Monday, 16 July 2018

Tutorial cara nak kira saiz baju dengan mudah menggunakan Microsoft Excel 2016

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera,

Hari ini kita bertemu lagi dalam post Tutorial Cara Nak Kira Saiz Baju dengan Mudah menggunakan Microsoft Excel 2016. Saya membuat post ini kerana saya tahu bukan mudah untuk kita kira size S hingga 5-8XL dari beratus-ratus atau beribu-ribu orang. Belum lagi nak lengan panjang atau pendek dan nak berkolar atau tidak berkolar. Semua itu memerlukan masa yang banyak dan mungkin akan berlaku kesilapan dalam pengiraan.

Oleh itu, saya sarankan menggunakan Microsoft Excel. Melalui Excel, anda mampu untuk menulis pelbagai saiz tanpa perlu menaip kerana saya akan mengajar anda cara membuat penyenaraian automatik dan anda boleh kira berapa orang yang menempah saiz S untuk lengan panjang dan pendek dengan mudah tanpa perlu mengira satu demi satu.

Dalam post ini, saya akan menggunakan teknik Data Validation dan COUNTIFS. Selamat mencuba <3

Peringatan!
Anda boleh double click untuk besarkan gambar. Terima Kasih.


Buka "Blank workbook"

1. Taip dara yang anda mahu kira
2. Buat rujukan "Data Validation"

Tekan dan tarik hinggan kawasan yang dikehendaki

1. Terus tekan "Data" di tab
2. Tekan "Data Validation"

1. Pastikan pilih pilihan "Lisst"
2. Tekan ini dibahagian "Source"
(Penting! Pastikan ini kekal dihitamkan) Tulisan biru

1. Akan keluar ini secara automatik
2. Anda tidak perlu taip perkataan, simbol atau nombor tersebut.
3. Hanya perlu tekan dan tarik di kawasan data yang anda ingin ada di dalam kotak tadi.
4. Tekan "Enter"

Tekan "OK"

Maka, terhasillah ini~
(KUNING)
Semua data yang anda mahukan sudah berada di dalam kotak yang anda sudah tandakan.
Anda hanya perlu klik dan klik.
Sila ulang langkah tadi untuk menghasilkan Senarai AUTO untuk SAIZ, JENIS dan RM.





1. Kemudian, buat JADUAL JUMLAH TEMPPAHAN BAJU.
2. Untuk kira jenis-jenis saiz. Kita akan gunakan formula COUNTIFS.
3. Anda hanya perlu taip:
=COUNTIFS(

1. Selepas taip =COUNTIFS(   anda hanya perlu tekan dan tarik di kawasan saiz (tempat di mana anda nak cari data yang perli dikira).
2. Kemudian, akan keluar auto simbol iaitu simbol kedudukan yang anda pilih tadi.
3. Letakkan coma (,), selepas simbol2 tersebut.
!Untuk kes ini: =COUNTIFS(D6:D9,

1. Kemudian, anda perlu sambung dengan menaip "S" disebabkan itu adalah saiz yang anda cari dalam kawasan SAIZ.
2. Selepas itu, tekan dan tarik di kawasan JENIS supaya anda boleh cari di mana L.PANJANG/L/PENDEK di dalam kawasan tersebut.
4. Tap coma (,) selepas simbol. Taip "L.PANJANG" kerana anda ingin mencarik SAIZ S yang JENIS L.PANJANG. Tutup formula tersebut dengan kurungan kata ( ) ).
5. Tekan "ENTER".

=COUNTIFS(D6:D9,"S",E6:E9,"L.PANJANG")







- Secara automatik, dia akan cari saiz baju dan jenis baju yang anda kehendaki.
- Anda tidak akan mendapat masalah semasa mengira saiz walaupun terdapat banyak saiz daripada beribu-beribu nama yang anda perlu asingkan.
-Kalau tiba-tiba anda perlu tukar saiz. Anda hanya perlu tukar di bahagian jadual utama dan secara automatik angka di jadual JUMLAH TEMPAHAN BAJU akan bertukar.
-Teruskan langkah yang sama untuk mengira saiz yang seterusnya.

Siap!<3
Keseluruhan proses ini hanya menggunakan "Data Validation" dan COUNTIFS sahaja. Amat mudah dan senang. Jika anda sudah faham, anda boleh gunakan teknik yang sama untuk membuat benda yang lain. Ianya tidak terhad kepada pengiraan saiz baju semata-mata. Sekian sahaja.

Monday, 9 April 2018

Cara nak keluarkan Ruler/Pembaris di WORD 2010/2013/2016

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera.

