Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Tuesday, 17 May 2022

Buku Trilogi Takdir Hilal Asyraf (Buku yang membuatkan saya percaya bahawa karya Melayu masih tajam pedangnya)

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya akan berkongsi tentang buku lagi. Sebelum itu, jangan lupa untuk luangkan masa pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada bulan Jun nanti. 


Penulis Hilal Asyraf juga mempunyai booth nanti, beliau ada kongsikan lokasi booth di Facebooknya Hilal Asyraf (official). Beliau juga rajin memuat naik posting untuk tatapan umum.



Beliau juga berpesan, boleh sahaja bawa buku penulisannya jika mahu tandatangan nanti. Best bukan? tapi sebelum pergi doa-doa berjumpa dengan beliau kerana beliau tidak akan berada di situ sepanjang masa.

Sumber Gambar: Google

Baiklah, berbalik pada buku Trilogi Takdir. Macam biasa, meh saya ceritakan macam mana saya terjumpa buku ini. Buku Takdir, cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya (Hilal Asyraf).

Tidak silap saya, saya jumpa buku yang pertama yang bertajuk TAKDIR: Cahaya yang tidak terpadam di perpustakaan.  Buku ini membawa saya ke next level of imagination untuk karya Melayu. Ideanya fresh dan gaya penyampaiannya membuat kita semakin rancak mahu membacanya. 

Penulis juga berjaya mempersembahkan seni tarung dan memudahkan pembaca membayangkan pertarungan dan peperangan yang sedang berlaku. Tidak kurang juga mengandungi unsur-unsur agama yang pasti tidak membosankan atau meruntuhkan aliran cerita. Kadang kala, ada novel yang cuba membawa unsur sebegini, tetapi gagal menyampaikan dan menaikkan semangat pembaca.



"Baru hari ini aku melihat kau menempa senjata dengan tangan kosong."

    Angkasa memegang tangan Ezakiel. Telapak tangan remaja itu agak kehitam-hitaman akibat bekas keluli yang ditempanya.

"Tuk Fathan kata, aku persis manusia yang hidup pada zaman lampau, Daud."

    Angkasa Terdiam. Daud?

    Dia pernah mendengar nama itu, Dlama al-Quran yang dihafalnya.

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan Daud limpah kurnia daripada Kami. Hai gunung-ganang, ulangilah bertasbih bersama Daud, dan wahai burung-burung (bertasbihlah juga dengan dia), dan Kami juga telah melembutkan besi untuknya." (Saba' 34:10).

    Angkasa mengukir senyum. "Kau antara keajaiban dan tanda kebesaran Allah!."



Jika ada pelukis yang mampu melukis dan membawa kisah ini. Mesti menarik! Jenis lukisan pula lebih menarik jika ianya gaya Manhwa genre action seperti Eleceed, Solo Leveling, Study Group, The Beginning After the End dan lain-lain. 

Hahahaha teruk betul demand. 

Selepas habis buku pertama ini, saya terus melakukan pencarian dan terus membeli 3 set ini. Saya membelinya pada tahun 2015. Tidak silap, saya membelinya di website www.langitilahi.com. Namun begitu, kemungkinan besar website ini telah dipadamkan atau dialihkan dengan nama yang baru. Jangan risau, anda boleh membelinya melalui Shopee Hilal Asyraf. Boleh terus direct ke buku Takdir https://shope.ee/3ASjhdr15U

Sumber Gambar: Google

Anda mungkin akan dapat kulit buku yang baru dan juga mendapat pelbagai merchandise daripada pihak Hilal Asuraf Resources. Harganya murah sahaja dan mampu milik.

Saya juga baru tahu yang kulit buku dah tukar yang baru, rasa nak beli lagi untuk koleksi hehehe.

Baiklah, saya akan berikan sedikit sinopsis buku TRILOGI Takdir

Takdir 1: Cahaya yang Tidak Terpadam
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah pada. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota 'Hijau' Chinmayi juga begitu.

Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo di tangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya.

Namun, bukan bagi kerajaan Tanah Haram dan Kota 'Hiau' Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya.

Lantas, seorang pemuda dihantar Bapa memulkan kembara. Memerangi kegelapan bawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia.

Takdir 2: Percaya yang Tidak Sirna
Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari, menyah kegelapan yang Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar, dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Mahkluk Genetik dan Kaum Gergasi.

    Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan, lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan bernainya, serangan ke Ethan dilancarkan.

    Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi!

Lantas, badai yang tidak pernah disangka selema ini, akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Takdir 3: Janji-Nya yang Tidak Termungkir
Suasana aman yang didamba, sudah dijangka tidak bertahan lama. Namun, belum sempat pasukan tentera Agama Langit menjalankan rancangan meraka, Sang Asura terlebih dahulu memulakan serangan! Para kiai menjadi bidak pertaruhan dalam percaturannya. Tentera Agama Langit diasak hebat. Mampukah mereka bertahan? Mampukah misi rahsia Angkasa Sakti dan Aizan Fahmi menyelamatkan keadaan?

You know what, korang akan ada fefeeling avengers nanti hahahha

Friday, 13 May 2022

Buku Tora Datang Lagi oleh Amirul Bozu (Kitab pengetahuan kanak-kanak 90an)

 Assalamualaikum dan selamat sejahetera semua peminat buku <3

Buku Tora Datang Lagi bukanlah buku cerita, tetapi lebih kepada koleksi mainan atau jajan dan pelbagai lagi benda yang anak-anak 90an suka. Bagi yang ingin ketahui apa yang anak-anak 90an main, lagi-lagi pada era tiada Internet di merata tempat, boleh beli buku ini.

Saya beli semasa zaman belajar di UPM di Borders IOI City Mall. Murah sahaja, harganya hanya RM25.00. Sekarnag dah ada Shopee, mudah sahajakan? Tak yah susah-susah, click je link yang sis dah sediakan https://shope.ee/5zmom1RR3Y

Penulis mengingatkan bahawa segala frasa, contoh, gelaran, rukun, penerangan dan definisi di dalam buku ini mungkin sedikit berbeza mengikut lokasi, jalur masa, iman, pembesaran, fahaman dan didikan ibu bapa masing-masing. Tiada sebarang kajian khusus atau DeLorean yang digunakan dalam usahan menyiapakan buku ini. Segala yang tertulis di dalam buku ini adalah kisah benar berdasarkan saki-baki ingatan penulis sendiri. 

Antara mainan atau jajan dll yang ditulis di dalam buku ini adalah;

  1. Ais Kepal
  2. Biskut Kapal Terbang
  3. Kek Lapis Apollo
  4. Kad Nama
  5. Majalah Gila-gila
  6. Majalah Ujang
  7. Senario
  8. Telefon Awam
  9. Mutiara Naga
  10. Dr. Slump
  11. Komik Hong Kong
  12. Teropong Mekah
  13. Kad Tepuk
  14. Gundu
  15. Caplung
  16. Pistol Mercun
  17.  Adiwira Bertopeng
  18. Mengumpul Setem
  19. Lukisan Nyanyian
  20. Permainan Pepsi Cola
  21. Bertukar Biodata
  22. Ubat Demam Cortal
  23. Galah Panjang
  24. Hot Wheels
  25. Alif Lam Lam Ha
Haaa kalau nak tahu lagi, boleh baca buku Tora Datang Lagi. Ada banyakkkkk lagi yang disenaraikan di dalam buku tersebut.


Wednesday, 2 August 2017

Diagnosis 3: Mortuari

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera.

Diognosis 3: Mortuari adalah buku yang ditulis oleh beberapa penulis. Pada asalnya saya ingin menemuramah Dr. Fahd Razy bagi menyiapkan 'assignment' yang diberikan oleh pensyarah saya. Oleh itu saya membeli buku ini untuk mendapatkan tandatangannya. Bukan senang nak jumpa penulis buku. hehehe. Jadi saya telah memilih buku ini daripada banyak-banyak buku dan kebetulan tempat kami ingin bertemu sedang melangsungkan Pesta Buku.

Bagi pendapat saya, buku ini sangat menarik dan pertama kali saya membaca buku seperti ini dan mungkin saya baru cuba membaca buku seperti ini. Mengapa menarik? kerana buku ini menceritakan kisah yang berlaku di dalam hospital dan bagaimana mereka melawan rasa penyesalan jika mereka gagal menyelamatkan sesuatu nyawa. Setiap ubatan dan tindakan pasti ada sebabnya dan bukan secara sesuka hati. Suasana di hospital yang sebenar-benarnya bukanlah setenang seperti yang dilihat di dalam drama tv. Malah, lebih daripada itu. Ingatlah bahawa Doktor juga adalah seorang manusia yang punya nyawa dan perasaan.

sumber: Google


TAJUK: Diagnosis 3: Mortuari
PENERBIT: Dubook Press Sdn. Bhd. 
CETAKAN: Cetakan Ketiga April 2016
SINOPSIS:

Bukan senang untuk menjadi seorang Doktor. Bersedialah mental dan fizikal. Doktor bukan setakat belajari ilmu kedoktoran semata-mata. Doktor harus wajib berani berdepan dengan malaikat Izrail yang akan menyapa depan-depan.

