashi Kishimoto
Penerbit : Info Akses Trading

Sinopsis:
Kisah ini lebih kepada penceritaan tentang anak Sasuke iaitu Sarada yang meragui identitinya sebagai anak kepada Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura. Selain itu, ia juga merupakan kisah istimewa di zaman kepimpinan Naruto sebagai Hokage dan tentang Sasuke menjalankan misi rahsia. Sasuke yang selama ini tidak gemar menunjukkan riak sebenarnya, tetapi dia menunjukkannya dari sudut yang lain dan bagaimana dia mempercayai anaknya dan isteri tersayangnya.

P/S: Terdapat kisah ekstra di mana wajah sebenar Hatake Kakashi akan didedahkan.

Thursday, 24 April 2014

Howl's Moving Castle

Assalamualaikum ~

Howl’s Moving Castle sebenarnya ialah sebuah novel fantasi yang dikarang oleh penulis British, Diana Wynne Jones dan diterbitkan buat kali pertama pada tahun 1986 oleh Greenwillow Books of New York. Novel ini juga pernah menerima anugerah Phoenix (Phoenix Award). Pada tahun 2004, novel ini telah diadaptasi sebagai filem animasi daripada Jepun.

Sebelum ini, saya mengenali cerita Howl’s Moving Castle melalui filem animasi daripada Jepun sahaja yang dihasilkan oleh Studio Ghibli. Cerita ini disampaikan dengan bergitu hebat dan mantap dan ini membuatkan saya mahu membaca novelnya sendiri. Tetapi, agak sukar untuk menemui novel ini di Malaysia. Jadi, jika ada sesiapa yang ingin menjual atau ingin memberi saya pinjam novel itu, tolonglah hubungi saya melalui komen di bawah. Anda juga boleh  kongsikan link kepada saya. Tetapi, saya harap jangan ada penipuan!

Howl’s Moving Castle atau dipanggil sebagai Hauru no Ugoku Shiro di Jepun, filem ini diskripkan dan diarahkan oleh Hayou Miyazaki. Filem ini boleh dikatakan sebagai filem yang paling berjaya didalam sejarah filem Jepun. Begitulah hebatnya cerita Howl’s Moving Castle ini.

Cerita ini sebenarnya ialah kisah seorang gadis muda yang bernama Sophie Hatter yang tinggal di sebuah Bandar Market Chipping yang berada di dalam Kerajaan Magik Ingary (the magical kingdom of Ingary)  tidak silap saya. Dia dikenakan sumpahan oleh ‘the witch from waste’ dan menjadi seorang nenek tua. Sophie terpaksa mencari jalan untuk membatalkan sumpahan itu. Pada masa yang sama, dia telah bertemu dengan Howl’s dan tinggal di ‘moving castle’. Dia juga membuat perjanjian dengan Syaitan Calcifer.
Sebenarnya, cerita di novel dan cerita di filem mempunyai banyak perbezaan. Mungkin anda akan pening sedikit. Di dalam filem, dia akan menceritakan kisah Sophie dan Howls sahaja dan tidak begitu melibatkan orang lain seperti di dalam novel yang ditulis dengan begitu teliti. Jadi, semasa membaca, anda tidak digalakkan membanding kisah di dalam filem dan di dalam novel. Mungkin hanya watak sahaja yang lebih tepat.

Tidak kira apa pun, saya sangat menyukai Howl’s Moving Castle kerana mempunyai inti pati dan ideanya yang tersendiri. Sebuah istana yang bergerak? Such a good idea. 

Saturday, 22 February 2014

Hana To Akuma

Assalamualaikum~

Hana to Akuma sebenarnya ialah sebuah komik bersiri daripada Jepun yang ditulis oleh Hisamu Oto. Saya sangat suka membaca manga walaupun sudah meningkat dewasa. Semuanya gara-gara Dragon Ball dan Naruto.



Hana to Akuma ialah sebuah cerita yang menarik dan saya sangat teruja semasa membacanya. Kisahnya ialah Vivi seorang syaitan terjumpa seorang bayi perempuan di hadapan rumahnya. Ketika itu tiada sesiapa sangka bahawa mereka berdua ditakdirkan bersama.

Vivi telah menjaga Hana dengan baik walaupun kadang-kadang Vivi tidak faham pemikiran Hana, tetapi yang pasti hanya Vivi paling faham Hana.

Sudah 14 tahun berlalu, Vivi dan Hana semakin rapat. Vivi sangat sayangkan Hana sehingga dia tidak mahu berjauhan dengan Hana dan begitu juga dengan Hana. Mereka terlalu rapat sehingga sanggup berkorban. Cinta ialah perkara pertama walaupun untuk seorang Syaitan.Hari-hari Hana akan memberikan sekuntum bunga kepada Vivi walaupun Hana tahu bunga itu akan mati dan mereput apabila syaitan memegangnya.

Keramahan Hana membawa keceriaan di rumah Vivi. Raja syaitan pun jatuh di tangan Hana. Tetapi, Vivi sedar yang Hana ialah manusia yang hanya mampu hidup dalam beberapa dekad sahaja sedangkan dia boleh hidup selama mana yang dia mahu.

Vivi membuat keputusan akan melindungi Hana dengan sedaya upayanya. Tidak lama kemudian, Hana sedar cintanya pada Vivi. Selepas 4 tahun, Vivi dan Hana berkahwin. Semua orang gembira untuk Hana dan Vivi.

Vivi ialah seorang syaitan yang kejam dan sadis. Dia tidak pernah pedulikan orang lain dan tidak kisah apa yang berlaku di sekitarnya. Tetapi, apabila ianya tentang Hana. Vivi tidak pernah tidak peduli.

Keadaan itu membuatkan syaitan yang lain berfikir bahawa Hana merupakan cahaya Vivi dan Hana juga merupakan kenangan indah buat mereka.

Selepas sekian lama, Vivi dan Hana dikurniakan 2 orang anak. Mereka hidup bahagia, Hana pula semakin di mamah usia tetapi Vivi tidak pernah membiarkan Hana keseorangan. Tidak kira betapa tuanya Hana ketika itu. Hana tetap gadis yang dia jaga dari bayi sehingga menjadi isterinya dan memberikannya 2 cahaya mata. Kemudian, Hana mati.

Walaupun sudah 73 tahun berlalu, setiap syaitan yang mempunyai memori tentang Hana tidak pernah lupakan Hana. Vivi sentiasa melawat Hana begitu juga dengan anak-anak Hana.

Bagi mereka semua Hana ialah perempuan manusia yang hebat yang mampu hidup di kalangan syaitan dan membuatkan semua syaitan merasai kehangatan kasih sayang. Vivi dan Hana selamanya.

Anda boleh melihat cerita ini di : http://www.mangahere.com/manga/hana_to_akuma/