Apa khabar semua? Baiklah, kali ini saya akan kongsikan cara-cara nak keluarkan 'Ruler' atau pembaris di Word 2010/2013/2016. Sesetengah orang tidak tahu pentingnya menggunakan pembaris ini kerana pembaris ini dapat membantu kita dalam penulisan, lebih-lebih lagi semasa melakukan kertas kerja. Selain itu, tujuan saya kongsikan cara untuk tunjukkan pembaris ini kerana ada WORD yang tidak tampilkan atau tunjukkan pembaris ini. Hal ini akan memberikan masalah kepada anda yang selalu memerlukan 'Ruler' atau pembaris semasa menaip.

Info: Boleh tekan pada gambar sekiranya hendak besarkan gambar tersebut. Terima kasih. :)



1

Ini adalah 'Ruler' atau pembaris

2

1. Tekan 'Tab View'
2. Pastikan anda tanda ini untuk wujudkan atau keluarkan pembaris



3
Tak perlu tandakan jika tidak mahu pembaris ini
(Jika anda rasa rimas kalau nampak pembaris di bahagian atas, anda boleh nyorokkan atau 'hide' pembaris ini dengan hanya tandakan kotak tersebut)

Sekian, Terima Kasih.

Wednesday, 24 January 2018

Cara nak kosongkan 'Recycle Bin' (Empty Recycle Bin)

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera,

Seperti biasa saya memang selalu 'update' lambat. hehe.. Maaf-maaf.. Apa-apa pun, hari ini saya akan buat tutorial yang paling mudah bagi pengguna Windows iaitu cara-cara nak kosongkan Recycle Bin. Kadang-kadang kalian mesti pelik kenapa dah 'deleted' pun masih banyak storage. Sebenarnya, kalau kita 'deleted' sahaja bermakna anda hanya 'temporary deleted' padam secara sementera dan semuanya terkumpul di Recycle Bin atau tong sampah. Oleh itu, anda perlulah bersihkan dan kosongkan segala yang ada dalam Recycle Bin itu. Mungkin ada yang memperlekehkan tutorial ini kerana sesiapa pun pandai buat, tetapi mungkin ada yang tidak mengerti lagi.


1

2

3

4

Thursday, 7 September 2017

Tips di UPM 2.0

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Tips di UPM 2.0

Agak berbeza dengan Tips di UPM yang saya 'post' sebelum ini. Kali ini saya akan memberitahu secara ringkas beberapa laman web yang semua pelajar di UPM tahu.

1. UPM ID
Pastikan anda membuat UPM ID terlebih dahulu. Berikut adalah link https://upm-id.upm.edu.my/ssostudent/login


2. SMP
SMP adalah laman web yang paling digeruni bagi semua pelajar UPM semasa cuti semester. SMP UPM adalah laman web yang mengandungi semua maklumat pelajar, pendaftaran kursus, yuran dan lain-lain serta segala keputusan ujian dan peperiksaan.

Log in menggunakan nombor matrik dan kad pengenalan sebagai kata laluan. Kemudian, ubah kata laluan selepas sudah log in.

Link : http://www.smp.upm.edu.my/smp/action/security/loginSmpSetup?TX=2414335152913847

3. Putra Blast
Laman web ini adalah tempat untuk para pensyarah memberikan nota dan maklumat-maklumat yang diperlukan untuk sesi pembelajaran.



Tekan 'On Campus'

Okey.. yang ni berbeza sedikit sebab Teaching Assessment ini hanya perlu dilakukan pada setiap akhir semester. Buat jangan tak buat!


4. Open Learning / MOOC

Laman web ini penting untuk beberapa subjek dan biasanya pensyarah sendiri akan memberitahu supaya membuka laman web ini. TITAS antara subjek yang akan menggunakan laman web ini.




*Jangan sesekali lupa password dan email yang digunakan!

Saturday, 2 September 2017

Lirik Lagu Kolej 15



BERSETIA BERBAKTI

LAGU: Ajie
LIRIK: Ajie

Disinilah kita
Menumpahkan setia
Mencurahkan segala bakti
dengan ilmu di dada

Mewaris negara ke persada jaya
Bertunjangkan azam membara
Kita langkah bersama

Ilmu diperkasa
Kita bersedia
Jadi pemimpin dunia

Ayuh kita semarakkan
Azam kegemilangan
Kita buktikan pada dunia
Kita siswa berjaya

Bersetia berbakti Kolej lima belas (2x)

*Ulang semula

Thursday, 24 August 2017

Nombor Kardinal dan Nombor Ordinal dalam bahasa Sepanyol

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera.