Ada satu jenis pesakit yang MANJA-litis. Ya, itu doktor perlu tahu. Waktu bila pesakit itu main-main, mengada-ngada ataupun betul-betul sakit. Memang ada yang begitu.

Setiap aduan daripada pesakit perlu dinilai secara profesional dan berpandu pada bukti penyiasatan klinikal, makmal dan sebagainya sebelumk terus membuat penghukuman bahawa pesakit tersebut mengada-ngada. Sekali tersilap langkah, menyesal tidak sudah.

Namun, yang berusaha itu DOKTOR, yang menentukan adalah DIA.


Tuesday, 17 January 2017

Review buku Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan buku fiksyen Indonesia pertama yang saya baca. Pada awalnya saya ingat buku ini berkisarkan sesuatu yang serius dan tidak menarik. Rupa-rupanya buku ini menceritakan tentang kisah cinta antara dua jiwa dan dua darjat. Kisah cinta yang mendalam dan ikhlas. Ianya agak berbeza dengan novel cinta yang lain kerana gaya penyampaiannya yang berbeza dan dari sudut yang berbeza. Jika sebelum ini kebanyakkan novel dilihat dan disampaikan melalui watak perempuan. Kali ini wataknya ialah seorang lelaki. Pandangan dan pemikiran seorang lelaki.

Dia mencintai seorang wanita dengan ikhlasnya. Kita juga dapat tahu hati, fikiran dan perasaan seorang lelaki apabila dia sudah jatuh cinta. Selain itu, buku ini juga sempat menyentuh soal masyarakatnya yang terlalu mementingkan harta dan keturunan. Halus penulisannya dan dalam maknanya. Sayangnya, apabila cinta melebihi iman, nyawa menjadi taruhan.

p/s: Buku ini juga mempunyai filem dan saya juga berasa kagum dengan cara filem ini disampaikan kerana imaginasi yang saya berikan terhadap kekayaan Zainudin tidaklah sampai ke tahap yang filem ini gambarkan.

Nak tahu mana nak cari? Boleh cari di Shopee sini . Waktu beli buku ini, saya beli di Big Bad Wolf.



Sumber : Google


 “Demikianlah perempuan, dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya, walaupun kecil, dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain walaupun bagaimana besarnya.”

Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar.
 
Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima.
 
Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati. Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta.
 
Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Sunday, 7 August 2016

Saudagar Besar dari Kuala Lumpur (Keris Mas)

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera

Buku hasil karya Keris Mas sememangnya menarik dan saya rasa tak rugi membacanya. Apa yang dihuraikan adalah tepat kerana Keris Mas berjaya menghasilkan sebuah novel yang bertetapan dengan misinya atau sasarannya. Gaya penceritaannya sangat bagus dan walaupun banyak persoalan yang timbul tetapi tidak mengelirukan pembaca. Isinya dipahami walaupun kompleks dan novel ini tidak membenarkan kita peluang untuk menyebelahi apa-apa watak seperti yang kita selalu lakukan. Ianya ditulis untuk memastikan pembaca mendapat pengajarannya dan berfikir dengan lebih teliti. Mana yang perlu mana yang tidak. Macamana nak hadapi dengan bijak sesuatu yang semuanya perlu. Anda akan lebih memahaminya melalui novel ini. 

Sebuah novel yang bagus dan sesuai untuk semua golongan lebih-lebih lagi mereka yang digelar saudagar atau usahawan.

Terdapat ayat yang menarik perhatian :

Bab 50
Perenggan Pertama
Baris ke 4

“... pembangunan ekonomi ini bukannya banjir besar yang boleh melanda apa saja. Agama, moral dan kebajikan masyarakat orang Melayu tidak patut dan tidak boleh dilanda sama.”


