Wednesday 11 May 2022

Persiapan menjadi penjual Shopee #2

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bagi yang teringin nak jual di Shopee. Pasti anda tertanya-tanya hendak buat apa dulu. Nak sediakan apa dan sebagainya. Walaupun nampak mudah, tapi kita kena sediakan dan mengaturkan setiap tindakan.

1. PRODUK

Benda pertama yang anda kena sediakan adalah PRODUK. Jika anda menjadi ahli dropship pun boleh. Produk yang disediakan oleh syarikat pembekal itulah produk anda. 

Cuma, minta perhatian untuk semua dropshipper. Saya sarankan supaya anda kekal dengan 1 pembekal dropship sahaja. Jadi, carilah seorang pembekal yang mampu membekalkan sekurang-kurangnya 20 jenis produk yang berbeza-beza tetapi dalam niche yang sama.

Contoh:

Pembekal A menyediakan niche makanan, jadi produk yang dimilikinya adalah;

  • Chingu Topokki
  • Peyek Salted Egg
  • Aductive Cornflakes
  • Mellow Chocolate
  • Sambal pecal
Pembekal B menyediakan niche campur, jadi produknya adalah;
  • Pakaian
  • Tudung
  • Chingu Topokki
  • Puting susu kanak-kanak jenama Dar
  • Ubat pemutih
Jika pakai produk pembekal A, elakkan menjual produk pembekal B kerana akan menjadi susah. Saya ingatkan untuk guna pembekal yang sama supaya dia boleh poskan semua pesanan yang dipesan.

2. LAPTOP & PRINTER

Kedua-dua alat ini amat penting semasa hendak membuka kedai di Shopee. Kita boleh mengawal kedai kita melalui handphone dan juga laptop. Apa yang bezanya adalah fitur di handphone tidak sebanyak dan tidak fleksibel seperti di laptop (Shopee Seller Center).

Oleh itu, jika anda menggunakan handphone semata, maka agak terhad untuk menggunakan fitur-fitur yang disediakan oleh Shopee.

Printer pula digunakan untuk print AWB (Air way bill) iaitu benda yang mengandungi alamat pengirim, penerima dan tracking number. Boleh guna sahaja printer biasa dan kertas biasa, tetapi saiznya adalah A6. Boleh setting di printer untuk saiz tersebut sebelum print. Selain itu, jika anda memilih atau mendapat J&T sebagai kurier anda. Anda tidak boleh gunakan printer biasa dan perlu gunakan thermal printer. Jika tidak ada,  perlu print AWB tersebut di cawangan mereka.

Thermal printer ini tidaklah wajib, cuma kebelakangan ini J&T melaksanakan peraturan sedemikian untuk semua seller yang menggunakan shopee/myparcelasia/easy parcel dll. 

Thermal printer agak mahal tetapi berbaloi kerana tidak menggunakan dakwat. Anda hanya perlu sediakan pelekat thermal untuk menggunakan printer ini.

3. ALATAN PEMBUNGKUSAN

Alatan pembungkusan ini tentulah;
  • Gunting
  • Selotape
  • Selotape FRAGILE / FRAGILE Sticker
  • Bubble wrap
  • Plastik kurier (flyers) pelbagai saiz mengikut produk yang anda jual
  • Kotak (Jika perlu)
  • Filler (Jika perlu)
Jika anda dropship, tidak perlu sediakan semua ini kerana yang akan pos adalah pembekal anda. Jika anda pegang produk, ini adalah benda yang anda perlu beli. Jangan tunggu order barulah pakat beli. NO NO NO! 

4. MENTAL

Kenapa mental? supaya anda bersedia dengan dunia penjualan online dan sentiasa ingin belajar perkara yang baru.


Semoga kalian semua berjaya menjual di Shopee dan menjadi usahawan yang berjaya <3


No comments:

Post a Comment