Walaupun saya belajar bahasa ini semasa di Universiti, tetapi masih berada di tahap asas. Oleh itu, saya akan kongsikan kepada anda beberapa nota asas yang saya tahu. Semoga kita semua dapat manfaat daripada ilmu ini. J


1.       Nombor Cardinal

Mula-mula kita mulakan dengan menghafal 1 hingga 30. Mesti sampai 30 kerana segala-galanya akan berubah selepas 30. Hahaha. Sebenarnya, selepas 30 akan lebih mudah.

uno
1
once
11
veintiuno
21
dos
2
doce
12
veintidos
22
tres
3
trece
13
veintitres
23
cuatro
4
catorce
14
veinticuatro
24
cinco
5
quince
15
veinticinco
25
seis
6
dieciseis
16
veintiseis
26
siete
7
diecisiete
17
veintisiete
27
ocho
8
dieciocho
18
veintiocho
28
nueve
9
diecinueve
19
veintinueve
29
diez
10
veinte
20
treinta
30

Nombor seterusnya hanya perlu tambah ‘... y uno ...’ di belakang. Contohnya,

treinta
30
treinta y uno
31
treinta y dos
32
treinta y tres
33
treinta y cuatro
34
treinta y cinco
35
treinta y seis
36
treinta y siete
37
treinta y ocho
38
treinta y nueve
39
cuarenta
40
cuarente y uno
41
cuarenta y dos
42

Senangkan? Sekarang ini hafal nombor 10 hingga 100.

diez
veinte
treinta
cuarenta
cincuenta
sesenta
setenta
ochenta
noventa
cien
10
20
30
40
50
60
70
80
90
100

2.       Nombor Ordinal

Perbezaan antara Cardinal Number dan Ordinal Number ialah Ordinal Number mempunyai jantina (gender). Manakala, Cardinal Number pula saya gelarkan sebagai panggilan nombor-nombor normal.

                        Masculine                                   Feminine
Primer (o)
primero
1 (First)
Segundo
Segunda
2 (Second)
Tercer (o)
tercera
3 (Third)
Cuarto
Cuarta
4
Quinto
Quinta
5
Sexto
Sexta
6
séptimo
séptima
7
Octavo
Octava
8
Noveno
Novena
9
Décimo
décima
10



Tuesday, 15 August 2017

Perbezaan antara PNG dan PNGK

Assalamualaikum, dan selamat sejahtera.

Sebelum ini pun saya keliru antara PNG dan PNGK. Jadi saya pun Google lah maksudnya. Selepas dah tahu ini saya akan kongsikan kepada anda apakah PNG dan PNGK tu.

PNG
- Purata Nilaian Gred
- Kalau nak tahu keputusan pada sesuatu sem anda hanya perlu tengok PNG sahaja. Contohnya anda nak tengok keputusan sem 3 sahaja. Jadi, hanya PNG pada sem tersebut sahaja yang perlu ditengok.

PNGK
- Purata Nilaian Gred Keseluruhan
- PNGK ini adalah jumlah keseluruhan sem 1,2 dan 3 ++.

Sekian sahaja <3

Tips di UPM

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera.

Tips di UPM?

Saya merupakan pelajar kolej 15 http://www.k15.upm.edu.my Kolej 15 merupakan salah satu daripada kolej Serumpun. Kalian boleh mengetahui lebih lanjut tentang kolej 15 melalui laman sosial tersebut;

Facebook: https://www.facebook.com/Kolej-15-UPM-Hornetzz-2123983644480002/
Twitter: https://twitter.com/KolejLimaBelas?s=09
Instagram: https://instagram.com/kolej15?utm_source=ig_profile_share&igshid=yzgh6v0iijnj


Sebelum ini, semasa saya mula-mula masuk UPM. Pelbagai pertanyaan dan kerisauan membelenggu diri saya. Macamana nak naik bas? Nak naik bas yang mana? Kedai runcit kat mana? Nak beli buku dan alat tulis kat mana? Apa itu DKAP, KAA dan KAE?. Jadi hari ini saya akan terangkan serba sedikit dan memberikan jawapan mengenai perkara di atas.


1. Macamana nak naik bas dan naik bas yang mana?

Terdapat 2 perhentian bas yang utama. Perhentian pertama berdekatan dengan Putra Food Court (PFC) dan berhadapan dengan Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Perhentian kedua pula di Kolej Serumpun. Selebihnya berada di kolej 10 ,11 dan 17.