(sumber: google/ COVER sebenar buku yang admin baca adalah berbeza - akan diubah)

TAJUK : Saudagar Besar dari Kuala Lumpur
PENERBIT :Dewan Bahasa dan Pustaka & Rhythm Consolidated Berhad
CETAKAN : Edisi Kedua Cetakan Pertama 2003
SINOPSIS :

“Jangan terkejut kalau surat itu menyentuh hanya soal penubuhan Syarikat Lombong Lembah Tualang. Jangan pula terkejut bagaimana aku tahu penubuhan syarikat tersebut. Sekali-kali jangan terkejut bahawa aku akan pulang tak lama lagi dan akan menentang ayah.”

Tuesday, 21 June 2016

Me Before You (JOJO MOYES)

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera..

Saya gemar beli buku di bookalicious melalui Instagram. Bila saya tengah tengok buku-buku di Insta, saya terlihat buku Me Before You. Ketika itu, saya tidak rasa hendak membeli. Jadi, saya tidak ambil perhatian pada buku itu.

Selepas itu, terbayang-bayang buku ini kat kepala. Pergi tengok lagi kat Insta. Perasaannya lain macam seperti buku ini diminta untuk dibeli. Hahahahha... tidak pernah rasa perasaan macam itu sebelum ini. 3 minggu sudah berlalu dan akhirnya beli jugalah buku Me Before You (Jojo Moyes).

Buku ini telah terjual lebih daripada 5 juta salinan di seluruh dunia dan juga merupakan Best Seller di Malaysia. Ini merupakan fenomena international.

Movie Me Before You juga bakal ditayangkan di Malaysia pada tahun 2016. Tidak sabar rasanya. Anda juga boleh tengok Trailer di You Tube. >>> https://youtu.be/Eh993__rOxA

Sekarang sudah mudah, dan anda juga boleh membelinya di Shopee : https://shope.ee/AUFLFXu0v2

 
(Sumber : Google)


TAJUK : Me Before You
PENULIS : Jojo Moyes
PENERBIT : Penguin Group
SINOPSIS :

Lou Clark knows lots of things. She knows how many footsteps there are between the bus stop and home. She knows she likes working in The Buttered Bun tea shop and she knows she might not love her boyfriend Patrick.

What Lou doesn't know is she's about to lose her job or that knowing what's coming is what keeps her sane.

Will Traynor knows his motorcycle accident took away his desire to live. He knows everything feels very small and rather joyless now, and he knows exactly how he's going to put stop to that.

What Will doesn't know is that Lou is about to burst into his world in a riot of colour. And neither of them knows they are going to change the other for all time.



***But, cara Will Traynor untuk menamatkan penderitaannya amat tidak sesuai untuk orang Islam. Cerita ini adalah mengisahkan.

Sunday, 19 June 2016

13 Treasures (Michelle Harrison)

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera.

13 Treasures adalah buku tentang pari-pari. Jika sebelum ini kita bayangkan pari-pari itu mestilah cantik, baik, murni dan memahami. Di dalam 13 Treasures adalah lebih dari itu. Waktu saya baca seolah-olah saya baca buku hantu dan seram. Pada waktu yang sama, ianya buku yang menarik. Penuh dengan misteri dan tanda soal.

(Sumber: Google)

TAJUK : 13 Treasures
PENERBIT : Scholastic 
CETAKAN : Pertama 2011
SINOPSIS :

Tanya is no ordinary girl .... She can see fairies. But not the fairies we imagine. Evil fairies who cast spells on her, rousing her from her sleep and propelling her out of bed. At wit’s end with her daughter’s unusual behavior, Tanya’s mother sends her to Elvesden Manor, her grandmother’s secluded countyside estate. Fifty years ago a girl vanished in the wood surrounding the mansion, and as Tanya learns more about the mystery, she find herself dangerously close to vanishing into the fairy realm forever.

SEBAGAI TAMBAHAN <3


In a wood of secrets whispered only by the trees,
The tale nof a missing girl began one midsummer’s eve.

Her eys were the color of midnight; her skin was pale as the moon,
Her hair was black as a Raven’s wing; her name was Morwena Bloom.

Though warned, she played a dangerous game and walked the woods alone,
So came the eve she disappeared, never to come home.

The forest held few answer, for all taht was found there,
Was a single braided lock of Morwenna’s long, black hair.

Ten years and four was she the day she vanished with no trace,
As weeks stretched into months, the townfolk soon forget her face.

Some said the girl had perished, having fallen to her doom,
Like others who had died below in the winding, murky gloom.

Some said that she run away to seek a better life,
Some thought she had been killed by he who sought her as his wife.

As truth got lost in legend, it was clear for all to see,
Morwena the Reverend’s daughter was a fading memory.

Now most do not remember – thought those who have the sight,
Avoid the path the doomed girl walked that warm midsummer night.

For in the woods where foxgloves sway and shadows softly loom,

It’s said Morwenna roams still, dansing to the fairies tune.

Review Buku Salina (A. SAMAD SAID)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,...

Sudah lama rasanya saya tak post tentang buku. Jadi, hari ini saya akan post banyak-banyak... *Banyak la sangat..hehe

Okey,

SALINA... siapalah yang tidak kenal buku SALINA. Sebuah buku yang ditulis oleh A. Samad Said dan masih diterbitkan hingga kini. 

Dulu, saya bukan jenis yang baca buku hasil orang dulu-dulu. Biasalah budak muda, asyik nak baca novel cinta sahaja... Tapi, sekarang dah besar sikit, terasa nak baca buku hasil orang-orang lama seperti A. Samad Said, Keris Mas, Hamka dan lain-lain.. Sebab nak tahu apa hebatnya buku-buku tersebut.. Bila saya baca, baru saya tahu hebatnya karya tersebut. 

Kisahnya sangat ringkas dan mudah tapi mempunyai banyak makna. Setiap watak juga disampaikan dengan bagus. 

Jangan hanya melihat sisi negatif penceriataannya sahaja kerana kita kehidupan penuh dengan kepelbagaian. Bosanlah jika yang diceritakan semunya baik-baik belaka sahaja. Haaaa tak faham kan! korang kena baca dulu buku ini. 

Boleh cari di perpustakaan awam atau pun boleh beli di https://rb.gy/vcmrpt . Setakat ini saya belum beli lagi, Insya-Allah jika diizinkan, buku ini juga bakal duduk di dalam rak buku di rumah saya heheheh.


(Sumber: Google)

TAJUK : Salina
PENERBIT : Wira Bukit Sdn. Bhd
CETAKAN : Cetakan pertama : Wira bukit Sdn Bhd (Edisi Istimewa 50 tahun)
SINOPSIS :

Penceritaan novel Salina ini dapat digambarkan dengan watak Siti Salina seorang pelacur yang menyara dan memelihara Abdul Fakar yang malas bekerja yang sering meminta duit daripada Siti Salina.

Abdul Fakar seorang yang kaki mabuk, kaki perempuan dan suka memukul dan meminta duit daripada Siti Salina. Walaupun Siti Salina sering dipukul oleh Abdul Fakar, dia tetap menyayangi Abdul Fakar kerana wajah Abdul Fakar seiras dengan wajah arwah kekasihnya, Muhamad Yusuf yang mati akibat perang dunia kedua. Pada asalnya Siti Salina seorang anak yang kaya, namun akibat perang dunia kedua yang mengakibatkan kematian ahli keluarganya dan kehilangan harta bendanya, dia terpaksa menyara dirinya dengan menjadi pelacur. Selain itu, novel Salina ini juga dapat dilihat konflik yang berlaku pada watak Nahidah yang dipaksa oleh ibu tirinya untuk menjadi pelayan demi memenuhi kemahuan ibu tirinya yang ingin hidup mewah malah Nahidah juga sering diusik oleh Abdul Fakar tanpa pengetahuan ibu tirinya dan Siti Salina.

Atas hasutan Abdul Fakar, Zarina telah menghalau Sunarto dan Mansur yang kerap disindir oleh ibu tirinya telah meninggalkan rumah untuk memasuki tentera. Hal ini menyebabkan Abdul Fakar semakin berani untuk mengusik Nahidah sehingga dia berjaya memperkosa Nahidah pada suatu malam sewaktu Nahidah pulang membasuh baju. Setelah diperkosa oleh Abdul Fakar dan Cik Salim, Nahidah telah lari meninggalkan Singapura dan kemudiannya berkahwin dengan seorang buruh dan menetap di Pulau Pinang. Hilmy berasa sedih akan pemergian Nahidah manakala Siti Salina setelah dinasihati oleh Katijah turut meninggalkan Abdul Fakar dan berhijrah ke Kelantan. Abdul Fakar kemudiannya kembali belayar setelah gagal mencari Siti Salina dan menyesal akan perbuatannya terhadap Siti Salina.