Kalau tinggal di kolej Serumpun dan KMR. Anda hanya perlu naik bas yang tertulis kolej 12, 14, 15, 16 dan agrobio(hanya pelajar pertanian). Tidak kiralah anda berada di mana2 perhentian bas dan mahu balik ke kolej serumpun. Naik bas ini sahaja dan bas ini juga yang akan membawa anda ke fakulti anda. Begitu juga dengan bas di PFC. Bas yang selalu berhenti itulah yang anda perlu naik.

BUS STOP PERTAMA
- Disitulah terletaknya Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Biasanya pelajar kolej 15 ramai di FBMK.
- KAA (Kompleks Akademik A), terdapat bilik seminar (BS) dan bilik kuliah (BK). Di KAA juga ada Exprimo (menerima barang pos laju yang anda tempah), tempat menjual tiket bas, tempat printer, Techouz (tempat membaiki laptop), pusat kokurikulum dan bahagian hal ehwal kenderaan.
- Masjid.

BUS STOP KEDUA
- DKAP dan fakulti teknologi

BUS STOP KETIGA
- Bangunan Canselori
- Pejabat bendahari UPM
- CIMB bank
- Pos laju
- Wazan aka Zakat UPM
- Dewan besar
- Panggung percubaan
- fakulti ekonomi dll

BUS STOP KEEMPAT
- Perpustakaan Sultan Abdul Samad
- Fakulti Biotect
- UPM press
- The Cabin
- Pusat Asasi
- Kompleks akademik E (KAE)

BUS STOP KELIMA
- Fakulti alam sekitar
- Flat ikan
- Dewan kuliah 1 - 4

BUS STOP KEENAM
- Central Park
- Dewan besar
- Panggung percubaan

2. Kedai runcit kat mana?

Selalunya pelajar2 akan pergi ke Flat Ikan. Kalau di kolej serumpun pula terdapat kedai runcit di cafe serumpun. Sebenarnya banyak je, tapi itu adalah antara lokasi popular.

3. Nak fotostat, beli buku dan alat tulis kat mana?

Sudah tentu di flat Ikan. Sebab itu flat Ikan merupakan destinasi utama pelajar UPM. Terdapat juga di sebelah CIMB dan di cafe serumpun. Fotostat juga boleh didapati di perhentian bas ke DKAP dan juga beberapa kawasan yang lain jika pandai mencari. hehehe

Selain itu, anda juga boleh pergi ke De Centrum yang berdekatan dengan UNITEN kerana di situ mempunyai kedai alat tulis yang terbesar di Serdang.

4. Di mana DKAP, KAA dan KAE?

Jika anda berada dari serumpun. Anda hanya perlu berhenti di perhentian yang kedua. KAA pula terletak betul-betul di hadapan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. KAE pula agak jauh. Saya ingat lagi terpaksa gunakan Google Map untuk cari KAE. DKAP pula saya siap lalu di kebun-kebun. Hahahaha. KAE ini terletak di belakang bangunan asasi. Anda hanya perlu berhenti di perhentian perpustakaan. Kemudian, jalan terus melepasi perpustakaan, UPM Press, Kabin dan bangunan asasi. Anda hanya perlu jalan sedikit mengarah ke bahagian kanan. Insya-Allah anda akan menjumpainya.

5. Di mana CALC.

CALC adalah tempat untuk anda merujuk LAX, CEL dan BBI. CALC terletak di dalam kawasan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK). Selain itu, CALC bukannya FBMK dan ia hanya terletak di kawasan fakulti sahaja.

Tips2 yang lain pula :

+ Kalau anda ingin berhenti di perhentian yang berhadapan dengan Dewan Besar. Anda perlu cakap dengan 'driver' bahawa anda nak berhenti di 'Central Park' dan bukan di dewan.

+ Banyakkan menjelajah kawasan UPM sebab semua itu akan banyak membantu.

+ CALC bukannya FBMK. Jangan tersilap pula.

+ Kalau ade masalah dengan pendaftaran sila jumpa atau berbincang dengan Penasihat Akademik (PA) masing-masing.

+ Gosok baju untuk seminggu. Nanti takdelah kelam kabut tertinggal baslah apalah.

+ Kenalpasti lokasi kelas sehari sebelum bermula kuliah supaya tak sesat.

+ CIMB pula terletak berdekatan dengan Dewan Besar.

+ Pejabat Pos pun ada dan terletak berdekatan dengan CIMB. Pergi je ke bangunan yang ada CIMB tu dan akan nampak jambatan besar merentasi jalan. Naik dan akan jumpa pejabat Pos dan tempat Zakat UPM.

+ Bagi pelajar yang mempunyai masalah keewangan boleh dapatkan bantuan Zakat UPM (WAZAN).