Sunday, 4 October 2015

TAKDIR 3 : Janji-Nya Yang Tidak Termungkir

Buku ini merupakan buku ketiga daripada trilogi TAKDIR dan saya sangat suka dengan cara penceritaannya. Ia dapat membawa anda menyelusuri alam yang selama ini kita abaikan.

Buku ini juga dapat membuatkan saya bermusabah diri dan membuatkan saya sedar apa yang saya leka selama ini. Kisah ini sangat menarik dan tidak bosan. Perwatakkan yang dibawa dalam buku ini sangat menarik dan sesuai untuk golongan muda. Cara seperti ini sebenarnya mampu menjadi salah satu bentuk dakwah. Saya juga sanggup membeli buku ini secara online dari jilid pertama hingga ketiga. 

Jika anda berminat, pihak Hilal Asyraf Resources sekarang mempunyai shopee rasmi. Boleh terus direct beli disitu dan jika bertuah, mungkin akan disertakan dengan merchandise TAKDIR. Link Buku: https://shope.ee/3ASjhdr15U 



Penulis : Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak
Penerbit : Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Cetakan : 2015 (Cetakan pertama)

Sinopsis :

Suasana aman yang didamba, sudah dijangka tidak bertahan lama. Namun, belum sempat pasukan tentera Agama Langit menjalankan rancangan mereka, Sang Asura terlebih dahulu memulakan serangan! Para kiai menjadi bidak pertaruhan dalam percaturannya. Tentera Agama Langit diasak hebat. Mampukah mereka bertahan? Mampukah misi rahsia Angkasa Sakti dan Aizan Fahmi menyelamatkan keadaan.

TAKDIR 3: Janji-Nya Yang Tidak Termungkir adalah novel ketiga daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia ini telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri, Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa. Takdir, cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.

Buku ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN (EDISI KEDUA)

Assalamualaikum~

Beberapa bulan ini saya sangat sibuk menyiapkan salah satu kajian saya dalam bidang perniagaan. Oleh itu, saya perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada pelbagai sumber.

Buku ASAS PENGURUSAN PERNIAGAAN (EDISI KEDUA) ini sangat membantu saya dalam menyiapkan kajian.


Penulis : Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud dan Siti Nabiha Abdul Khalid
Penerbit : Universiti Utara Malaysia
Tahun cetakan : 1999 (Cetakan ketiga bagi edisi kedua)
ISBN : 983-9559-45-1

Sinopsis: 

Buku Asas Pengurusan Perniagaan ini dibahagikan kepada tiga tajuk utama asas bidang pengurusan perniagaan yang utama: bermula dnegan bahagian pengenalan iaitu dengan memahami apakah itu perniagaan, bentuk-bentuknya dan pengurusan organisasi, kemudian diikuti dengan bahagian organisasi, motivasi dan kepimpinan serta pengurusan sumber manusia.

Bahagian kedua menerangkan tentang pemasaran yang meliputi strategi pemasaran dan strategi percampuran pemasaran iaitu strategi produk, harga, pengedaran dan promosi

Bahagian ketiga menerangkan mengenai kewangan iaitu dari sedi penilaian prestasi kewangan syaraikat di samping pengurusan kewangan jangka pendek dan jangka panjang.

Ketiga-tiga tajuk merupakan yang paling asas yang harus difahami mengenai pengurusan perniagaan.

Wednesday, 3 June 2015

Rumus di Hatinya (Hakase No Aishita Sushiki)

Assalamualaikum~



Buku RUMUS DI HATINYA ini merupakan terjemahan yang sah daripada buku Hakase No Aishita Sushiki yang ditulis oleh Yoko Ogawa yang diterbitkan di Shinchosha Company, Tokyo. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Normalis Amzah (INSTITUSI TERJEMAHAN DAN BUKU MALAYSIA BERHAD). Buku ini juga dicetak pada tahun 2014. Novel ini juga pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, iaitu THE HOUSEKEEPER AND THE PROFESSOR dan ia juga diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, seperti Perancis, Jerman dan Poland. Pernah difilemkan di Jepun dengan tajuk THE PROFESSOR’S BELOVED EQUATION (2006).

Saya telah membeli buku ini pada awal tahun 2015 dan ianya sangat menarik. Salah satu sebabnya kerana ‘cover’ buku ini... haha... orang kata “don't judge a book by its cover”, tapi ‘cover’ buku ini memang menarik. Bagi saya, buku ini sangat tenang tetapi penuh dengan kasih sayang terhadap matematik. Keadaan ini adalah kerana buku ini menceritakan tentang kehidupan seorang pakar matematik. Berikut ialah sinopsis buku RUMUS DI HATINYA ;

Sinopsis


‘’Ingatanku hanya untuk 80 minit’. Hanya itu keupayaan ingatan yang tinggal buat Profesor Hakase. Seorang ahli matematik yang pintar, hidup terasing dalam dunianya sendiri. Bagi Hakase, tiada yang indah selain nombor perdana, rumus Matematik dan teori nombor, sehinggalah seorang pembantu rumah hadir bersama anak kecilnya. Bagaimanakah kehidupan Hakase dengan kehadiran mereka? Mampukah pembantu rumah itu menembusi dunia asing Hakase?

Thursday, 24 April 2014

The Good Earth

The Good Earth

Assalamualaikum~

The Good Earth adalah sebuah buku yang ditulis oleh Pearl S. Buck dan diterbitkan semula di Malaysia oleh Media Pustaka Enterprise. Dicetak buat kali pertama di Malaysia ialah pada tahun 1995. Buku ini merupakan salah satu buku kegemaran saya kerana pengisiannya dan jalan cerita yang bagus.



Pearl S. Buck dilahirkan di United States tetapi membesar di China, dia juga belajar bercakap bahasa Cina sebelum mempelajari bahasa English. Kebanyakkan bukunya ditulis berdasarkan negara China dan masyarakatnya.

Bagi kefahaman saya, buku ini menceritakan tentang Wang Lung yang baru sahaja berkahwin dengan seorang hamba dari Kediaman Hwang yang bernama O-Lan dan berusaha untuk hidup dan mencari rezeki demi keluarganya. Wang Lung ialah seorang petani miskin yang hanya mempunyai tanah sekangkang kera dan berazam untuk memiliki banyak tanah dan harta supaya orang lain tidak gelakkannya lagi.

Selepas megharungi pelbagai cabaran daripada peperangan dan revolusi, Wang Lung membeli tanah daripada Kediaman Hwang dengan barang kemas yang ditemui oleh isterinya dan membeli barang-barang pertanian dengan duitnya. Oleh kerana Kediaman Hwang sudah tidak mampu lagi, Wang Lung telah membeli semua tanah milik Kediaman Hwang. Wang Lung juga berusaha bersungguh-sungguh menjaga tanaman dan tanahnya.

Dengan itu, dapatlah Wang Lung menghantar anak-anaknya ke sekolah. Tetapi, Wang Lung curang kepada isterinya selepas merasakan dirinya sudah cukup kaya dan mula berlagak. O-Lan meninggal dunia kerana kesakitan yang dialami akibat dicurangi suaminya.

Tidak lama kemudian, Wang Lung berpindah ke Bandar dan menyewa Kediaman Hwang yang sudah ditinggalkan. Kini, Wang Lung yang sudah tua dan kaya itu mahukan ketenteraman. Tetapi, anak-anaknya sering bergaduh kerana selalu perbezaan pendapat dan anak ketiganya pula lari untuk menjadi askar.
Suatu hari, Wang Lung terdengar anak-anaknya berbual :

               When Wang Lung heard the words ‘sell this field’, he could not keep quiet. ‘You evil, idle son!’ he cried. ‘You must not sell the land. If you start selling the land, it is the end of our family. We come from the land.’ Then he began to cry.
               The two sons held him, one on either side. They …

Jika anda mahu tahu tentang cerita ini dengan lebih lanjut, anda boleh dapatkan buku ini dimana-mana kedai buku atau di Amazon.com. Sebenarnya ada banyak lagi buku hasil penulisan Pearl S. Buck. Jadi selamat mencari~  

Selain itu, buku The Good Earth amat bagus dan juga mampu memberikan peringatan kepada kita yang muda agar tidak menjual tanah peninggalan orang tua dengan sesuka hati kerana mereka berusaha keras untuk mendapatkan tanah dan melalui pelbagai dugaan yang tidak akan mampu kita bayangkan. Selain itu, janganlah kita jadi seperti ‘kacang lupakan kulit’ dan bersikap alpa seperti Wang Lung.