+ Biasanya gate2 di UPM akan ditutup. Lebih2 lagi gate yang menuju ke kawasan kolej. Waktu tu kalau balik lepas pukul 12, anda kene lalu gate 15. Nama lainnya adalah Gate Padang Kawad.

+ Dapatkan nombor-nombor student cab atau muat turun aplikasi Uber dan Grabcar. Insya-Allah memudahkan perjalanan anda.

+ Saya tidak pasti dengan rangkaian yang lain (Digi, Hotlink, Umobile dan sebagainya) tapi anda boleh cuba celcom untuk mendapatkan line internet yg cepat. Kalau tak laju juga, boleh cuba yang lain.

+ Bawak kad matrik ke mana2 je. Lagi2 kalau naik bas. Takut nanti tak dapat masuk pula. hehe.. Nanti jangan lupa daftar nombor perpustakaan kalau nak masuk perpustakan. Caranya cuma jumpa pustakawan di situ dan tanya kepada mereka. Kalau tak daftar nanti, takut tak dapat masuk pula. Kad matrik paling penting semasa peperiksaan akhir. Kalau tak bawak mungkin tak dapat exam.Tapi sekarang kida dah pakai aplikasi PUTRA VID.

+ Pastikan selalu berhubung dengan Penasihat Akademik (PA) masing2.

+ Jangan lupa daftar subjek masing-masing. Ingat! ini bukan zaman sekolah yang cikgu akan datang beritahu jadual dan subjek apa serta dah siapkan daftar. Kali ini anda kene daftar sendiri di dalam smp (My Daftar). Anda boleh merujuk kepada  Penasihat Akademik masing-masing atau MTM.

+ Kenali Putra Blast. Putra Blast merupakan laman sesawang yang berfungsi sebagai medium untuk pensyarah memberikan nota atau memaklumkan sesuatu kepada para pelajarnya.

Lain-lain tips akan saya berikan dari masa ke semasa. Salah silap harap maaf.

<<<NOTA YANG DITULIS PADA 9 SEPTEMBER 2019>>>
Kolej 15 sudah tiada kerana sudah digabungkan dengan kolej 12

Wednesday, 2 August 2017

Diagnosis 3: Mortuari

Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera.

Diognosis 3: Mortuari adalah buku yang ditulis oleh beberapa penulis. Pada asalnya saya ingin menemuramah Dr. Fahd Razy bagi menyiapkan 'assignment' yang diberikan oleh pensyarah saya. Oleh itu saya membeli buku ini untuk mendapatkan tandatangannya. Bukan senang nak jumpa penulis buku. hehehe. Jadi saya telah memilih buku ini daripada banyak-banyak buku dan kebetulan tempat kami ingin bertemu sedang melangsungkan Pesta Buku.

Bagi pendapat saya, buku ini sangat menarik dan pertama kali saya membaca buku seperti ini dan mungkin saya baru cuba membaca buku seperti ini. Mengapa menarik? kerana buku ini menceritakan kisah yang berlaku di dalam hospital dan bagaimana mereka melawan rasa penyesalan jika mereka gagal menyelamatkan sesuatu nyawa. Setiap ubatan dan tindakan pasti ada sebabnya dan bukan secara sesuka hati. Suasana di hospital yang sebenar-benarnya bukanlah setenang seperti yang dilihat di dalam drama tv. Malah, lebih daripada itu. Ingatlah bahawa Doktor juga adalah seorang manusia yang punya nyawa dan perasaan.

sumber: Google


TAJUK: Diagnosis 3: Mortuari
PENERBIT: Dubook Press Sdn. Bhd. 
CETAKAN: Cetakan Ketiga April 2016
SINOPSIS:

Bukan senang untuk menjadi seorang Doktor. Bersedialah mental dan fizikal. Doktor bukan setakat belajari ilmu kedoktoran semata-mata. Doktor harus wajib berani berdepan dengan malaikat Izrail yang akan menyapa depan-depan.

Ada satu jenis pesakit yang MANJA-litis. Ya, itu doktor perlu tahu. Waktu bila pesakit itu main-main, mengada-ngada ataupun betul-betul sakit. Memang ada yang begitu.

Setiap aduan daripada pesakit perlu dinilai secara profesional dan berpandu pada bukti penyiasatan klinikal, makmal dan sebagainya sebelumk terus membuat penghukuman bahawa pesakit tersebut mengada-ngada. Sekali tersilap langkah, menyesal tidak sudah.

Namun, yang berusaha itu DOKTOR, yang menentukan adalah DIA.